Hoki Piala Dunia 2023: Malaysia 3-2 New Zealand

Malaysia berjaya menewaskan New Zealand 3-2 dalam perlawanan penuh mendebarkan untuk menamatkan saingan di Pool C di tempat kedua dan akan bertemu pasukan tempat ketiga di pool D untuk perlawanan Cross over atau play off untuk ke suku akhir.

Pertemuan antara New Zealand dan Malaysia merupakan perlawanan terakhir Pool C untuk merebut tempat kedua selepas Belanda layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan Pool C.

Perlawanan New Zealand dan Malaysia ini adalah untuk menentukan siapa lawan di perlawanan cross over atau play-off untuk ke suku akhir di mana hanya juara kumpulan layak secara automatik.

Lawan yang menanti di perlawanan cross over adalah dari pasukan tempat kedua dan ketiga dari Pool D.

Dari segi ranking New Zealand berada di ranking 9 dunia dan Malaysia di tangga ke-11, dalam 25 pertemuan lalu Speedy Tigers hanya menang 6 kali ke atas New Zealand dan tewas 13 kali serta seri juga 6.

Faizal Saari menjaringkan gol pertama di suku pertama pada minit ke-8 selepas membuat sedikit sentuhan ke atas bola di dalam kotak D selepas Shello Silverius melakukan tolakan deras dari luar kotak D.

Challenge dilakukan untuk melihat samada Faizal Saari melakukan sentuhan atau tidak dan selepas empire merujuk kepada video (Video Referral) maka terdapat sentuhan dan gol itu disahkan.

Dalam sukan hoki padang, jaringan hanya dikira jika percubaan itu dilakukan di dalam kotak D dan jika dilakukan dari luar memerlukan sentuhan pemain dalam kotak D untuk itu dikira dan disahkan.

Separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0 disebalik penguasaan New Zealand namun Speedy Tigers mampu hadirkan cabaran. Bersambung permainan, pukulan kilas Muhammad Marhan Mohd Jalil cuba disambar Shello Silverius namun percubaannnya sedikit tersasar.

Gol itu berjaya dipertahankan Malaysia ke suku kedua sehinggalah tamat separuh masa pertama. New Zealand terus menekan namun Speedy Tigers juga mengancam.

Malaysia meminta Video Referral buat kali kedua di separuh masa kedua atau suku ketiga dan berjaya mendapat pukulan sudut penalti atau penalty corner dan penajga gol New Zealand, Dominic Dixon berjaya menghadang.

Kesilapan dilakukan pemain New Zealand apabila menolak bola ke kaki rakan sendiri, penalty corner ke-19 Malaysia di Piala Dunia 2023 yang masih gagal menghasilkan gol.

Dan penalty corner yang ke-20 akhirnya berjaya membuahkan gol melalui Muhammad Razie Abd Rahim dengan tolakan ke sudut kiri dan Malaysia mendahului 2-0 pada minit ke-42.

Hayden Phillips merapatkan jurang dengan satu pukulan deras selepas melakukan satu skil penuh berseni dari tepi garisan dan masuk ke tengah untuk merembat.

Malaysia bermain 10 orang selepas ada pemain yang mendapat kad hijau dan New Zealand berjaya menyamakan kedudukan melalui Sam Lane dari pukulan sudut penalti.

Power play New Zealand ketika Malaysia kekurangan pemain nyata membuahkan hasil dengan dua jaringan pantas pada minit ke-51 dan 52.

Berbaki 4 minit permainan Faizal Saari meletakkan Malaysia kembali di depan melalui gol padang apabila memperdayakan penjaga gol New Zealand, Dominic Dixon dalam situasi satu lawan satu.

Masa tamat, tapi New Zealand meminta video referral untuk talian hayat terakhir namun tiada sebab kukuh untuk penalty corner atau apa-apa kesalahan. Malaysia menang 3-2.

Kemenangan berharga buat Speedy Tigers yang bukan sahaja menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam Pool C malah berpeluang naik ranking untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Kesebelasan Utama Malaysia: Muhammad Hafizuddin Othman (GK), Muhammad Marhan Mohd Jalil (C), Muhamad Ramadan Rosli, Faizal Saari, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Muhammad Firhan Ashaari, Shello Silverius, Muhammad Razie Abd Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan.

Pemain simpanan: Adrian Andy Albert, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Mohamad Ashran Hamsani, Najib Abu Hassan, Muhammad Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Zulpidaus Mizun, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, Shahmie Irfan Suhaimi.

Kesebelasan Utama New Zealand: Nic Woods (C), Dominic Dixon (GK), Simon Child, Nick Ross, Kim Kingstone, Sam Lane, Simon Yorston, Kane Russell, Blair Tarrant, Sean Findlay, Hayden Phillips.

Hoki Piala Dunia 2023: Malaysia 3-2 Chile

Malaysia mencipta aksi kebangkitan bukan sekali tetapi dua selepas ketinggalan satu gol dan akhirnya menang dalam perlawanan kedua kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela.

Pada perlawanan pembukaan kumpulan atau pool C pada sabtu lalu, Speedy Tigers ditumbangkan juara dunia tiga kali, Belanda dengan jaringan empat gol tanpa balas.

Dan kemenangan ini menghidupkan kembali peluang Malaysia untuk ke suku akhir dan akan membuat perhitungan menentang New Zealand pada 19 Januari 2023 jam 3:30 petang.

Pada minit ke-20 pemain Chile, Juan Amoroso menjaringkan gol pembukaan untuk mendahului perlawanan melalui penalty corner namun jaringan itu tidak bertahan lama.

Pemain legenda, Muhammad Razie Abd Rahim menyamakan kedudukan enam minit kemudian melalui penalty stroke namun Chile kembali di depan pada minit ke-29 hasil jaringan gol padang Martin Rodriguez.

Malaysia mencipta kebangkitan sensasi dengan dua jaringan dalam tempoh selang seminit melalui gol padang Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-41 untuk gol penyamaan.

Pada minit ke-42 Norsyafiq Sumantri berjaya meletakkan Malaysia dihadapan dengan gol ketiga melalui penalty stroke untuk meraih kemenangan pertama di kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023

Belanda yang menewaskan Malaysia 4-0 pada perlawnaan pertama berjaya menundukkan New Zealand juga dengan jaringan 4-0 sekaligus mengesahkan tempat ke suku akhir.

Hanya juara kumpulan akan layak ke suku akhir secara automatik di mana pasukan di tempat kedua dan ketiga akan bermain dan perlu menang di perlawanan cross over untuk ke suku akhir.

Dalam cross over sudah ditetapkan dan Malaysia berkemungkinan akan menentang India atau Sepanyol atau England yang berada di Pool D dalam perlawanan Cross over:

1. Tempat ke-2 Pool C vs Tempat ke-3 Pool D
2. Tempat ke-2 Pool D vs Tempat ke-3 Pool C

Kesebelasan Utama Malaysia: Muhammad Hafizuddin Othman (GK), Muhammad Marhan Mohd Jalil (C), Faizal Saari, Muhammad Firhan Ashaari, Shello Silverius, Muhammad Razie Abd Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Mohamad Ashran Hamsani, Najib Abu Hassan.

Pemain simpanan: Adrian Andy Albert, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Muhammad Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Zulpidaus Mizun, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Muhamad Ramadan Rosli, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, Shahmie Irfan Suhaimi.

Hoki Piala Dunia 2023: Belanda 4-0 Malaysia

Malaysia telah 4-0 kepada Juara Dunia tiga kali, Belanda dalam perlawanan pembukaan kumpulan C di kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela.

Kesebelasan Utama Belanda: Brinkman Thierry (C), Balk Lars, De Geus Jonas, Croon Jorrit, Wortelboer Floris, Hoedemakers Tjep, Bijen Koen, Van Heijningen Steijn, Blaak Pirmin (GK), Janssen Jip, Blok Justen

Kesebelasan Utama Malaysia: Muhammad Marhan Mohd Jalil (C), Faizal Saari, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Muhammad Firhan Ashaari, Shello Silverius, Muhammad Razie Abd Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Muhammad Hafizuddin Othman (GK), Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Zulpidaus Mizun.

Pemain simpanan: Adrian Andy Albert, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Mohamad Ashran Hamsani, Muhammad Najib Abu Hassan, Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Muhamad Ramadan Rosli, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, Shahmie Irfan Suhaimi.

Jadual Perlawanan Malaysia

Berikut merupakan jadual perlawanan Speedy Tigers bagi aksi peringkat Kumpulan C FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela:

1. Sabtu, 14 Jan 2023 – Belanda vs Malaysia (5:30 Petang), Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela

2. Isnin, 16 Jan 2023 – Malaysia vs Chile (3:30 Petang), Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela

3. Khamis, 19 Jan 2023 – Malaysia vs New Zealand (3:30 Petang), Stadium Hoki Kalinga – Bhubaneswar

Senarai 20 Pemain Malaysia

Skuad negara telah pun berlepas ke Bhubaneswar, India, pada Jumaat – 06 Januari 2023, jam 5.00 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dan inilah senarai 20 pemain Speedy Tigers yang bakal membawa cabaran di FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela:

Penjaga Gol

1. Muhammad Hafizuddin Othman, 85 Caps
2. Adrian Andy Albert, 10 Caps

Pertahanan

3. Muhammad Razie Abd Rahim, 306 Caps
4. Muhammad Marhan Mohd Jalil, 278 Caps
5. Muhammad Najmi Farizal Jazlan, 102 Caps
6. Zulpidaus Mizun, 26 Caps
7. Muhammad Aminuddin Mohd Zain, 11 Caps
8. Muhammad Amirul Hamizan Azahar, 11 Caps

Tengah

9. Meor Muhammad Azuan Hassan, 174 Caps
10. Faiz Helmi Jali, 191 Caps
11. Muhammad Firhan Ashaari, 186 Caps
12. Mohamad Ashran Hamsani, 50 Caps
13. Muhammad Najib Abu Hassan, 51 Caps

Penyerang

14. Faizal Saari, 266 Caps
15. Muhammad Shahril Saabah, 148 Caps
16. Norsyafiq Sumantri, 86 Caps
17. Muhamad Ramadan Rosli, 92 Caps
18. Shello Silverius, 20 Caps
19. Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, 12 Caps (Pemain Simpanan)
20. Shahmie Irfan Suhaimi, 0 Caps (Pemain Simpanan)

BACA:  9 Gol Terhasil Namun Hanya 3 gol Milik Speedy Tigers Di Klasifikasi 9-16