Hazard Mahu Tahu Siapa Pengurus Chelsea Musim Depan Sebelum Tentukan Masa Depan

Bintang Chelsea, Eden Hazard mahu ketahui nasib Antonio Conte terlebih dahulu sebelum tentukan sama ada beliau akan kekal bersama Chelsea musim hadapan atau tidak.

Hazard turut berkata beliau berdebar untuk mengetahui pengurus manakah yang akan melatih Chelsea musim hadapan dan barisan pemain baru yang akan dibawa masuk ke Stamford Bridge.

Hazard menunjukkan tanda solidariti terhadap nasib Conte yang seperti nyawa di hujung tanduk sekarang

Seteru utama Chelsea seperti Manchester United, Liverpool dan Arsenal sudah mula bergiat aktif dalam pasaran perpindahan pemain yang akan dibuka bulan hadapan tetapi berbeza pula dengan Chelsea yang masih lagi belum memeterai sebarang perjanjian untuk membawa masuk pemain baru.

Tidak seperti musim-musim sebelum ini, Chelsea tidak bertindak awal kerana masa depan ketua jurulatih, Antonio Conte masih lagi menjadi tanda tanya dengan spekulasi bertiup kencang tempatnya akan digantikan oleh bekas pengurus Napoli, Maurizio Sarri.

Walaupun berjaya membantu The Blues memenangi Piala FA musim lepas, Hazard mengakui beliau kecewa dengan pencapaian Chelsea yang gagal meraih Top 4 di samping tersingkir seawal pusingan kedua dalam Liga Juara-Juara Eropah di tangan Barcelona.

Hazard mahu pemain baru yang akan dibawa masuk berupaya membantu Chelsea membawa pulang trofi ke Stamford Bridge

Hazard masih mempunyai baki 2 tahun dalam kontraknya dan kini bersama skuad kebangsaan Belgium untuk menghadapi Piala Dunia 2018 yang akan bermula beberapa hari lagi. Beligum diundi dalam kumpulan G bersama England, Tunisia, dan Panama.

“Buat masa sekarang, fokus saya hanya pada Piala Dunia. Saya mengharungi musim yang mengecewakan bersama Chelsea. Ya, kami berjaya memenangi Piala FA pada penghujung musim dan menjadikan keadaan sedikit lebih baik buat pasukan. Tetapi buat masa sekarang, saya hanya mahu fokus pada Piala Dunia.”

“Saya akan membiarkan pihak atasan kelab untuk menentukan bagaimana untuk mengendalikan Chelsea denga sebaik yang mungkin.” Ujar Hazard dalam satu sidang media di kem pra-Piala Dunia di Brussels, Belgium.

Apabila ditanya adakah masa depan beliau berkait dengan siapa yang akan menguruskan Chelsea dan pemain baru yang akan dibawa masuk musim depan, Hazard berkata beliau mahu mengetahui perkara tersebu terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan mengenai masa depannya di Stamford Bridge.

BRUSSELS,BELGIUM – JUNE 2: Eden HAZARD during a friendly game between Belgium and Portugal , as part of preparations for the 2018 FIFA World Cup in Russia, on June 2, 2018 in Brussels, Belgium. Photo by Frank Abbeloos – Isosport

“Ya, saya mahu tahu perkara itu terlebih dahulu. Saya mahu tahu tetapi sekarang, saya hanya fokus pada Piala Dunia.”

“Jika Chelsea menerima sesuatu yang baru – pengurus atau pun pemain – ia merupakan perkara yang bagus kerana saya mahu pemain yang mampu membawa kejayaan kepada Chelsea musim depan.”

“Tetapi untuk berlaku adil, pintu perpindahan pemain masih lagi belum dibuka. Kita akan lihat apabila ia dibuka tidak lama lagi.”

BACA:  Bekas Pemain Arsenal Percaya Chelsea Punyai Peluang Untuk Menang Kerana Memiliki Hazard