Harry Kane Bawa Berita Gembira Buat Manchester United

Sejak dua musim lalu, nama Harry Kane semakin lama semakin digeruni oleh pasukan-pasukan baik di England atau di seluruh Eropah. Mana tidaknya, habis sahaja bulan Ogos, Kane pasti akan mengamuk di hadapan pintu gol lawan dan menjaringkan gol demi gol sampai tak terkira banyaknya.

Musim ini begitu juga. Kane telah menjaringkan lebih 10 gol buat Tottenham Hotspur dan England setakat ini, dan dia dikatakan telah menarik minat kelab gergasi Sepanyol – Real Madrid.

Pada hujung minggu ini, Spurs bakal bertemu Manchester United di Old Trafford – stadium yang cukup sinonim dengan kawasan parkir bas yang luas dan bertingkat-tingkat.

Perlawanan tersebut pada awalnya dijangka bakal dikuasai oleh pasukan yang memakai jersi putih, akan tetapi beberapa hari sebelum perlawanan tersebut berlangsung, Harry Kane dikhabarkan telah mengalami kecederaan hamstring.

Berita ini telah disahkan oleh pegawai Tottenham Hotspur sendiri, yang sebelum ini telah Tweet mengenai kecederaan Kane.

Ketiadaan Kane pastinya memberikan berita gembira buat para penyokong United yang kebelakangan ini kelihatan sedikit gusar selepas pasukan mereka sekadar seri 0-0 dengan bakal juara, Liverpool, dan tewas 1-2 kepada pasukan yang tidak berapa dikenali, Huddersfield.

Kemerosotan prestasi United ini bermula selepas kecederaan Paul Pogba dan pemain yang cukup dibenci musim lalu, Marouanne Fellaini.

Memandangkan Kane tidak akan diturunkan, maka kemungkinan besar Pochettino bakal menurunkan pemain Sepanyol, Fernando Llorente sebagai penyerang pasukannya.

Kau rasa berapa keputusan perlawanan ni nanti? 0-0 lagi tak?

Berita diambil dari : Dreamteam FC

Baca Juga

Baca Juga