Harry Kane Membuktikan Beliau Bukan One-Season Wonder

Harry Kane nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dikalangan peminat Liga Perdana Inggeris, Kane meneruskan kecemerlangan pada musim ini apabila sekali lagi muncul sebagai pemenang kasut emas. Bak kata orang tua-tua Golden Boot winner back-to-back.

Sebelum bergelar penyerang yang digeruni, Kane hadir sebagai pengganti Defoe yang mempunyai reputasi yang tinggi dan dianggap sebagai pengganti yang aneh serta tidak masuk akal lantaran usianya yang masih muda.

Nama : Harry Kane
Pasukan : Tottenham Hotspur/England
Posisi : Attacking Midfielder/Penyerang
Umur : 24 tahun (28/07/1993)
Tinggi : 188cm
Berat : 76kg

Kemampuan Kane Diragui

Pada musim 2014/15 Kane telah muncul sebagai penjaring kedua terbanyak di belakang Aguero apabila menjaringkan 21 gol. Pada ketika ini ramai yang mengkritik ketajaman Kane di depan gol dan menganggap itu hanya nasib dan Kane tidak mapu mengulanginya.

Gambar : www.premierleague.com

“Kane reti sumbat penalti je, Kanelti” Kata Mak Jemah.

“Kane ni jenis one-season wonder jer, kita bakor! kita bakor!” Sambung Ucop Wilcha menambah kutukan.

Langit tak selalunya cerah kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah dan terlindung kepada cahaya matahari.

Gambar : SlideShare

Ini menyebabkan berlaku siang dan malam.

Kane Menutup Mulut Pengkritik

Pada musim 2015/16 kutukan mereka ini hampir menjadi kenyataan dengan permulaan lembap Kane di awal musim. Tetapi Kane berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak pada musim itu dan berjaya mengulanginya pada musim ini.

Gambar : www.premierleague.com

Kini segalanya berubah dan mulut puaka dari neraka jahanam berjaya ditutup selepas menjadi penjaring terbanyak untuk kali kedua berturut-turut. Kane juga pernah dipilih sebagai pemain terbaik bulanan Liga Perdana sebanyak 4 kali.

Gambar : www.premierleague.com

Statistik Ringkas Kane Musim Ini

Kane mempunyai nisbah minit per jaringan yang terbaik di liga dengan nisbah 87 minit per jaringan meninggalkan pesaing terdekatnya, Sergio Aguero dengan nisbah 120 minit per jaringan.

Gambar : www.whoscored.com

Kini Kane menjaringkan 78 gol dalam 113 perlawanan di Liga Perdana dan 99 gol dalam semua kejohanan untuk Spurs.

Musim ini sangat mencabar buat Kane apabila kerap mengalami kecederaan dan Kane berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak selepas menjaringkan 7 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Untuk musim ini sahaja Kane telah mencipta 5 hatrik.

Gambar : www.whoscored.com

Harry Kane bernasib baik kerana tidak mengikut jejak Sergio Aguero yang bermain di Liga Super Malaysia bersama Melaka United kerana Kane tidak akan mampu untuk bersaing di Liga Super yang sangat mencabar.

Kane Musim 2017/18

Setakat artikel ini ditulis, musim ini Harry Kane telah menjaringkan 13 gol untuk Tottenham Hotspur. Lapan gol dijaringkan di Premier League dan 5 gol di Champions League.

Kane kini merupakan antara penyerang bola sepak terbaik dunia.

Statistik Ini Membuktikan Harry Kane Sehebat Thierry Henry

Pada 1 Januari 2017, Harry Kane telah menjaringkan 2 gol ketika membantu Tottenham Hotspur menewaskan Watford 4-1 sekaligus menjadikan jumlah golnya buat Spurs kepada 59 gol dalam 100 perlawanan.

Rekod Kane ini ternyata menyamai lagenda musuh tradisi, Arsenal, Thierry Henry yang juga menjaringkan 59 gol dalam 100 perlawanan.

Secara keseluruhannya Henry telah menjaringkan 228 dalam 377 perlawanan buat Arsenal dan mampukah Kane memecahkan rekod tersebut dan menyapu arang di muka peminat Arsenal?

Setelah mencipta rekod Arsenal, Henry berpindah ke Barcelona. Adakah Kane bakal ke Real Madrid suatu hari nanti?

https://twitter.com/SunBets/status/815561039060336642

Kane Yakin Memecahkan Rekod Shearer

Harry Kane berpeluang cerah untuk menjadi penjaring terbanyak di Premier League menggantikan Alan Shearer kini telah menjaringkan 82 gol dalam 122 perlawanan bersama Spurs.

Pemenang kasut emas musim 2016/17 ini mempunyai kadar jaringan 0.7 gol per perlawanan dan memerlukan 178 lagi gol untuk menyamai rekod Shearer serta Kane memerlukan 254 perlawanan lagi.

Kane yang kini berusia 24 tahun memerlukan 6 hingga 7 tahun lagi untuk memecahkan rekod tersebut jika mampu meneruskan kadar jaringan seperti sekarang dengan syarat beliau tidak meninggalkan Premier League dan tidak menemui ajal dalam tempoh ini.

Ketika ditemurah, penuh yakin Harry Kane memberitahu Henry beliau mampu pecahkan rekod Shearer.

Baca Juga

Baca Juga