Hukuman Gantung Bekas Presiden Juventus Ditambah Kerana Kes Manipulasi Gaji

Bekas presiden Juventus Andrea Agneli menerima hukuman gantung tambahan selama 16 bulan selain denda berjumlah €60,000 (RM308,000) kerana kes penipuan pembayaran gaji ketika pandemik.

Agneli yang berusia 49 tahun dijatuhkan hukuman den denda tersebut oleh Federasi Bolasepak Itali (FIGC) pada Isnin, apabila kes berkaitan penipuan penyata gaji, dan pembayaran berkaitan ejen dan kerjasama dengan kelab lain diadili oleh jawatankuasa FIGC.

Agneli sebelum ini sudah dijatuhkan hukuman gantung 24 bulan kerana kes pemalsuan laporan kewangan mengenai keuntungan kelab pada Januari lalu.

Sebelum ini Agneli bersetuju untuk dibicarakan selepas tidak mengaku kesalahan yang dilakukannya pada Mei lalu.

Pada ketika itu Juventus didenda €718,000 sebagai sebahagian daripada rayuan dan rundingan dengan FIGC berkaitan salah laku kewangan yang turut melibatkan pengarah-pengarah lain di dalam kelab Turin itu.

Sebutan kes pada Mei lalu membenarkan Juventus bebas daripada tuduhan tambahan oleh FIGC untuk mengelakkan hukuman lain seperti pemotongan mata apabila musim 2023/23 bermula nanti.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana UEFA akan bertindak atas dakwaan terbaru terhadap Agneli ini dan sejauh mana ia telah melanggar peraturan pelesenan dan FFP.

Laporan dariapda Corriere dello Sport baru-baru ini mendedahkan Juventus telah mencapai persetujuan dengan UEFA untuk tidak mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut untuk mengelak daripada terus disiasat dan dihukum.

Pada suatu ketika pada musim lalu, Juventus berada di kedudukan kedua Serie A dan penolakan mata menyebabkan pasukan itu jatuh ke kedudukan ketujuh liga sekali gus hilang peluang beraksi di Champions League.

Kedudukan tersebut bagaimanapun melayakkan The Old Lady beraksi di Europa Conference League pada musim akan datang.

Baca Juga

Baca Juga