Henry Tak Setuju Carragher Anggap Salah Pemain Terhebat Dunia Pada Ketika Ini

Mohamed Salah tidak dinafikan lagi pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya, dan sedang menjadi nadi penting sebalik aksi cemerlang Liverpool sepanjang musim ini.

Ramai yang yakin dan percaya bahawa Mo Salah merupakan pemain terhebat dunia pada ketika ini, namun tidak untuk Thierry Henry yang menganggap ada pemain lain lebih bagus berbandingnya.

Salah telah berjaya menjaringkan 12 gol dari 11 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini, dengan terbaru beliau berjaya meledak dua gol ketika aksi bertemu Atletico Madrid, dalam saingan Champions League.

Melihat kepada persembahan mantap Salah sejak kebelakangan ini, Jamie Carragher memuji bintang Mesir itu, dan menganggap bahawa beliau merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Walau bagaimanapun, legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal, Thierry Henry menegaskan yang beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan dari Jamie Carragher itu.

Henry percaya yang Robert Lewandowski dan Karim Benzema merupakan dua pemain yang lebih hebat berbanding Salah pada ketika ini, selepas melihat aksi kedua-dua pemain itu diperingkat kelab dan negara.

Beliau menegaskan yang Benzema dan Lewandowski lebih bagus berbanding Salah berdasarkan pencapaian dan persembahan mereka bersama skuad kebangsaan masing-masing pada ketika ini.

“Belum lagi.”

Jelas Henry ketika ditanya sama ada Salah boleh dianggap pemain terhebat dunia pada ketika ini atau belum.

“Gol yang dia jaringkan pada ketika ini, tersangatlah bagus. Tapi bagaimana kamu boleh lupakan tentang Lewandowski? Bagaimana kamu boleh melupakan tentang Benzema? Bagaimana kamu boleh abaikan persembahan bersama skuad kebangsaan?”

“Ketika ini, dia sedikit bergelut bersama skuad kebangsaan Egypt. Ia bukan mudah. Tapi dia masih belum lakukan itu di sana. Namun kesemua gol dia memang menakjubkan. Saya suka Salah. Tapi dia masih belum yang terhebat.”

“Adakah dia pemain terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini? Sangat jauh. Berdasarkan persembahan dia sekarang, kamu tak pandang Benzema pada ketika ini? dengan cara dia bermain?

“Apa yang sudah dia lakukan bersama Perancis dan ketika di Euro? Bagi saya ia sudah cukup jelas.”

Salah mengetuai skuad kebangsaan Egypt dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia sebelum ini bertemu Libya di halaman sendiri dan lawan, namun beliau gagal menjaringkan gol.

Mesir berjaya memenangi kedua-dua perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0 dan 3-0, namun dari kesemua empat gol itu, salah gagal menjaringkan sebarang gol.

Sebagai perbandingan, Benzema berjaya menjaringkan dua gol dari dua penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan Perancis dalam saingan UEFA Nations League.

Beliau jelas sekali menjadi nadi penting dalam membantu skuad kendalian Didier Deschamps untuk muncul sebagai Juara kejohanan tersebut.

Di peringkat kelab pula, Karim Benzema berjaya menjaringkan 11 gol dari 11 penampilan dalam semua pertandingan musim ini bersama Real Madrid.

Sementara Lewandowski pula berjaya menjaringkan sembilan gol dari lapan penampilan dalam semua pertandingan untuk Bayern Munich pada musim ini.

Walau bagaimanapun, beliau juga turut gagal untuk menjaringkan gol dalam dua aksi terakhir bersama skuad kebangsaan Poland dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Beliau gagal mencipta nama sebagai penjaring gol ketika aksi kemenangan 5-0 Poland menewaskan San Marino dan 1-0 ke atas Albania.

Satu hal yang pasti, ketiga-tiga Mo Salah, Benzema dan Lewandowski sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Adakah dakwaan dari Henry boleh diterima pakai, atau Salah sememangnya terhebat dalam dunia bola sepak sekarang? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lagenda Liverpool Akui Van Dijk Masih Di Belakang Messi Dalam Perebutan Ballon d'Or