Hasbulla Berhasrat Mahu Bertemu Dengan Kanggaru Di Australia

Hasbulla telah mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat teruja untuk bertemu Kanggaru ketika membuat sesi lawatan ke Australia.

Bercakap kepada Sydney Morning Herald, ikon media sosial itu telah mendedahkan tentang hasratnya mahu bertemu binatang yang cukup sinonim dengan Australia itu.

Hasbulla akan melakukan sesi jelajah di Australia pada Ogos ini dan beliau mahu memastikan hasratnya itu bakal tercapai.

“Saya datang dari pekan kecil di Rusia, jadi saya tak sabar mahu menikmati pelbagai budaya berbeza.”

Jelas beliau kepada Sydney Morning Herald.

“Saya juga tahu di sana ada Kanggaru, dan ketika saya datang ke Australia, saya mahu bertemu mereka dan turut mahu melawat tempat ikonik seperti Bondi Beach.”

“Saya sangat suka menonton episod Bondi Rescue.”

Pada Mei, syarikat pengurusan The Hour Group telah mengumumkan yang ikon media sosial berusia 19 tahun itu akan tiba di Australia dari Dagestan.

Hasbulla akan ke Australia untuk sesi jelajah dan sesi bertemu peminat.

Tidak mengejutkan untuk melihat para peminat di media sosial terlalu teruja untuk menyambut kedatangan bintang media sosial berusia 19 tahun itu.

“Hasbulla akan datang ke Australia dan saya sangat-sangat teruja mahu bertemu dia.”

“Adakah berita ini benar? Hasbulla akan ke Australia? saya tak sabar mahu bertemu dia, saya akan pastikan saya bakal dapat bertemu dia.”

“Mendengar Hasbulla akan ke Australia sahaja sudah cukup untuk membuat hari saya sempurna.”

“Adakah dia akan anjurkan pertarungan di sini? atau dia sekadar datang untuk berjalan-jalan sahaja?”

“Walaupun dia tak mahu bergambar bersama wanita, tapi saya akan tetap mahu pergi bertemu dengannya dan melihat dia secara lebih dekat.”

CEO The Hour Group, Chris Tamplin memberitahu Sydney Morning Herald bahawa beliau terkejut melihat reaksi para peminat tentang kedatangan Hasbulla kerana bintang besar lain tak dapat sambutan yang sama.

“Kami bawa bintang seperti Kobe Bryant dan Shaquille O’Neal ke sini, tapi kami tak pernah tengok reaksi peminat seteruja ini.”

Jelas Chris Tamplin.

Tamplin turut menambah:

“Hasbulla seorang yang agak unik, personaliti dia sungguh dasyat, dan ketika dia ketawa, kamu tak boleh buat apa-apa melainkan turut ketawa bersama.”

CEO The Hour Group itu turut mendedahkan yang Hasbulla tidak pandai berbahasa Inggeris dan tentunya beliau akan sediakan penterjemah agar memudahkan peminat untuk bergambar atau bertanya apa-apa kepada petarung mini itu.

Tamplin turut menegaskan yang Hasbulla tidak akan bergambar bersama peminat wanita kerana beliau berpegang kepada undang-undang agamanya.

Sebelum ini beberapa kali tular di media sosial tentang bagaimana Hasbulla menolak untuk bergambar bersama peminat wanita kerana takut dosa.

“Kepada peminat wanita, jika kamu mahu hadir dan bertemu Hasbulla, kamu sangat dijemput untuk lakukan itu, tapi kamu harus tahu batas kamu dan kamu tak boleh terlalu mendekati dia.”

“Kami sangat faham dengan kekecewaan kamu berkait isu tersebut, tapi kami juga harus menghormati budaya dan kepercayaan Hasbulla sendiri.”

Hasbulla akan berada di Sydney pada 29 Ogos dan 30 Ogos nanti sebelum beliau terbang ke Melbourne pada 31 Ogos dan 1 September nanti.

Setakat ini Hasbulla mendedahkan yang beliau hanya mahu bertemu dengan Kanggaru dan bukannya mahu bertarung dengan binatang tersebut.

Mendengar beliau mahu bertemu Kanggaru, ramai peminat berharap beliau akan bertarung dengan binatang yang paling terkenal di Australia itu.

Demi menjaga keselamatan binatang tersebut, maka tidak akan ada perlawanan antara mereka yang akan dilangsungkan sepanjang sesi jelajah nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jawapan Hasbulla Ketika Dianggap Kurang Upaya Buat Ramai Peminat Beremosi