Hubungan Pique Dan Ramos Ibarat Retak Menanti Belah

Hubungan pemain pertahanan Sepanyol, Gerrard Pique dan ketua pasukan Sepanyol, Sergio Ramos kini ibarat retak menanti belah selepas Pique menyatakan hasrat bersedia untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Pemain pertahan Barcelona itu juga seperti semua sedia maklum merupakan antara individu yang paling lantang dalam menyokong pungutan suara kemerdekaan Catalan, mengutuk tindakan ganas polis malah sedia untuk meninggalkan pasukan Sepanyol.

“Jika pengurus atau FA Sepanyol rasa aku sebagai satu masalah, aku tiada masalah untuk mengundur diri dan meninggalkan pasukan Sepanyol.

Imej : REUTERS/Rafael Marchante

Ekoran kelantangan yang meyokong kemerdekaan Gerard Pique telah menerima cemuhan dan kecaman tanpa belas kasihan daripada penyokong yang hadir melihat sesi latihan pasukan kebangsaan Sepanyol
beberapa hari yang lalu.

Pique diboo dan dikecam semasa masuk kepadang latihan dan ada mengacukan jari tengah ke arah Pique dan penuh dendam mereka bilang Pique ‘F*ck you!’. Mereka juga memanggil Pique lubang J***r dan latihan terpaksa dihentikan.

Kapten pasukan Sepanyol telah menyuarakan pandangan mengenai rakan sepasukannya yang sememangnya selalu dilihat kedua pemain ini selalu bertelagah.

“Twit yang dibuat oleh Pique bukanlah satu benda yang perlu dibuat jika Pique tidak mahu diboo.

“Semua orang bebas untuk cakap apa yang mereka fikirkan dan sebagai ketua pasukan aku selalu menitik beratkan suasana dalam pasukan. Pique tahu apa yang dia buat.

“Mungkin ini bukan masa yang tepat untuk berbuat demikian dan benda ni tak membantu langsung.” Ujar Ramos sambil mengenakan pomade di kepala.

Apa yang disuarakan Ramos ada benarnya kerana sebagai kapten beliau tidak mahu fokus pasukan terjejas dengan isu sebegini.

Baca Juga

Baca Juga