Hoki Piala Dunia 2018 : Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia

Hoki Piala Dunia 2018 yang telah masuk edisi ke-14 diadakan antara 28 November hingga 16 Disember 2018 berlansung di India menampilkan 16 pasukan yang telah pun layak termasuk Malaysia.

Bagi Edisi Piala Dunia 2018 merupakan kali ke-8 Malaysia berjaya melayakkan diri sejak diperkenalkan pada tahun 1971 dan pada tahun 1975 dan 2002, Malaysia layak atas kapasiti tuan rumah.

Untuk edisi tahun 2018 menyaksikan pertambahan jumlah pasukan bertanding menjadi 16 pasukan di mana sebelum ini hanya 12 sahaja pasukan yang bertanding.

Pasukan yang layak ke Hoki Piala Dunia 2018 ini terdiri daripada juara benua dari lima konfederasi dan negara tuan rumah seperti biasa mendapat tempat secara automatik.

Manakala baki pasukan yang layak adalah pasukan yang ke separuh akhir Liga Hoki Dunia Lelaki FIH 2016–2017 yang berlangsung di London dan Johannesburg.

16 pasukan yang layak :

  1. Argentina
  2. New Zealand
  3. Sepanyol
  4. Perancis
  5. Australia
  6. England
  7. Ireland
  8. China
  9. Belgium
  10. India
  11. Kanada
  12. Korea Selatan
  13. Belanda
  14. Jerman
  15. MALAYSIA
  16. Pakistan

Malaysia diletakkan dalam Pool atau kumpulan D pada kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 bersama Belanda, Jerman dan Pakistan. Tugas sukar menanti Malaysia.

Belanda merupakan naib juara Hoki Piala Dunia 2014 pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali. Jerman juara 2 kali dan Pakistan juara empat kali.

Imej : mysumber.com

Jadual perlawanan pasukan Malaysia.

Your Time = Waktu Malaysia

Baca Juga

Baca Juga