Hazard, Courtois dan De Bruyne Mengutuk Cara Perancis Bermain

Biasalakan kalau dah kalah memang akan ada bunyi dan ketidakpuasan hati. Secara mata kasar perlawanan separuh akhir semalam tidak menarik jika anda mahukan aksi yang berterusan tetapi masih boleh lagi ditonton.

Menyalahkan pihak lawan lagi mudah bagi Belgium kerana perlu menjaga hati rakan sepasukan lain jika mengkritik rakan sendiri yang nyata sekadar menjadi bongkah batu dalam perlawanan penting.

Jika dilihat mata hati nyata Perancis bermain lebih baik dan tersusun secara bertahan dan mereka hanya meletakkan sepohon kayu daunnya rimbun yang nama sainstifiknya, Olivier Giroud sp.

Ana tahu cara jadi tunggul kayu,

Belgium yang menyerang secara berterusan sepanjang perlawanan tetapi kendur ketika masa kecederaan menggunakan sebongkah batu bersurat sebagai penyerang dikenali sebagai Romelu Lukaku.

Eden Hazard yang cemerlang amat dari perlawanan suku akhir dan persembahan cemerlang itu dibawa ke separuh akhir pula nyata kecewa dengan permainan yang ditunjukkan Perancis.

Pemain bintang Chelsea itu telah menganggap Perancis sebagai pasukan yang bermain bola sepak secara ‘solid’ dan ‘padu’ serta negatif dan perlu menyertai Seminar Dari Doktor Palsu Tangan Di Dahi untuk kembali positif.

Parking bas ke tu?

Hazard meluahkan apa terbuku di hati beliau selepas tewas dan mengakui Belgium gagal mencipta ‘magik’. Hazard lebih rela kalah bersama Belgium daripada menang dengan cara yang diamalkan Perancis.

“Aku lebih rela kalah dengan Belgium daripada menang bersama Perancis itu.”

—-

“I prefer to lose with this Belgium than win with that France.”

“Perancis telah bertahan dengan sehabis daya dan sangat berkesan. Kami tidak menjumpai titik kelemahan mereka. Sedikit keajaiban yang diperlukan untuk menjaringkan gol tidak ada.”

“Kekalahan ini menyaksikan pasukan hebat seperti Belgium telah disingkirkan oleh pasukan yang lebih ‘solid’ daripada kami.”

Selepas mendengar syarahan Kapten Hazard, Lukaku terus menjadi bongkah batu.

Adakah keajaiban itu Lukaku kerana Lukaku tidak wujud dalam padang semalam?

Hazard nyata berbangga dengan apa yang dicapai oleh pasukan bimbingan Roberto Martinez ini walaupun gagal ke final.

“Kami telah menunjukkan bahawa kami sebuah pasukan yang bagus.”

“Kami boleh berbangga dengan apa yang kami capai. Sebagai ketua pasukan aku gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini.”

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois pula telah melabelkan Perancis sebagai pasukan yang bermain secara anti-football dan contoh senang dibayangkan Manchester United dan Jose Mourinho.

“Perancis bermain anti-football.”

“Aku tidak pernah lagi mengalami situasi di mana penyerang bermain jauh dari gol.”

Aksi terbaik Courtois di Piala Dunia

Courtois juga redha dengan kekalahan ini dan itu adalah hak Perancis untuk bermain macam mana pun. Pengadil juga menjadi punca bagi Courtois.

“Itu hak mereka nak main lagu tu, tapi tak sedap mata memandang. Bukan saja taktik Perancis tetapi pengadil yang langsung tidak menyebelahi kami.”

Kevin De Bryune pula lebih sinis luahannya sambil berpijak di bumi yang nyata dalam masa yang sama memuji pasukan Belgium secara tersirat.

“Adakah aku rasa Perancis menjengkelkan? TIDAK, aku bermain bersama City.” Ujar De Bruyne.

“Aku telah bermain menentang pasukan yang 90 peratus bertahan sepanjang perlawanan. Inilah bola sepak.”

“Apa yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan baik. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang. Satu gol telah memberi perbezaan.”

“Have I been annoyed by France? No, I play at City,”

Majoriti yang menonton permainan bola sepak mengharapkan permainan yang laju saling berbalas serangan dengan percubaan dan hantaran padu sepanjang perlawanan dengan jumlah jaringan yang banyak terhasil.

Rasa berbaloi untuk bangun sehingga jam 2 pagi atau tidak tidur menunggu perlawanan dan perlu pergi kerja seawal jam 6 pagi. Strategi dan taktikal Perancis menjadi serta berkesan. Mereka tahu cara untuk menang.

Bermain cantik tapi tewas atau bermain buruk tapi menang? Mana menjadi pilihan? Kekalahan akan membuatkan anda dilupakan dan kemenangan akan membuatkan pasukan menjadi sebutan walaupun bermain teruk seperti Greece menjuarai EURO 2004.

Perancis mara ke final hasil jaringan tunggal Samuel Umtiti melalui satu sundulan sedap. Belgium bergelut untuk memecahkan benteng Perancis sepanjang perlawanan dan kecemerlangan Courtois menafikan gol tambahan Perancis.

Perancis akan bertemu England di final.

Baca Juga

Baca Juga