Here We Go! Wout Weghorst Ke Manchester United

Here We Go! Fabrizio Romano telah menghere we gokan perpindahan Wout Weghorst ke Manchester United yang menjadi sasaran selepas Cody Gakpo kepada Liverpool.

Jika Fabrizio Romano mengungkapkan kata Jom Kita Pergi! pada kelazimannya perpindahan itu akan terjadi dan hanya menantikan pengumuman rasmi dari kelab.

Perpindahan Wout Weghorst ke Manchester United secara pinjaman ini agak rumit kerana melibatkan cinta tiga segi melibatkan perbincangan tiga hala.

Weghorst dipinjamkan Burnley ke Besiktas dan Setan Merah mahu meminjamnya pula. Seperti mengacau rumah tangga orang kerana Weghorst menjadi pemain tonggak di Besiktas.

Menurut Fabrizio Romano lagi, pemain kebangsaan Belanda itu akan terbang ke Manchester hari ini untuk ujian perubatan:

“Wout Weghorst ke Manchester United, Jom kita pergi! Semua syarat yang didedahkan pada hari Selasa disahkan: Man Utd membayar €3 juta kepada Besiktas kemudian menandatangani Weghorst secara pinjaman daripada Burnley.” 🚨🔴 #MUFC

“🛫 Dimaklumkan Weghorst akan terbang ke Manchester hari ini untuk menjalani ujian perubatan dan kemudian menandatangani kontrak.”

Manchester United perlu membayar saguhati €3 juta kepada Besiktas bagi merawat kecederaan hati mereka yang perlu mencari pengganti dengan segera.

Semalam Fabrizio Romano melaporkan perpindahan secara pinjaman Wout Weghorst telah mencapai persetujuan lisan dan hanya menunggu lampu hijau dari Besiktas yang tidak mahu memberi persetujuan selagi mereka masih tiada pengganti.

Kini Manchester United dan Wout Weghorst hanya menunggu detik untuk disatukan secara sah, jika mereka cemerlang bersama mungkin status pinjaman ini akan menjadi status pemain tetap.

Selepas Wout Weghorst sendiri mahu ke Manchester United, pengurus Besiktas, Senol Gunes Senol Gunes berkata dia tiada masalah untuk melepas Weghorst namun semua itu bergantung kepada kelab:

“Weghorst adalah pemain penting bagi kami. Tidak cukup untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penonton. Dia juga perlu bercakap dengan kelab.”

“Saya telah mendengar tentang perkembangan sedemikian, tetapi ia tidak jelas. Saya akan mempertimbangkan [dia] pergi selepas saya bercakap dengan dia dan kelab.”

Presiden Besiktas, Ahmet Nur Cebi kelmarin menyatakan mereka menolak untuk membenarkan Wout Weghorst pergi jika mereka gagal untuk mencari pengganti.

Wout Weghorts telah menjaringkan 9 gol dalam 18 perlawanan sejak tiba di Turki:

“Dengan kemenangan ke atas Adana Demirspor dan Kasimpasa, kami telah mendapat suasana yang baik sekali lagi,” katanya kepada media Turki, Milliyet.

“Dalam tempoh kritikal ini, saya tidak akan meninggalkan pasukan tanpa penyerang.”

“Jika kami bersetuju dengan syarat selepas mendapatkan penyerang berkualiti, maka kami akan menghantar Weghorst pergi. Jika tidak, Weghorst akan kekal dalam pasukan.”

Kini mungkin segalanya telah selesai dan Besiktas sudah menemu pengganti yang sebelum ini dilaporkan berminat utuk mendapatkan pemain penyerang Cameroon Vincent Aboubakar.

Manchester United kini mencari seroang penyerang dengan harga masuk akal selepas terlepas Cody Gakpo kepada Liverpool bagi menjadi sandaran kepada Marcus Rashford.

Sejak ketiadaan Cristiano Ronaldo, Anthony Martial seperti kembali ke zon selesa dan kembali sendu seperti sebelum ini dan dilihat tidak cukup untuk terus bergantung kepada Marcus Rashford sahaja.

Setan Merah telah dilaporkan sudah menghubungi Burnley untuk perbincangan awal jika perjanjian itu boleh dimuktamadkan bagi mendapatkan penyerang pasukan kebangsaan Belanda itu.

Pemain antarabangsa Belanda, Wout Weghorst berpindah ke Burnley dengan perjanjian tiga setengah tahun dari Wolfsburg pada hari terakhir erpindahan pada Januari 2022.

Tetapi dia telah pergi untuk menyertai Besiktas yang berpangkalan di Istanbul secara pinjaman selama semusim pada musim panas lalu setelah hanya menjaringkan dua gol sahaja untuk Clarets.

Berusia 30 tahun ini mungkin ini peluang terakhir Wout Weghorst untuk beraksi di liga teratas bersama kelab besar selepas menyinar di Piala Dunia.

BACA:  RASMI: Wout Weghorst Kini Sah Milik Manchester United