‘Harumkan Nama Negara Di Mata Dunia’- Shaukat Kecewa Dirinya Seolah Tak Dihargai

Ayez Shaukat Fonseka Farid meluahkan rasa kecewa beliau apabila dirinya lebih dihargai di luar negara berbanding negara sendiri.

Penggusti terbaik negara itu sememangnya mahu berusaha sehabis saya beliau untuk menaikkan nama negara walaupun bakat yang beliau ada sepertinya tidak begitu dihargai.

Shaukat baru-baru ini telah melakukan debutnya di pentas yang dimiliki oleh Booker T, Reality Of Wrestling di Texas.

Ketika melakukan debutnya, Shaukat membuat kemunculan dengan mengenakan tanjak serta memakai jacket songket dalam usahanya mahu mempromosikan budaya Nusantara.

Lebih menakjubkan lagi, beliau turut berjaya menewaskan lawannya, Jonathan Vega ketika aksi debutnya di Reality Of Wrestling.

Pencapaian beliau untuk muncul di kaca TV USA sebenarnya satu pencapaian yang sungguh luar biasa dasyat dan berhak untuk disanjung.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya tidak mendapat penghargaan yang selayaknya beliau dapat dari peminat dan dari semua pihak yang berwajib.

Shaukat meluahkan rasa kecewa beliau dengan layanan yang beliau terima menerusi satu muat naik di laman Facebook miliknya.

“Pada hari ini saya keluar di kaca TV Hollywood, menjadikan saya ahli gusti anak kelahiran Malaysia yang pertama keluar di TV USA. Dan saya juga seorang pelakon, mungkin juga salah satu antara tidak ramai yang berjaya tembusi USA.”

Tulis Shaukat di laman Facebook miliknya.

“Lengkap dengan tanjak dan berjacket songket, membawa identiti dan imej nusantara ke mata Hollywood.”

“Tapi sayang, disebabkan saya bukan “artis” atau “selebriti” popular, berita ni takkan tersebar luas. Dan di tanah air saya sendiri, saya tetap takkan dipanggil untuk job atas bakat saya, sebab saya bukan tergolong dalam golongan artis atau selebriti. Kalau ada rezeki, mungkin setahun 3-4 kali tu dah kira tahun yang baik.”

“Nak kata tak berbakat dalam lakonan, arwah abang Mamat Khalid sendiri pernah beritahu saya yang saya “pandai berlakon, boleh buat stunt sendiri”. Ada juga pengarah dan producer Ryon Lee pesan yang saya pandai berlakon dan buat aksi sendiri, boleh jadi seumpama Tony Jaa Malaysia.”

“Malah kerana bakat saya dalam pengarahan dan lakonan, Dr Tom Prichard, juralatih yang telah melatih Dwyane “The Rock” Johnson sendiri menjemput saya untuk mengajar pelajar-pelajar nya di akademi nya di Knoxville, Tennessee.”

“Tapi sayang, di tanah air sendiri – biasa saya lah pilihan terakhir production, baik untuk lakonan, untuk arahan aksi atau untuk pengarahan. Bila dah tiada pilihan lain, atas kekangan jadual atau terutamanya bila project2 “budget” baru mereka mencari saya.”

“Kamu buat ni dulu, nanti bila project besar kami mesti akan panggil kamu lagi” mereka janjikan – tapi biasanya saya cuma akan dipanggil semula apabila, “bro sorry bro, ni job budget rendah – boleh tolong tak”.

“Nak kata saya tak ada bakat lakonan atau pengarahan, saya rasa tak juga. Nak kata saya mahal, tak juga. Nak kata saya tak professional, boleh la tanya semua on set disiplin dan attitude saya macam mana.”

“Tapi dah lebih 13 tahun masih mencuba tapi masih tak dapat nak tembus dan tidak diberi peluang – mungkin tak ada tempat kot untuk saya disini. Mungkin saya tak cukup popular, tinggi, dan hensem untuk market sini – mungkin saya ni jenis pendiam dan jarang keluar bergaul.”

“Apapun, saya bangga dapat keluar di kaca TV USA. Syukur alhamdulillah, walaupun tidak dihargai di sini, tetap dipandang tinggi di Luar Sana.”

Sukan gusti sememangnya tidak begitu di pandang di negara dan hal itu agak menyedihkan kerana tiada pihak yang membantu untuk menaikkan lagi martabat gusti di negara ini.

Bintang seperti Shaukat yang boleh dikatakan antara bintang paling berbakat di ASEAN juga sepertinya langsung tidak dipandang dan tidak dihargai.

Tidak mengejutkan untuk melihat beliau meluahkan rasa kecewanya di media sosial, kerana beliau sememangnya layak untuk mendapatkan penghargaan atas pencapaian beliau.

Semoga saja ada mata-mata yang akan terbuka untuk melihat potensi beliau dan lebih menghargai bakat ‘rare’ yang dimiliki oleh negara itu.

Baca Juga

Baca Juga