Perlawanan pra-musim pertama Liverpool menentang VfB Stuttgart telah menyaksikan pemain baharu The Reds, Kostas Tsimikas telah mempamerkan aksi yang sangat meyakinkan dan memberi sinar harapan.
Highlight individu dalam debut pemain pertahanan baru Liverpool ini seolah-olah memberi isyarat bahawa seorang lagi pemain pertahanan terbaik dunia akan dilahirkan dalam tempoh 2-3 tahun lagi.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp mudah menewaskan Stuttgart dengan tiga gol tanpa balas hasil jaringan Roberto Firmino Naby Keita dan Rhian Brewster.
Rangkuman pemain left-back Greece telah dikompilasikan dalam satu video berdurasi selama empat minit dan 20 saat. Nikmatilah.
Kostas Tsimikas telah mempamerkan aksi yang menarik ketika diberi peluang beraksi untuk tempoh 45 minit dan sempat disakat oleh James Milner kerana tidak menghantar bola kembali.
Konstantinos “Kostas” Tsimikas menjadi pemain pertama diikat Liverpool bagi memperkasakan pasukan bagi menghadapi saingan musim 2020/21 dengan harga yang dilaporkan sekitar €13 juta sahaja.
Kehadiran Tsimikas akan memberi pilihan dan saingan kepada Andy Robertson untuk musim yang mendatang memandangkan James Milner semakin berusia
Our new 𝗡𝗼.2️⃣1️⃣ pic.twitter.com/CkWlqsKBDv
— Liverpool FC (@LFC) August 10, 2020
Pemain berusia 24 tahun itu nyata gembira dan berkepak dengan debut bersama pasukan penakluk dunia.
“Aku rasa sangat bagus, aku sangat gembira kerana melakukan debut.”
“Sekarang aku kena lipat gandakan usaha dan bermain sekerap mungkin di perlawanan liga. Aku mahu bersedia untuk segalanya.”
“Perlawanan persahabatan ini sukar, yang paling utama kami mesti cergas, sebab itu aku cuba berlari sebanyak yang mungkin untuk menunjukkan imej yang baik dan kerja keras.”
Kostas on what it means to join the Reds 🙌🔴 pic.twitter.com/fGVE90wpOG
— Liverpool FC (@LFC) August 10, 2020
“Dan keputusan adalah perkara paling penting walaupun dalam perlawanan persahabatan apatah lagi perlawanan kompetitif.”
“Satu prestasi yang baik dan kami buat apa yang dilakukan ketika latihan. Apa jurulatih mahu kamu lakukan di padang dan menang.”
“Kami akan simpan dan kami mahu terus bersedia untuk perlawanan Perisai Masyarakat pada 29 hari bulan ini.”
"Kostas is a signing which just shows what we are looking for, what we need."
The latest from the boss in Austria 👇 #LFCPreSeason
— Liverpool FC (@LFC) August 17, 2020
Jurgen Klopp juga sebelum ini telah menjelaskan kenapa Liverpool sangat memerlukan Tsimikas.
“Kostas satu pembelian yang menunjukkan apa yang kami cari dan apa kami perlukan.”
“Aku fikir posisi left-back bukan satu posisi yang bermain di benak fikiran orang di luara sana. Kami perlukan seorang lagi pemain dan pemain seperti ini.”
“Setakat ini sangat bagus, Millie telah lama bermain diposisi itu tapi kami tidak boleh mengambil sebarang risiko atau kamu perlu mengambil risiko yang paling sedikit.”
🗣️ Jurgen Klopp hailed the confidence of new signing Kostas Tsimikas after his Liverpool debut in their pre-season win over Stuttgart.https://t.co/OeZ6AWXvIC
— TEAMtalk (@TEAMtalk) August 22, 2020
“Full-backs kami memainkan peranan penting dalam cara kami bermain dan kemahiran serta kepantasan dan hantaran silang amat diperlukan.”
“Bila aku tengok Kostas buat pertama kali aku fikir ‘Mustahil untuk mendapatkan pemain seperti beliau’. Kostas bukan pemain yang mempunyai pengalaman yang banyak kerana bermula agak lewat dalam kariernya.”
“Tetapi dalam tempoh 2-3 tahun ini, Kostas berada dalam landasan yang betul dan telah mula membina kariernya dengan baik.”
Jurgen Klopp: "Kostas is a signing which just shows what we are looking for, what we need. In the last two or three years, he's really right on track and then has started building his career obviously." #lfclive pic.twitter.com/vY2FkosZA2
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 17, 2020
Tsimikas mempunyai pengalaman bermain di Champions League bagi musim 2019/20 dan telah beraksi dalam 12 perlawanan dari pusingan ketiga kelayakan sehingga ke peringkat kumpulan.
Olympiacos menamatkan kempen Champions League peringkat kumpulan di tempat ketiga. Olympiacos berada dalam kumpulan bersama Bayern Munich, Red Star Belgrade dan Tottenham Hotspur.
Tempat ketiga membawa Olympiacos ke pusingan kalah mati Europa League dan berjaya mencipta kebangkitan sensasi ke atas Arsenal yang lemah dan lembik dengan meraih kemenangan di Stadium Emirates.
Kempen Eropah Olympiacos tamat pada pusingan 16 terbaik apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Wolverhampton Wanderers.