Helah Teramat Genius Dani Olmo Untuk Mendapatkan Sepakan Percuma

Pemain tengah RB Leipzig, Dani Almo telah melakukan helah teramat genius yang berjaya memperdaya pemain pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez bagi mendapatkan sepakan percuma.

Kejadian yang sangat ‘rare’ ini terjadi dalam perlawanan German Super Cup yang menemukan Bayern Munich dan RB Leipzig.

Bayern Munich berjaya meraih trofi pertama menjelang musim baharu selepas menumbangkan RB Leipzig 5-3 dan telah mendahului 3-0 diseparuh masa pertama hasil jaringan Jamal Musiala, Sadio Mane dan Benjamin Pavard.

Serge Gnabry menjaringkan gol keempat pada babak kedua namun RB Leipzig bangkit melawan dan tidak mengalah dengan mengurangkan defisit kepada 4-3.

Dani Olmo merupakan penjaring gol ketiga RB Leipzig pada minit ke-89 sedaya upaya membangting keringat dan menggunakan akalnya ke tahap maksima bagi mencari gol penyamaan.

Pemain full-back Bayern Munich, Alphonso Davies telah mengalami kecederaan dan RB Leipzig menghentikan permainanan terpaksa memberi bola kepada lawan atas semangat fair play.

Namun Dani Olmo yang sepatutnya mengeluarkan bola sangat licik dan teramat genius apabila dengan perlahan-lahan membawa bola betul-betul ke atas garisan tepi padang seperti sudah mengeluarkan bola.

Selepas memasang perangkap, Dani Olmo berlalu pergi dan Lucas Hernandez datang mengutip bola untuk lontaran ke dalam dan disinilah helah Olmo terdedah.

Penjaga garisan menjengah bagi memastikan kedudukan bola dan Lucas Hernandez selamba datang mengambil lalu penjaga garisan terus mengangkat bendera kerana bola belum keluar dan masih dalam permainan.

Sepakan percuma diberikan kepada RB Leipzig dan Lucas Hernandez terpinga-pinga tidak faham dengan apa yang terjadi dan meminta penjelasan penjaga garisan.

Lucas Hernandez tidak berpuas hati dan bertekan dengan Konrad Laimer serta Christopher Nkunku. Joshua Kimmich dan Kingsley Coman datang masuk campur tanda tidak puas hati.

Dani Olmo tenang sahaja berdiri memantau situasi sambil menunggu sepakan percuma dilakukan.

Sepakan percuma itu tidak membuahkan sebarang hasil malahan Leroy Sane berjaya menjaringkan gol kelima untuk mengesahkan kemenangan skuad bimbingan Julian Nagelsmann itu.

Walaupun tidak membuahkan gol ramai kagum dengan kegeniusan Dani Olmo itu, kalau gol tu mahu bertumbuk.

Entah apa perasaan Lucas Hernandez selepas mengetahui cerita sebenar kenapa sepakan percuma diberikan. Kena tipu hidup-hidup.

Bayern Munich Juara dan Mane Jaring Gol Debut

Pemain terbaik Afrika, Sadio Mane, telah menjaringkan gol dalam perlawanan debut bersama pasukan baru, Bayern Munich, sekaligus membantu gergasi Bundesliga tersebut menjulang piala DFL-Supercup 2022 mengalahkan RB Leipzig.

Turun dalam perlawanan penanda permulaan musim Bundesliga yang baru, Bayern menampilkan barisan pemain yang kuat dengan Manuel Neuer mengekalkan tempatnya di gawang tanpa dicabar, sambil dibantu oleh empat pertahanan – Alphonso Davies di sebelah kiri, Benjamin Pavard selaku pertahanan kanan, Dayot Upamecano dan Lucas Hernandez di bahagian tengah.

Joshua Kimmich dan Marcel Sabitzer pula menjadi double pivot kepada pasukan, untuk membenarkan Jamal Musiala, Thomas Muller dan Serge Gnabry fokus kepada serangan dengan Sadio Mane diupah menjadi penyerang tunggal.

RB Leipzig pula turun dengan formasi tradisi mereka 3-4-2-1 dengan penyerang sensasi, Christopher Nkunku menjadi penyerang tunggal pasukan, sambil dibantu oleh Emil Forsberg dan Dominik Szoboszlai.

Bayern benar-benar serius untuk memenangi DFL-Supercup di mana mereka mula melancarkan serangan dari awal lagi. Hasilnya, Jamal Musiala, berjaya melepasi cabaran lima pemain Leipzig di dalam kotak penalti lawan dan melepaskan satu rembatan leret yang gagal dibaca awal oleh penjaga gol, Peter Gulacsi.

Selang lima belas minit kemudian, Sadio Mane mencipta kenangan manis peribadi apabila dia menjaringkan gol pertama, dalam perlawanan pertama buat pasukan yang berada di tempat pertama liga pada musim lalu.

Gol terhasil daripada hantaran yang dimulakan oleh Davies kepada Muller, yang dengan bijak melakukan satu sentuhan kepada Musiala.

Musiala juga merupakan seorang pemain yang pandai di mana dia membuat hantaran pantas kepada Serge Gnabry yang sedang melakukan larian. Hantaran ini ternyata mengejutkan pertahanan Leipzig yang terpinga-pinga melihatnya.

Gnabry lantas melorongkan bola ke tengah kotak penalti dan bola menemukan Mane yang langsung tidak dikawal lalu mudah menolak bola ke dalam gol.

Pada penghujung separuh masa pertama, permainan hantaran pantas Bayern dalam ruang yang sempit sekali lagi memerangkap pertahanan Leipzig dan kali ini giliran Pavard pula menjaringkan gol.

Pada separuh masa kedua, Leipzig merapatkan kedudukan pada minit ke-59 apabila Halstenberg menanduk secara gelembung buaya bola hasil daripada sepakan penjuru. Neuer menyangka bola itu keluar, namun dia terperangkap dengan sangkaan dan perasaannya sendiri lalu mengutip bola keluar dari dalam gol.

Geram dengan tindakan berani Leipzig menjaringkan gol tersebut, Bayern terus memperkemas asakan dan hasilnya pada minit ke-66, Muller melakukan rembatan kencang dari dalam kotak penalti.

Rembatan tersebut pada awalnya dapat ditahan oleh Gulacsi, namun bola bergolek ke hadapan Gnabry yang tidak dikawal lalu menolak mudah bola ke dalam gol yang terbuka.

Inilah serangan yang sebenar kerana apabila menyerang, lambakan penyerang yang ramai dalam kotak penalti akan meningkatkan peluang untuk jaringan gol. Bukannya letak Martial sorang je dalam kotak penalti.

Oppss…maaf. Tersebut nama pemain pasukan lain pula.

Pada minit ke-76, mungkin kerana kasihan melihat Leipzig yang agak kecewa, Bayern menganugerahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan dan Nkunku tidak mensi-siakan peluang ini apabila dia merembat laju ke penjuru gawang.

Pada minit ke-89, Bayern sekali lagi bermain dengan perasaan Leipzig dan memberikan harapan buat mereka apabila membenarkan gawang mereka dibolosi buat kali ketiga.

Dani Olmo yang masuk menggantikan Kevin Kampi, telah menerima bola hantaran pendek daripada Szoboszlai. Olmo kemudian melakukan cut-back dan melepaskan rembatan leret menewaskan Neuer yang buat-buat terbang ingin menahan bola.

Pada minit ke 90+8, Bayern melengkapkan permainan apabila Leroy Sane menjaringkan gol kelima pasukannya.

Awalnya Bayern memancing para pemain Leipzig untuk melakukan serangan sehingga hampir kesemua pemain mereka berada di dalam kawasan Bayern. Tiba-tiba, Bayern melakukan satu serangan balas yang pantas dan bola sampai ke kaki Sane.

Sane tanpa menoleh ke belakang, melakukan larian deras sehingga masuk ke dalam kotak penalti Leipzig, sebelum mengacah-acah gerakannya menipu dua pemain Leipzig, sebelum menyepak bola dengan sopan ke dalam gol yang sudah terbuka.

Selepas perlawanan tamat, para pemain Bayern dengan gembiranya menjulang DFL-Supercup dan menari sambil melompat. Mereka juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan piala di atas padang, dan ada juga yang berswafoto bersama penyokong.

Malam yang indah.

Highlight : Youtube

BACA:  Red Bull Menembusi Jualan Minuman Dengan Bersukan