Bakal juara EPL 2024/25, Manchester United memberikan peluang kepada Liverpool menikmati kemenangan dulu. Ini kerana selepas ini Liverpool tak akan kenal lagi erti hiburan selepas musim bermula.
Dalam jelajah Amerika Syarikat, Man United tewas mengejut 0-3 di tangan pasukan yang bakal bertarung penyingkiran, Liverpool.
Liverpool mendapat gol pertama pada minit ke-10 menerusi Fabio Carvalho. Dia menggelecek dengan muda Casemiro dan kemudian merembat masuk bola.
Pemain tersebut yang sebelum ini tak digunakan oleh Klopp, telah tampil cemerlang setakat ini dalam aksi pra musim di bawah era baharu Arne Slott.
Gol minit ke-10 itu memberikan semangat kepada Liverpool yang nampak beriya sangat dalam perlawanan ini.
Dan sebelum rehat separuh masa, Curtis Jones pula menambah satu lagi gol untuk Liverpool mendahului 2 gol di hadapan. Segalanya bermula daripada larian deras Mohamed Salah yang kemudian melorongkan bola rendah ke hadapan gawang Onana.
Pada separuh masa kedua, pemain pertahanan Kostas Tsimikas menjadikan kedudukan 3-0 buat Liverpool.
Manchester United tidak dapat membalas gol tersebut. Dan perlawanan berakhir dengan kemenangan untuk The Reds, 3-0.
Beberapa minggu lalu, Erik Ten Hag menyatakan bahawa sasaran beliau adalah kejuaraan EPL dan UCL bersama United.
Erik Ten Hag melaungkan amaran lebih awal kali ini bahawa Manchester United bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah selepas ini.
Mungkin ada yang mempersoalkan amaran itu kerana Man United tidak bermain di dalam pentas Liga Juara Juara Eropah. Tetapi perancangan itu adalah untuk dua atau tiga tahun mendatang.
Fokus mereka ketika ini adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim hadapan.
Perkara itu merupakan sasaran Ten Hag ketika dia meyakinkan Sir Jim Ratcliffe tentang azam baharu beliau jika terus diberikan kepercayaan dan kontrak baharu di Manchester United.
Sebelum ini terdapat laporan bahawa Ten Hag mungkin akan dipecat dan digantikan dengan pengurus baharu. Beberapa nama dikaitkan dengan Manchester United termasuk Kieran McKenna, Roberto De Zerbi, Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino.
Namun kelab kemudian yakin bahawa Ten Hag adalah individu yang tepat. Dan dia diberikan kontrak baharu sehingga 2026. Ten Hag sendiri mengesahkan bahawa kelab akhirnya mendapati dia adalah pengurus terbaik ketika ini untuk United setelah mereka berunding dengan Thomas Tuchel.
Terlalu banyak konflik pandangan antara kelab dengan Tuchel yang mengesahkan dia menolak rundingan lanjut dengan kelab itu.
Ten Ha berkata: “Man United memberitahu abang Haq sendiri ekk, mereka dah bercakap dengan Thomas Tuchel, yee betul.
“Mereka cakap, mereka akhirnya sedar bahawa mereka sudah memiliki pengurusu terbaik, tu ah tu. Abang le tu.”
🚨 Erik ten Hag: “Manchester United have told me that they spoke with Thomas Tuchel, yes”.
“They said they eventually came to the conclusion that they already have the best manager”. pic.twitter.com/RszGliKmdb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 16, 2024
“Terkejut abang masa tu, mereka hantar orang ke rumah penginapan abang masa abang cuti. Rupanya mereka bagi kertas kontrak baru. Suka betul abang.”
Dan apa rahsia Man United benar benar yakin dengan Ten Hag walaupun membimbing United ke tangga kelapan EPL musim lalu?
Ten Hag berkata, sasarannya yang penuh keazaman untuk memenangi EPL dan UCL adalah puncanya.
Dipetik daripada BH Online yang memetik laporan agensi Ten Hag berkata: “Masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap sebenar Manchester United, ini bermakna bersaing untuk memenangi gelaran Inggeris dan Eropah.
“Dalam perbincangan dengan kelab, kami sependapat dalam memburu matlamat berkenaan, dan kami komited untuk mencapainya bersama-sama.”
Ten Hag sasar gelaran Inggeris, Eropah#BHsukan Pengendali Manchester United, Erik ten Hag mensasarkan gelaran Liga Perdana Inggeris dan Eropah selepas melanjutkan kontraknya setahun lagi sehingga Jun 2026 di Old Traffordhttps://t.co/aHgzCeiM4u
— Berita Harian (@bharianmy) July 5, 2024