Hugo Lloris Ditahan Polis Kerana Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Penjaga gol Tottenham Hotspurs, Hugo Lloris ditahan polis pada awal pagi Jumaat kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Beliau dipercayai ditahan polis ketika memandu di kawasan sekitar West London.

Kapten Spurs itu melalui sekatan polis di Gloucaster Place dan diminta turun dari kenderaannya untuk menjalani pemeriksaan rutin. Selepas pemeriksaan dilakukan ke atas Lloris, penjaga gol berusia 31 tahun itu didapati bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Lloris ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Patut minum todi je, mungkin lepas ujian alcohol polis

“Hugo Lloris dari East Finchley, Utara London telah diikat jamin dan diminta untuk hadir ke Mahkamah Majistret Westminster pada 11 September ini.” Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Metropolitan Police.

Jurucakap Tottenham Hotspurs memandang serius perkara ini dan Lloris mungkin dikenakan hukuman dari pihak kelab berikutan kesalahan tersebut.

“Pihak kelab memandang serius perkara ini dan tindakan susulan bakal diambil secara dalaman.”

Kapten Perancis itu telah memohon maaf atas insiden tersebut dan mengakui kelakuannya merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima selaku pemain bola sepak profesional.

Poket Tino masih lagi belum membuat keputusan sama ada menurunkan kaptennya ketika menentang United awal pagi Selasa nanti

“Saya ingin memohon maaf kepada keluarga, Tottenham Hotspurs, rakan sepasukan, pengurus, dan seluruh peminat.”

“Saya mengaku bertanggungjawab atas segala tindakan saya dan tindakan ini bukanlah satu contoh yang baik untuk diikuti.”

Lloris dilaporkan tiba di rumahnya pada pukul 11 a.m pada pagi Jumaat dan tidak menjalani latihan bersama skuad utama pada petang hari yang sama. Tidak dapat dipastikan sama ada Lloris akan tetapi diturunkan bagi pertemuan penting menentang Manchester United awal pagi Selasa nanti.

Lloris menyertai Tottenham dari Olympique Lyon pada tahun 2012 dan telah melakukan 207 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini disamping mencatatkan 74 clean sheets.

Beliau merupakan kapten kepada skuad Perancis yang berjaya memenangi Piala Dunia 2018 di Russia selepas menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir. Lloris juga telah melakukan lebih 100 penampilan bersama Perancis di peringkat antarabangsa.

Ko hado ?

Tottenham masih lagi mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam dua perlawanan awal selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle dalam aksi pembukaan dan kemenangan 3-1 di tempat sendiri ke atas Fulham minggu lalu.

Spurs akan melakukan kunjungan ke Old Trafford untuk berhadapan dengan Manchester United awal pagi Selasa nanti dalam usaha mereka untuk mengekalkan momentum awal ini.

BACA:  Pochettino: Saya Bukan Ahli Silap Mata Yang Anda Cari Untuk Memenangi Trofi Bersama Spurs