Manchester United mendedahkan yang mereka sangat berminat mahu mendapatkan bekas sporting director Liverpool, Michael Edwards untuk membantu Erik Ten Hag dan John Murtough di Old Trafford.
Walau bagaimanapun, usaha Man United itu sepertinya tidak mungkin menjadi kenyataan dan Michael Edwards berkemungkinan tidak akan ke Old Trafford.
Menurut sumber laporan Sami Mokbel dan Adrian Kajumba dari Mail Sport, Manchester United merupakan antara kelab yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Michael Edwards.
No chance.
Surely?https://t.co/NMnk5DjeLE
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 23, 2022
Setan merah mahu menggunakan bekas sporting director Liverpool itu untuk memperkukuhkan lagi operasi recruitment mereka yang dianggap sangat lemah pada ketika ini.
Manchester United pada ketika ini sedang merombak bahagian recruitment mereka dengan football director kelab, John Murtough akan dilantik sebagai pemimpin.
Edwards merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai individu yang paling dikehendaki oleh pimpinan kelab untuk menjadi pembantu kepada John Murtough.
Walau bagaimanapun, laporan sama turut mendedahkan yang Man Utd sendiri tidak pasti sama ada Michael Edwards berminat atau tidak untuk ke Old Trafford.
Memandangkan Michael Edwards mempunyai sejarah sebagai pekerja Liverpool, maka sukar sebenarnya untuk melihat beliau bekerja dengan Man Utd selepas ini.
Laporan sama turut menelaskan yang Man Utd akan tetap terus memantau landskap terbaru dalam dunia bola sepak untuk memacu mereka ke arah kejayaan walau mereka gagal untuk mendapatkan Michael Edwards.
Selain Michael Edwards, Manchester United juga dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan director of recruitment Brentford, Lee Dykes dan head of football Middlesbrough, Kieron Scott.
Manchester United and Chelsea are reportedly interested in former Liverpool sporting director Michael Edwards. https://t.co/Jv0B7LOrj2
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) June 22, 2022
Walaupun usaha United untuk mendapatkan Edwards sepertinya akan berakhir dengan kegagalan, namun melihat mereka berminat untuk mengubah sistem sedia ada sudah boleh dianggap sebagai satu perkembangan yang positif.
Manchester United pada ketika ini terlalu lambat dalam membuat rundingan dan hal itu terbukti pada jendela perpindahan musim panas ini.