Hatrick Kuda Tua Bantu Manchester United Benam Saint-Etienne

Manchester United berjaya mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan Saint-Etienne awal pagi tadi di Old Trafford.

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus

Habis match mana port baik tengok makwe-makwe Manchester Paul?

‌Paul dan abangnya Florentin dilihat berbual-bual manja ketika perbarisan pemain masuk ke padang.

‌Menurut Florentin, dia sempat bertanya mengenai kedai makan paling hipster di bandar Manchester kepada Paul sebelum perlawanan bermula. Mereka bercadang untuk berhibur bersama-sama gadis-gadis Manchester selepas perlawanan tamat.

‌Keluarga Pogba termasuk ibu dan kembar Florentin, Mathias pula dilihat di tempat duduk penyokong dengan memakai pakaian separuh hijau dan separuh merah sebagai tanda sokongan moral kepada mereka berdua.

Jentera Serangan Saint-Etienne Yang Tumpul

‌Walaupun mempunyai banyak peluang terhidang pemain serangan Saint-Etienne lebih gemar merembat bola ke arah penyokong yang berada di belakang stadium seolah-olah baru belajar menyepak bola. Motif mereka melakukan perbuatan sedemikian masih menyebabkan pengurus mereka bingung sehingga kini.

Si Pokok Yang Hilang Punca

Kalau aku potong rambut ni hensem tak?

‌Fellaini telah diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama setelah Henrikh Mkhitaryan mengalami kecederaan namun dia sekali lagi berjaya membuktikan yang dia merupakan pemain yang paling tidak ada function di dalam padang sebelum digantikan oleh Jesse Lingard pada babak kedua. Rambutnya yang berat amat mengganggu prestasinya selain menghalang penglihatan rakan-rakan sepasukan di dalam padang. Dia perlu ke kedai gunting rambut mengubah style rambutnya supaya lebih kemas dan menggayakannya dengan pomade.

It’s Zlatan Time

“I won’t be the King of Manchester, I will be the God of Manchester

‌Zlatan Ibrahimovic berjaya meneruskan prestasi cemerlang menjaringkan hatrik untuk Manchester United pada perlawanan tadi. Si Kuda Tua, Ibrahimovic sememangnya mempunyai rekod gol yang cemerlang menentang kelab Saint-Etienne sepanjang kariernya iaitu sebanyak 17 gol termasuk gol hatrik tersebut.

Peluang Untuk Barisan Simpanan Beraksi

Dengan berbekalkan tiga gol untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Perancis minggu depan, Manchester United sudah sebelah kaki untuk layak ke pusingan seterusnya melainkan Saint-Etienne berjaya mencipta keajaiban di tempar sendiri.

Jose Mourinho sudah boleh merancang untuk menurunkan pasukan kedua untuk beraksi . Pemain-pemain seperti Rooney, Schweinsteiger dan Shaw mungkin boleh diberi peluang untuk bermain dan merehatkan pemain-pemain utama untuk perlawanan lebih penting.

Baca Juga

Baca Juga