Harry Kane Tak Sertai Sesi Latihan Bersama Tottenham Hotspur

Harry Kane dilaporkan tidak hadir ke sesi latihan bersama skuad Tottenham Hotspur hari ini, dan ia telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

Kane pada penghujung musim lalu telah mendedahkan hasratnya kepada chairman yang beliau mahu meninggalkan kelab dan menyertai pasukan lain pada musim baru ini.

Kane ketika itu turut mendedahkan yang beliau mahu meninggalkan kelab yang sudah disertai sepanjang kariernya itu kerana beliau mahu mengejar Piala, namun masih mahu kekal dalam saingan Premier League.

Beliau pada musim panas ini sering dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester City, namun Tottenham Hotspur tetap bertegas untuk tidak mahu menjualnya.

Kane dijadualkan akan turun menyertai sesi latihan bersama Tottenham Hotspur pada hari ini, dengan beliau sebelum ini menikmati percutian selepas berakhirnya tugas bersama skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020.

Namun begitu, menurut sumber laporan dari Sky Sports, Harry Kane tidak munculkan diri ke padang latihan pada hari ini, dan ia telah mencetuskan pelbagai spekulasi berkait masa depannya.

Menurut Sky, Kane masih berpegang pada perjanjian peribadi antara beliau dengan kelab, yang mana beliau sepatutnya dibolehkan untuk pergi pada musim panas ini.

Selepas tersebar berita berkait perjanjian tersebut, terdapat pula laporan yang menyatakan bahawa Daniel Levy melanggar perjanjian asal dengan kini beliau tidak mahu melepaskan Harry Kane.

Walau bagaimanapun, Tottenham Hotspur baru-baru ini turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa mereka tidak akan melepaskan Kane, jika tawaran yang diberikan kurang dari £160 juta.

Fabrizio Romano turut mengesahkan berita tentang mengapa Kane gagal menghadiri sesi latihan pada hari ini, dengan beliau menyatakan yang Kane tidak turun kerana pilihannya sendiri.

Bukan kerana menanti ujian C0V-19, tetapi kerana Kane percaya dan berpegang pada perjanjian yang beliau lakukan bersama kelab sebelum ini.

Nilai yang diletakkan oleh Spurs untuk Harry Kane sebenarnya agak tidak masuk akal dan boleh dianggap keterlaluan.

Belum tentu ada mana-mana pasukan yang berani mengeluarkan dana yang begitu tinggi hanya untuk mendapatkan Harry Kane.

Terdapat juga pihak yang mengatakan City sepatutnya abaikan usaha mereka itu, dan mencuba untuk menandatangani Tammy Abraham yang nilainya tidak sampai £40 juta.

Walau Pep Guardiola menegaskan yang beliau tidak memerlukan pemain penyerang pada ketika ini, namun jelas sekali pihak kelab perlu mencari pengganti kepada Sergio Aguero.

Manchester City berjaya mendominasi saingan liga musim lalu dengan mengatasi Manchester United dengan kelebihan 12 mata.

Kane pada akhir musim lalu sudah mengucapkan selamat tinggal pada para penyokong Spurs

Apa yang menariknya, mereka muncul sebagai Juara, dengan kebanyakan perlawanan dimainkan tanpa menggunakan khidmat pemain penyerang.

The Citizens jelas masih mempunyai ramai lagi pemain berbakat yang lain walau mereka tidak menandatangani pemain penyerang berusia 28 tahun itu.

Mereka bahkan ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan bakal membawa Jack Grealish ke Etihad.

Manchester City dilaporkan telah membuat tawaran bernilai £100 juta kepada Aston Villa untuk mendapatkan ketua pasukan mereka itu.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Aston Villa turut menawarkan kontrak baru kepada Grealish, dalam usaha mereka untuk mengekalkan pemain kebangsaan England itu dalam skuad menjelang bermulanya musim baharu ini nanti.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan terbang ke London untuk beraksi bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi perlawanan pembukaan liga mereka, kurang dua minggu dari sekarang.

Jadi sangat menarik untuk menyaksikan, Kane akan menyarung jersi apa pada hari perlawanan tersebut nanti. Manchester City, atau Tottenham Hotspur.

Sumber: SB

BACA:  Carragher Menamakan Penyerang Yang City Perlu Tandatangani Berbanding Kane