Hazard Akui Chelsea dibelenggu Keletihan

Menjelang perlawanan antara penyandang juara dan pasukan prasejarah, Liverpool power this is our year, Eden Hazard akui pasukan Chelsea berhadapan masalah keletihan.

Pemain Chelsea masih mengalami kepenatan selepas mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Qarabag yang berada nun jauh di sana sekaligus hanya mempunyai masa yang singkat untuk berehat dan tergesa-gesa melakukan persiapan menentang Liverpool.

“Perbezaan waktu antara dua perlawanan ini sangat singkatdan kami perlu menyesuaikan diri kerana dalam pertemuan menentang Manchester City sebelum ini kami tidak bermain dengan baik.”

“Aku hanya mahu rasa selesa dalam perlawanan ini. Beberapa pemain telah direhatkan ketika menentang Qarabag. Aku dan Kante telah dikeluarkan untuk membolehkan kami mendapat rehat yang cukup.”

Hazard akui beliau kini cergas dan pulih sepenuhnua dari sebarang kecederaan tidak termasuk kelukaan hati.

“Aku dah pulih 100 peratus, biasa pemain akan bergelut untuk kembali ke prestasi asal tetapi aku kini sudah bersedia membantu Chelsea.”

Sebelum ini, Conte juga melahirkan kebimbangan yang sama mengenai tempoh antara dua perlawanan yang singkat dan keletihan.

Conte mengeluh Jadual Tidak Adil

Pada minggu lalu Pengurus Chelsea, Antonio Conte telah melahirkan rasa tidak puas hati dan mengeluh dengan jadual padat yang perlu dilalui Chelsea yang bakal memberi kelebihan kepada Liverpool dalam pertemuan kedua-dua pasukan minggu ini.

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Italy itu telah menjulang kejuaraan Premier League musim lalu yang merupakan musim pertamanya namun bergelut dengan kesukaran musim ini dan ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Chelsea dan Liverpool telah bermain di Champions League pertengahan minggu lalu, di mana pasukan Liverpool bermain pada hari selasa dan Chelsea pula beraksi 24 jam kemudian pada jari Rabu.

The Blues yang akan menentang Qarabag terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 5800 batu atau 9334 kilometer ke Baku Azerbaijan dan Liverpool hanya akan berkelana ke Sepanyol sahaja menentang Sevilla.

Conte

Jumlah masa perjalanan yang perlu dilalui pemain Chelsea adalah lebih kurang 6 jam berbanding pemain Liverpool yang hanya memakan masa 3 jam dengan menggunakan penerbangan, jika berkereta Chelsea mengambil masa 55 jam dan Liverpool 24 jam.

Oleh kerana hebat Chelsea menang 4-0 dan Liverpool pila merasai sendiri kebangkitan Istanbul walaupun mendahului 3-0. Har har har.

Conte menyifatkan dan percaya perbezaan 24 jam waktu perlawanan dan tempoh masa perjalanan yang terpaksa Chelsea lalui akan memberi kelebihan yang tidak adil kepada kelab Merseyside Red itu.

“Sudah pasti mereka yang mengatur jadual perlawanan ini perlu memberi perhatian yang penuh.”

“Jangan lupa, sekarang kami mempunyai masalah lain kerana kami perlu bermain di Qarabag pada hari rabu dan kembali ke London pada pukul 5 atau 6 dan kami mempunyai perlawanan yang penting menentang Liverpool pada Sabtu.”

Aku tahu sape buat jadual memang aku rembat.

“Adakah ini normal? Aku tidak fikir begitu.”

“Jika seseorang itu mahu lebih keseimbangan dalam liga ini, aku rasa mereka patut memberi lebih perhatian sebelum membuat jadual perlawanan.”

Nasib baik Conte tidak menerima tawaran Kelantan dua tahun yang lalu, jika tidak sudah tentu Conte akan menangis di bucu katil memikirkan jadual liga sambil mendengar lagu dikir barat nyanyian Cikgu Sulizi.

‘Hatiku hancur relai…’

Baca Juga

Baca Juga