Hector Bellerin Setuju Dengan Perjanjian Baru Bersama Arsenal

Hector Bellerin telah memberi kelegaan kepada peminat Arsenal seluruh dunia apabila bersetuju untuk mengikat perjanjian baru bersama Arsenal sekaligus menutup cerita tentang perpindahannya ke kelab lain.

Barcelona dan Manchester City dikatakan sangat berminat dengan pertahanan kanan yang berusia 21 tahun itu, tetapi cinta tidak semestinya bersatu kerana Bellerin setia untuk beraksi bersama The Gunners.

Albert Botines ejen kepada Bellerin berkata :

“Kami berbincang dan sekarang kami semakin hampir berbanding dua minggu lepas, jika tiada aral melintang dia(Bellerin) akan menandatangi perjanjian baru.

“Hector sangat bahagia dan gembira bersama Arsenal. Ini merupakan kali ke-4 Bellerin menandatangani kontrak baru bersama Arsenal dan ini jelas menunjukkan beliau melalui satu perkembangan yang baik.”

Arsenal dijangka bakal memuktamadkan kontrak baru dan Bellerin bakal menjadi salah seorang pemain yang menerima bayaran gaji tertinggi. Bellerin menyertai Arsenal dari Barcelona dan kini membayar kembali jasa Wenger yang memberi kepadanya peluang yang besar.

City telah cuba untuk mendapatkan Bellerin pada musim panas yang lalu tetapi Bellerin telah bersetuju untuk kekal bersama Gunners. Ini merupakan satu kejayaan besar bagi Arsenal yang kini masih berunding dengan Mesut Ozil dan Alexis Sanchez untuk kontrak baru.

Baca Juga

Baca Juga