Hector Bellerin Menangis Teresak-esak Kerana Terpaksa Kembali Ke Emirates

Hector Bellerin menangis teresak-esak selepas tamat aksi terakhir beliau di halaman sendiri bersama Real Betis sebelum kembali ke Arsenal pada penghujung musim ini.

Kini, rakan sepasukannya di Betis bersepakat mahu mengumpul dana bagi memastikan pihak kelab mampu mengekalkan Hector Bellerin musim hadapan.

Pemain full-back Sepanyol itu menyertai Los Verdiblancos menerusi perjanjian selama satu musim bermula Ogos lalu dan beliau sudah menjadi pemain Arsenal sejak sedekad lalu lagi.

Beliau menyertai kelab dari saingan Premier League itu dari Barcelona ketika beliau masih lagi berusia 17 tahun.

Beliau telah membuat 239 penampilan bersama skuad utama Gunners dan beliau turut pernah memakai armband kapten ketika beraksi di Emirates.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan itu sepertinya sangat menikmati karier beliau sebagai pemain pinjaman di Estadio Benito Villamarin.

Lihat sahaja bagaimana air mata membasahi pipi beliau ketika aksi terakhirnya di Estadio Benito Villamarin bertemu Granada.

Rakan sepasukannya, Borja Iglesias turut mencadangkan agar rakan sepasukan yang lain melancarkan kempen derma khas bagi membantu kelab untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu menerusi perjanjian perpindahan tetap.

Beliau memuat naik status di laman twitter untuk meluahkan perasaannya dengan menyatakan:

β€œHey! Perlu tak kita lancarkan kutipan derma untuk pastikan @HenctorBellerin kekal?”

Tidak pasti sama ada Bellerin akan kekal atau tidak di Andalusia, namun menurut sumber laporan dari The Mirror, pemain kebangsaan Sepanyol itu sangat berharap agar pihak kelab akan mampu mengikat beliau menerusi perjanjian pembelian tetap.

Ayah Bellerin merupakan penyokong tegar Real Betis dan selepas beliau menyertai kelab pada Ogos lalu, pemain full back itu merasa bangga kerana beliau berjaya penuhi cita-cita ayahnya.

β€œMampu untuk menggembirakan ayah saya, penuhi impian dia, ia membuatkan saya berasa sangat teruja.”

Jelas Bellerin.

β€œIa merupakan perasaan yang ayah saya sudah tanamkan sejak saya kecil lagi. Sebagai kanak-kanak, saya suka tukar-tukar baju tapi dia paksa saya untuk pakai jersi Real Betis.”

Seperti dalam video di bawah, Bellerin yang sedang beremosi itu dilihat memeluk ayahnya, Pepe selepas tamat aksi kemenangan 2-0 mereka menewaskan Granada.

Tidak pasti sama ada Hector Bellerin akan kembali ke Emirate atau tidak musim hadapan, namun satu hal yang pasti, suasana dalam kem Arsenal pada ketika ini sedikit suram.

Mereka baru sahaja berdepan kekalahan bertemu Newcastle United awal pagi tadi dan kekalahan itu sepertinya menutup ruang untuk mereka layak ke saingan Champions League.

Newcastle tutup ruang untuk Arsenal layak ke saingan Champions League

Arsenal berdepan tamparan hebat dalam usaha mereka mahu mengakhiri saingan Premier League di kedudukan empat teratas.

Kekalahan 2-0 bertemu Newcastle United awal pagi tadi jelas sekali bakal memberi impak yang tak diinginkan dan The Gunners turut berpotensi untuk tak layak ke saingan Champions League musim hadapan.

The Gunners pada ketika ini hanya mempunyai baki satu perlawanan sahaja sebelum mengakhiri kempen saingan musim ini.

Mereka pula pada ketika ini dua mata berada di belakang Tottenham Hotspur dan andai skuad kendalian Carlo Ancelotti itu menang perlawanan terakhir mereka, maka Gunners tak mungkin akan dapat beraksi di pentas saingan Champions League.

Sepertinya kelebihan untuk layak ke saingan Champions League sudah langsung tidak dimiliki oleh skuad kendalian Mikel Arteta itu pada ketika ini.

Dua kekalahan secara berturut-turut di tangan Newcastle United dan Tottenham Hotspur jelas sekali menyukarkan mereka untuk mendapat slot ke saingan Champions League musim hadapan.

Skuad kendalian Antonio Conte membelasah Arsenal 3-0 minggu lalu, sebelum Gunners hari ini tewas 2-0 di tangan Newcastle United.

Gol sendiri jaringan Ben White dan gol minit akhir jaringan Bruno Guimaraes sudah cukup untuk menutup laluan Arsenal ke saingan Champions League.

Newcastle United sememangnya agak dominan dalam perlawanan ini dengan Arsenal sementara itu tak langsung tak mampu melakukan apa-apa melainkan redho sahaja dengan kekalahan tersebut.

Newcastle konsisten menunjukkan peningkatan mereka dengan skuad The Magpies itu pada suku pertama musim ini sedang berada di zon penyingkiran, dan kini mereka berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan liga.

Tottenham Hotspur sementara itu akan beraksi bertemu Norwich City selepas ini, sementara Arsenal pula bakal turun beraksi bertemu Everton.

Kelebihan sepertinya berpihak kepada Tottenham Hotspur dengan mereka sudah ada kelebihan dua mata sebelum turun beraksi dalam perlawanan terakhir.

Arsenal sementara itu akan lebih tertekan kerana mereka mahu memburu tiga mata dan sangat berharap agar Tottenham Hotspur akan keciciran mata.

Situasi hampir sama dengan keadaan di puncak saingan liga, dengan Liverpool dan Manchester City juga berpotensi untuk bersaing hingga ke hari terakhir nanti.

Selepas sekadar mencatatkan keputusan seri bertemu West Ham United malam semalam, Man City kini sepertinya telah membuka ruang untuk membenarkan Liverpool memintas.

Jika mereka sebelum ini mempunyai kelebihan tiga mata dengan baki perlawanan yang sama, Man City kini hanya mendahului The Reds dengan kelebihan empat mata namun anak-anak buah Jurgen Klopp itu mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Seandainya Liverpool mencatatkan kemenangan bertemu Southampton nanti, maka pemenang saingan Premier League hanya akan ditentukan pada aksi terakhir musim ini.

Liverpool hanya perlu mencatatkan kemenangan bertemu Wolverhampton Wanderers, sementara Man City terpaksa berdepan Aston Villa yang dikendalikan oleh Steven Gerrard.

Legenda Liverpool itu sudah tentu sedikit sebanyak akan terdetik dihatinya mahu Man City keciciran mata agar bekas kelabnya akan muncul Juara saingan Premier League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Bellerin Persoal Mengapa Krisis Di Ukraine Dapat Lebih Perhatian Berbanding Palestin