Hujah Melawan Ayat ” Kalau Kau Pandai Pergi Main Sendiri la!”

“Banyak cakap sangat, kalau bagus sangat pergilah main sendiri”

Nak tulis pakai nombor lah macam Tun Mahathir.

1. “Kritik je pandai, pergi main lah kalau bagus sangat” Ini mentaliti kelas ke-3 sebagai seorang manusia tuan-tuan. Kalau kelas tu ada 21, jatuh 21 lah mentaliti dia.

2. Bila ada orang komen, kritik dan beri pandangan terus dia suruh orang yang bagi komen tu buat sendiri.

3. Apa kau ingat semua orang ada peluang dan ruang yang sama rata?

Auch.. Tak Lut..Tak Lut (TheFootballMoment)

4. Dalam pasukan bola sepak Malaysia hanya ada 23 slot untuk dipenuhi. Rakyat Malaysia lelaki pula ada lebih kurang 16362500 orang (statistik 2016).

5. Jika mengambil kiraan mudah hanya 10% rakyat Malaysia sahaja yang boleh bermain bola sepak makanya pasukan negara mempunyai lebih kurang 1.6 juta pilihan pemain. Daripada 10% itu jika hanya 1% boleh bermain dengan baik maka ada lebih kurang 16,000 pemain bola sepak terbaik yang kita ada. Malas aku nak kecikkan lagi skop ni dengan pergi kepada pemain professional dalam liga.

6. Daripada 16,000 inilah 23 orang pemain dipilih. Dan dikatakan sebagai yang terbaik walaupun hakikatnya lebih ramai lagi yang jauh lebih baik di luar sana tapi tidak mendapat peluang.

7. Ya tuan-tuan, ni ruangan peribadi aku. Aku tulis apa aku nak.

8. Eh brader dan sister, apa kau ingat semua orang ada peluang yang sama?

9. Dulu masa aku menjadi cikgu, ada seorang pemain yang sangat baik dalam pasukan aku. Ya dia bermain jauh lebih baik dari rakan-rakan sebaya dia pada masa itu. Hinggakan ada sekolah yang cuba protes tentang keberadaan dia dalam pasukan yang aku bawa. Kami johan tahun tu. Tapi main bola perlukan 11 orang, menang juga kerana 11 orang.

10. Di mana dia sekarang? Ada di UITM sambung belajar, pernah bermain seketika bersama skuad Presiden Felda Utd kalau tak silap.

11. Kalau dia masih bermain sekarang, aku yakin dia lebih baik dari pemain-pemain yang kita ada sekarang. Tapi itulah, dia takde peluang.

12. Kenapa dia takde peluang? Nak tahu kenapa? Sebab dia tak kenal orang-orang hebat, bapak dia tak kenal Exco-exco pasukan yang bermain dalam liga negara, jurulatih pasukan sekolah dia iaitu aku dan kawan aku tak kenal orang di peringkat atasan untuk naikkan dia.

13. Kau tahu tak benda ni terjadi dalam sistem sukan kita diperingkat sekolah lagi?

14. Kau tahu tak diperingkat sekolah pun pemilihan untuk mewakili sekolah ada cable juga? (but not under me for sure) Tak tahu? Memanglah kau nerd yang sibuk membaca tak campur masyarakat. Kalau campur pun kau nak cari salah orang je. Hal cable ni nanti aku tulis lainlah.

15. Kalau semua orang boleh dapat dan diberi peluang yang sama untuk mewakili negara, aku dah lama tawarkan diri. Aku pasti berasa bangga jika dapat mengenakan jersi kebangsaan dibadan sambil berjalan megah.

16. Tapi sekarang dah tua ni kalau bagi aku peluang tu pun aku taknak. Gila kau aku naik tangga pun mengah sekarang ni. Maklumlah hidup selesa walaupun tidak memandu super car macam pemain pro yang ada.

17. Jangan katakan aku, ramai kawan-kawan aku yang aku rasakan jauh lebih baik permainannya dari Safiq Rahim boleh mewakili negara. Jika dulu mereka diberi peluang itu.

18. Aku ada seorang sepupu. Power noharom main bola. Tapi masa dia di Malaysia dia pergi selection sana-sini haram tak dapat. Kenapa? Sebab dia entah siapa-siapa. Bila dia pergi belajar dekat USA sana, dia main untuk universiti dia. Seronok aku tengok dia, main untuk universiti ada kitman bang. Ada orang tolong susun baju dekat bilik persalinan, dapat biasiswa, dapat makan free dekat café. Hal cinggey aku malas ulas. Hiks.

19. Apa yang aku nak bagitahu sebenarnya, tak semestinya semua orang yang mengkritik tu tak bagus atau dapat peluang sama seperti yang dikritik atau dikomen. You win some, you lose some bro.

20. Kau dapat main kebangsaan, orang lain tak dapat. Bila kritik dan komen bukan sebab bagus tapi sebab benda basic pun gagal. Takkan nak tepuk tangan?

21. Kadang-kadang orang tulis atau komen sesuatu berdasarkan apa yang dilihat.

22. Jadi bila ada isu pemain bagi boot pada penyokong suruh main, kata penyokong sekadar pandai komen semata maka tak patulah. Kalau suruh beradu tenaga sekarang memanglah kami-kami kalah. Maklumlah pemain sekarang dah berlatih berpuluh tahun, latihan pun dalam kawasan tertutup, fasiliti antarabangsa pendek kata semua dah cukup. Profesional. So apa silapnya kalau kami kata pemain negara tahan bola pun tak betul, passing pun ikut arah pusat serta berlari pusing-pusing ditengah padang seperti kucing parsi mengejar ekor?

23. Manakala panjang pula tak kata apa-apa.

24. Kalau aku kritik Perdana Menteri, perlu ke aku jadi Perdana Menteri? Tak bang, kerja jadi Perdana Menteri ni bukan senang. Salah satu kerja jadi Perdana Menteri ni adalah tadah telinga dan cekalkan hati menerima kebencian orang.

25. Macam tu lah kerja main bola sepak ni. Bukan semua yang kita buat dan kata orang suka. Kita tak boleh puaskan hati semua orang.

26. Jadinya isu kalau bagus pergi main ni tak patut timbul. Aku kritik sebab aku tengok kau buat benda bukan-bukan. Kau tak suka hak kau. Aku dah sampaikan apa yang aku tak suka. Simple. It’s a free and open world bro.

27. Tapi kenapa dekat facebook tak pergi cakap depan-depan?

28. Eh brader, dah banyak perjumpaan aku pergi dan cakap depan-depan apa yang aku tak puas hati. Cuma peluang berjumpa dalam majlis dialog bersama pemain kebangsaan je belum ada. Tapi dialog dengan pemain pun sebenarnya takde impak sebab nanti dia akan cakap “kau pandai sangat kau main sendiri”. Bukan tak boleh baca. So tulis ni setakat untuk memuaskan hati sendiri dan bergurau senda bersama kawan-kawan. Kadang-kadang trol nakal sikit. Semua orang ada circle masing-masing di media sosial ni.

29. Chillah kakak abang. Kalau tak suka ada butang unfriend atau unfollow atas sana. Click aje.

30. Tuhan cipta kau dan aku supaya dunia ni tak bosan, kalau semuanya macam kau nescaya dunia ini kelam tiada masa depan.

Shah Rafi,
Pasukan aku sokong kalah ke menang, aku tetap sorak.

*Aku taip malam tadi sebelum tidur masa dalam tandas. Selesai 30 point. Real juga menulis gini rupanya…kah kah kah…

Kepuasan(FunnySportFootball)

Nota kaki*

Pandangan ini adalah dari Saudara Shah Rafi. Pihak admin telah meminta kebenaran daripada pihak saudara Shah Rafi.

Baca Juga

Baca Juga