Harry Maguire Dan Keluarganya Terima Ancaman Bom

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire telah menerima ugutan bom di rumah beliau bersama keluarganya dan pihak Polis kini sedang giat menjalankan siasatan.

Media UK mendakwa yang polis Cheshire telah membawa unit anjing pengesan ke kediaman Maguire untuk memberikan sama ada benar-benar ada bahan letupan atau tidak di sana.

Maguire tinggal di sana bersama tunangnya, Fern Hawkins dan dua orang anak perempuannya yang masih kecil lagi.

Jelas sekali Maguire bimbang akan keselamatan ahli keluarganya dan kerana itulah hal itu dilaporkan terus kepada pihak polis.

Maguire menerima email dari seseorang yang menyatakan bahawa beliau sudah meletakkan bom di kediaman pemain pertahanan Manchester United itu.

Ketua pasukan setan merah itu mengambil serious dengan ugutan tersebut dek kerana beliau risaukan keselamatan ahli keluarganya.

Maguire bersama keluarganya turut terkejut mendengar hal tersebut kerana tak pernah terlintas di fikiran mereka yang mereka bakal menerima ugutan seperti itu.

Jurucakap Maguire tampil mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Dalam 24 jam terakhir ini, Harry telah menerima ugutan yang agak serious terhadap dirinya dan keluarganya di rumah.”

“Beliau telah melaporkan hal itu kepada pihak polis, dengan pihak polis kini sedang menyiasat tentang hal tersebut. Keselamatan keluarga dia dan semua orang sekitar dia merupakan keutamaan dia pada ketika ini.”

“Dia akan terus bersedia untuk aksi pada minggu ini seperti biasa dan dia juga turut tidak mahu memberi apa-apa komen lebih lanjut tentang hal itu pada masa ini.”

Hal tersebut sememangnya benar-benar mengejutkan ramai pihak termasuk bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil yang turut mengaku beliau terperanjat mendengar hal tersebut.

“Baru baca berita tentang Harry Maguire… Hal ini dah keterlaluan. Bola sepak tak sepatutnya jadi serious seperti itu hingga mengugut pemain dan keluarga dia. Saya terkejut. Kadang kala bola sepak tampilkan sisi paling teruk dalam diri seseorang. Semoga saja mereka yang terlibat akan dihukum.”

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Maguire sememangnya pemain paling dungu di pentas bola sepak Eropah pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, tindakan individu yang mengungut beliau bersama keluarganya itu adalah sangat tidak patut dan keterlaluan.

Cukup sekadar bagi kritikan, tak perlu sampai keluarkan ugutan bunuh juga mengancam keselamatan keluarga beliau terutama anak-anaknya yang masih kecil.

Tidak pasti sama ada individu tersebut sekadar mahu bergurau atau beliau benar-benar memaksudkan apa yang beliau ucapkan.

Satu hal yang pasti, beliau sudah melakukan hal yang sangat tak sepatutnya dilakukan walau sekadar dengan tujuan mahu bergurau.

Manchester United sendiri pada musim ini telah mengharungi kempen yang sangat mendukacitakan dan sangat mengecewakan.

Mereka telah tersingkir dari semua kejohanan yang disertai dan Manchester United juga berpotensi untuk terlepas slot ke saingan Champions League musim hadapan.

Setan merah berdepan kekalahan memalukan 4-0 di tangan Liverpool baru-baru ini dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga.

Sebagai ketua pasukan, ditambah pula dengan nilai yang kelab bayar untuk dapatkan khidmatnya, jelas sekali Harry Maguire akan jadi mangsa paling teruk dihentam andai United mencatat keputusan yang teruk.

Pemain berusia 29 tahun itu walau bagaimanapun tampil untuk menjawab segala kritikan tersebut dengan menyatakan bahawa:

“Saya tak mungkin akan bermain setiap perlawanan untuk Manchester United sebagai pemain utama jika saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan atau tak bermain dengan baik.”

Jelas Maguire.

“Ada sebab mengapa kedua-dua pengurus meletakkan saya dalam kesebelasan utama mereka dalam semua perlawanan.”

“Tapi saya juga faham yang saya ketua pasukan kelab ini, saya dibeli dengan nilai yang besar, dan ketika semuanya tak berjalan seperti diharapkan dan kami bolos banyak, mereka semua kritik saya.”

Maguire menyertai Manchester United dari Leicester City pada tahun 2019 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £80 juta.

Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi ketua pasukan selepas Ashley Young pergi menyertai Inter Milan pada Januari musim berikutnya.

Sejak ketibaannya ke Old Trafford, Maguire telah membuat 142 penampilan dan turut cemerlang menjaringkan 12 gol.

Manchester United pada minggu ini akan turun beraksi bertemu Arsenal dalam saingan Premier League, dan jelas sekali mereka wajib mencatat kemenangan andai mahu bersaing merebut kedudukan empat teratas pada penghujung musim nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2019/20: Manchester United 2-2 Southampton