Hendrawan Hanya Berkaki Ayam Selepas Pinjamkan Kasut Kepada Pemain Jamaica Yang Rabak

Satu detik yang memaparkan semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 melibatkan jurlatih pasukan badminton Malaysia, Hendrawan ketika perlawanan berlangsung.

Dalam acara badminton berpasukan campuran di aksi kumpulan D Malaysia telah bertemu Jamaica.

Ketika perlawanan perseorangan antara pemain Malaysia NG Tze Yong dan Samuel Ricketts dari Jamaica peristiwa manis dalam dunia sukan telah terjadi.

Hendrawan telah mencuri hati ramai peminat badminton dunia apabila tanpa berlengah telah meminjamkan kasutnya kepada pemain Jamaica yang rosak dan rabak.

Ketika awal perlawanan di set kedua dikedudukan Samuel Ricketts mendahulu 4-5 selepas tewas di set pertama permainan telah dihentikan.

Samuel Ricketts berdepan masalah besar apabila tapak kasutnya mengalami kerosakkan yang sangat teruk iaitu pecah dan rabak yang tidak memungkinkannya meneruskan permainan dengan kasut yang sama.

Seorang petugas telah membantu Samuel Ricketts dengan menggunting bahagian tapak yang rosak dan kondisi kasut itu sama sekali tidak boleh digunakan lagi dalam perlawanan.

Kemudian salah seorang daripada pasukan Jamaica membawa kasut untuk digantikan namun selepas mencuba saiznya pula tidak kena mungkin terlalu besar.

Melihat situasi itu Hendrawan terus membuka kasutnya dan meminjamkan kasutnya kepada Samuel Ricketts yang sememangnya mempunyai saiz yang sama dengan Hendrawan.

Bukan sahaja saiz yang sama malah kebetulannya, jenama juga sama. Lalu Samuel Ricketts mengambil keputusan meminjam kasut Hendrawan bagi meneruskan perlawanan.

Hendrawan kembali ke tempat duduk jurulatih untuk meneruskan tugas ditepi gelanggang dengan hanya memakai stokin sahaja. Nasib baik stokin baru.

Detik itu benar benar menyentuh hati ramai peminat yang memberikan tabik hormat kepada kem Malaysia terutama sekali Hendrawan.

Astro Arena melalui laman Facebook rasmi telah memuat naik rakaman detik itu yang nyata mendapat pujian ramai.

“Detik-detik gemilang Malaysia di mata dunia. Sportmanship at it best! 🇲🇾
.
Coach Hendrawan memberi kasut kepada pemain badminton dari Jamaica untuk dia meneruskan perlawanan menentang Malaysia.
.
Ikuti kami di semua platform social media untuk perkembangan terkini dari Birminghim!
.
#SemangatMenyengat #Birmingham2022 “

Malah legenda badminton dunia dan juga Malaysia Dato Lee Chong Wei juga tidak terlepas untuk berkongsi detik itu dan memuji Hendrawan yang dianggap sebagai mentor.

Lee Chong Wei sempat bergurau dengan menyuruh Hendrawan tolong kalau seluar lawan terkoyak.

“Always the kindest friendly man who is never shy offering help to anyone, even someone new to him … ladies and gentleman, that’s Hendrawan… my friend, my mentor and former world champion.
.
Sidenote: eh coach Hendrawan, nasib baik yang koyak kasut dia. Kalo seluar dia yang koyak i challenge pak tolong dia gak…

#sportsmanship “

Selepas perlawanan diteruskan NG Tze Yong berjaya menewaskan Samuel Ricketts 2-0 dengan mata 21-12 dan 21-16 dan nampak ada peningkatan selepas Samuel Ricketts memakai kasut Hendrawan walaupun tewas.

Malaysia mudah menewaskan Jamaica 5-0 dalam acara campuran berpasukan secara mutlak tanpa sebarang set dilepaskan.

Dalam pertemuan beregu campuran, Chan Peng Soon / Cheah Yee See menewaskan pasangan Joel Angues / Katherine Wynter 21-5 dan 21-12.

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dengan mudah menewaskan perseorangan wanita Jamaica, Tahlia Richardson 21-2 dan 21-5.

Beregu lelaki Aaron Chia Teng Fong / Soh Wooi Yik juga tiada masalah menewaskan Joel Angus dan Samuel Ricketts 21-7, 21-11. Dua kategori Samuel Ricketts main patut hancur kasut.

Manakala beregu wanita Malaysia, Thinaah Muralitharan dan Pearly Tan Koong Le mudah menewaskan Tahlia Richardson dan Katherine Wynter 21-8, 21-2.

Malaysia berada dalam kumpulan D bersama Jamaica, Zambia dan Afrika Selatan tiada masalah untuk mara ke suku akhir selepas menang semua perlawanan.

Baca Juga

Baca Juga