Hukuman FA Terhadap Troy Deeney Berhubung Insiden Jari Tengah Diketahui

FA England telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap penyerang Watford, Troy Deeney selepas beliau dirakam menunjukkan jari tengah kepada peminat Chelsea ketika pasukannya menewaskan Chelsea 4-1 tempoh hari.

Deeney berjaya menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti dalam perlawanan tersebut dan meraikannya dengan menunjukkan jari tengah kepada peminat Chelsea yang berada di stadium.

Khas untukmu penyokong Chelsea

Deeney berjaya menjaringkan gol kedua Watford untuk memberikan kelebihan satu gol kepada pasukannya. Sejurus selepas menjaringkan gol, beliau berlari kearah kawasan penyokong Chelsea dan menunjukkan jari tengahnya sebagai tindak balas atas provokosi penyokong pihak lawan terhadapnya.

Deeney tidak menerima sebarang amaran atau kad daripada pengadil yang bertugas,  Mike Dean atas insiden tersebut. Perkara ini telah diajukan kepada pihak FA untuk tindakan lebih lanjut dan selepas siasatan dilakukan, badan induk tersebut membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang hukuman terhadap Deeney.

“Pemain Watford, Try Deeney tidak akan dikenakan sebarang hukuman atas kelakuannya ketika meraikan gol dalam perlawanan Watford-Chelsea tempoh hari.”

https://twitter.com/Chlzey/status/960665623528386560

“Rakaman video telah dilihat oleh 3 panel yang terdiri daripada bekas pengadil. Panel ini telah  diminta untuk memberikan pendapat sama ada kesalahan yang dilakukan Deeney wajar diberikan kad merah atau tidak.”

“Keputusan dari panel yang dilantik adalah mereka tidak bersepakat (pendapat berlainan), jadi tiada tindakan disiplan bakal dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak FA akan menulis surat rasmi kepada Deeney supaya beliau menjaga kelakuan pada masa hadapan.”

Deeney telah dikenakan hukuman 2 kali musim ini. Kali pertama adalah beliau dikenakan penggantungan 3 perlawanan selepas didakwa menaikkan tangannya ke muka pemain Stoke, Joe Allen pada bulan Oktober lalu.

Deeney bernasib baik tidak dikenakan sebarang hukuman. Kalau kat Malaysia, payah nak cakap sebab kena tengok team mana pemain tu

Tidak lama selepas itu, beliau menerima kad merah dari pengadil selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain Huddersfield, Colin Quaner Disember lalu. Kad merah ini menyebabkan Deeney terlepas 4 perlawanan memandangkan ia adalah kesalahan kedua musim ini.

Walaupun sering digantung dari perlawanan, Deeney masih lagi berjaya melakukan 17 penampilan bersama Watford musim ini. Beliau telah menjaringkan 3 gol dan melakukan 2 bantua gol.

Watford kini berada di tangga ke-11 selepas 26 perlawanan dan perlawanan mereka yang seterusnya adalah menentang West Ham di gelanggang lawan.

BACA:  Fabregas Akui Banyak Terhutang Budi Dengan Mourinho