Harry Kane Pemain Paling Mahal Di Dunia Dengan Nilai €201.2 Juta

Harry Kane jika dulu sewaktu awal kemunculan digelar ‘The Hurricane’ kerana ketajaman dan sentuhan penyudah yang bikin ribut di dalam kotak penalti lawan, kini Kane masih lagi pemain yang sama dan terus berbisa namun mendapat jolokan baru, Harry Claim.

Walau apapun juga gelaran Kane beliau merupakan penyerang digeruni dan dibuktikan dengan jumlah gol dan kecederaan yang konsisten sejak 3 musim. Kane telah dinobatkan sebagai pemain paling mahal di dunia yang fana ini oleh CIES Football Observatory, yang meletakkan tanda harga setinggi €201.2 Juta.

Kajian ini dilakukan oleh CIES Football Observatory yang merupakan pakar dalam menentukan harga perpindahan seorang pemain profesional. Kajian ini dilakukan secara sainstifik berdasarkan aloritma yang dibuat melalui analisis yuran perpindahan hampir 2,000 orang pemain profesional.

Sebelum tersontot, emas ini milik aku.

Pembolehubah yang digunakan dalam mengukur nilai perpindahan pemain mengikut beberapa faktor utama seperti prestasi pemain dan juga kelab, status antarabangsa, kontrak, umur dan posisi. Ini merupakan harga berdasarkan kajian dan bukan harga siling yang ditetapkan oleh mana-mana kerajaan.

Harga pemain yang disenaraikan ini mungkin berubah menjadi lebih mahal atau sedikit murah jika berada di pasaran sebenar kerana jual-beli pemain tertakluk kepada perbincangan dua hala antara ejen dan kelab. Mungkin percuma jika ditukar suka sama suka seperti Mkhi dan Sanchez.

Dengan kadar The Goods and Services Tax (GST) yang telah disifarkan sekarang inilah masa terbaik untuk membeli-belah walau di mana pun jua memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa. Kuih dan muih beranika macam makanlah jangan hanya di pandang ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi.

Senarai terbaru dari CIES Football Observatory meletakkan Kane unggul di puncak termahal mengatasi Neymar yang merupakan pemain paling mahal di dunia nyata ketika ini bukan hasil kajian.

Kylian Mbappé dinilai pada harga €186.5 juta dan pemenang Balon d’Or sebayak 5 kali Lionel Messi berharga €184.2 je. Murahkan nak dibandingkan dengan hantaran sekarang yang tak pasti mendapat pulangan. Lepas 3 bulan cerai.

Ini merupakan senarai 20 pemain termahal dari 5 liga teratas. Kane menjaringkan lebih 80 gol dalam tempoh dua musim dan belum mencecah 25 tahun. Harga Neymar mengalami penurunan kerana kecederaan selama 98 hari dan bakal melonjak bila-bila masa.

Kenapa Cristiano Ronaldo tiada dalam senarai 20 pun? Adakah kerana Ronaldo tiada harga diri?

Jika dah termahal di dunia maka secara automatiknya Kane juga termahal di Premier League. Kedudukan 5 teratas di kuasai oleh Mohamed Salah, Deli Alli, Romelu Lukaku dan Kevin de Bruyne.

Kenapa tiada lagi nama Cristiano Ronaldo? Sebab ni list untuk Premier League. Harap kelakar la yer. Try hard dah ni.

Harga pemain dari La Liga sedikit kurang berbanding Premier League kerana status kelab di England mempunyai nilai komersil yang tinggi. Tapi jika dilihat pada klausa pelepasan dalam kontrak pemain La Liga sangat gila hingga cecah bilion.

Sekarang dah ada nama Cristiano Ronaldo, kenapa di tangga ke-6 dengan nilai €103.4 juta je? Patut la takde dalam List top 20 big 5 league.

Harus dibanggakan harga Ronaldo setinggi itu jika dibandingkan dengan usianya. Pada umur seperti Ronaldo pemain lain boleh memikirkan untuk bersara dan mula mengenal tikar sejadah.

Ronaldo pernah menjadi pemain termahal dunia ketika umurnya lebih kurang Kane dan Neymar. Jadi Ronaldo boleh dikategorikan sebagai janda meletup.

Ronaldo pernah menjadi pemain termahal dunia ketika umurnya lebih kurang Kane dan Neymar. Jadi ketika ini, Ronaldo boleh dikategorikan sebagai janda meletup.

Sumber : CIES Footbal

Baca Juga

Baca Juga