Henderson Mendedahkan Punca Beliau Tidak Mahu Tukar Jersi Dengan Messi

Jordan henderson mendedahkan pengalaman pertama beliau turun beraksi bertemu Lionel Messi.

Musim lalu, Barcelona menjadi tuan rumah untuk pusingan pertama, separuh akhir, Liga Juara-juara bertemu Liverpool.

Dalam perlawanan itu Barcelona menewaskan Liverpool 3-0 dah pemain Argentina berusia 31 tahun itu berjaya menjaringkan gol sepakan percuma yang cukup cantik.

Tetapi dalam perlawanan leg kedua, Liverpool melakukan aksi come back of the year dengan menundukan Barcelona 4-0.

Dalam perlawanan leg pertama, Jordan Henderson tidak beraksi sebagai pemain utama tetapi beliau dibawa masuk pada babak pertama perlawanan menggantikan Naby Keita.

Kini pemain midfield berusia 28 tahun itu mengenang kembali perasaan beliau untuk pertama kalinya bertemu ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi.

Beliau turut mendedahkan mengapa beliau tidak mahu menukar jersi dengan pemenang enam kali Ballon d’or itu.

“Selepas sepak mula saya dimasukkan lebih awal memandangkan Naby Keita mengalami kecederaan. Itu lah pertama kali saya berada satu padang dengan Lionel Messi.”

Jelas Henderson kepada Daily Mail.

“Saya bercakap dalam hati ‘oh my God, itulah dia,’ tetapi dia berbeza dengan apa yang selalu saya tengok di TV. Dia sangat laju.”

“Memikirkan jaringan sepakan percumanya, sampai sekarang saya masih tak percaya dia boleh jaringkan gol itu. Saya mula-mula fikir dia sekadar ambil sepakan rendah.”

“Saya pernah beritahu bertapa hebatnya Alisson, tetapi Messi meletakkan bola di satu sudut yang tak mampu dia capai. Laju, tepat dan tenang, sepakan yang sempurna.”

“Adakah anda fikir saya mahu meminta jersinya? Tidak! Saya tak pernah lakukannya.”

“Roy Keane pernah beritahu saya ketika saya di Sunderland, sekiranya kamu meminta jersi seseorang, kamu sebenarnya memuja dia.”

“Selepas tamat perlawanan, saya pulang dengan membawa jersi Luis Suarez. Luis seorang kawan yang baik. Dia memberi perasaan yang sama ketika kami bersama di Liverpool dahulu. Saya menyimpan jersi dia dan saya tidak tahu apa dia buat dengan jersi saya.”

Messi sendiri pernah mengakui bahawa perlawanan malam itu di Anfield sentiasa segar di ingatan beliau.

Liverpool mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Juara dari saingan La Liga dengan keputusan 4-3 secara agregat.

Sang penakluk dunia, Liverpool muncul juara edisi itu dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

BACA:  Seteru Utama Liverpool Antara Calon Kegemaran Untuk Menandatangani Jordan Henderson