Hulk Sailang Anak Buah Janda Sendiri Lepas Sah Bercerai

Givanildo Vieira de Souza atau lebih dikenali sebagai Hulk merupakan pemain bola sepak profesional dari Brazil.

Hulk pernah menerpa nama sebagai antara bintang bola sepak yang hebat satu ketika dahulu ketika bersama pasukan Zenit.

Hulk kini sedang beraksi bersama pasukan di Liga utama China, Shanghai SIPG.

Untuk tahun ini Hulk cuma bermain satu perlawanan sahaja untuk pasukan Shanghai SIPG dan beliau berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Pemain sayap Brazil dan Shanghai SIPG itu telah bercerai dengan pasangannya pada Julai tahun lalu.

Mereka membina hubungan rumah tangga selama hampir 12 tahun dan semuanya sudah berakhir tahun lalu.

Sepanjang bersama, mereka telah dikurniakan tiga orang anak, Ian(10 tahun) Thiago (8 tahun) dan Alice(6 tahun).

Hulk mencetuskan kontroversi beberapa bulan selepas bercerai dengan mengumumkan bahawa beliau sedang dalam perhubungan dengan anak buah kepada bekas isterinya bernama Camila.

Hebat bukan? Lepas bercerai dengan isteri terus sambung bercinta dengan anak buah bekas isteri sendiri.

Hulk dan Camila mengatakan bahawa mereka telah menjalin hubungan cinta pada Oktober lalu bermakna tiga bulan selepas Hulk menceraikan isterinya.

Dan terkini, terdapat satu laporan dari akhbar tempatan Argentina “Infobae’  mengatakan bahawa pasangan itu sudah berkahwin.

Mereka mendakwa pasangan itu sudah berkahwin ekoran dari berita tentang Camila yang mahu mendapatkan Visa untuk menetap di China tempat di mana Hulk tinggal kini.

Sehingga kini, Hulk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu itu tetapi setiap posting di Instagram miliknya seolah memberi tahu bahawa mereka sudah berkahwin.

Beberapa bulan lalu, Hulk memuat naik gambar beliau sedang berada di dubai dan didalam gambar itu menunjukkan mereka berdua berkahwin.

Didalam gambar itu kelihatan mereka berdua sedang memakai cincin perkahwinan.

Hulk juga telah mengubah status perkahwinan di laman Instagram miliknya kepada sudah berumah tangga dan beliau turut menggunakan gambar memakai cincin perkahwinan itu sebagai profile.

Camilla dilaporkan sudah membuat permohonan maaf kepada makciknya ekoran dari perhubungan beliau bersama Hulk tahun lalu, tetapi hantaran itu sudah dipadam.

“Aunt Iran, pertama sekali saya nak kamu tahu status ini bukanlah penjelasan atau justifikasi tentang apa-apa perkara”.

“Saya perlu memberitahu kamu sesuatu tetapi malangnya banyak halangan untuk saya mengatakannya secara peribadi”.

“Walaupun hal ini sepatutnya tiada kaitan dengan kamu, saya sayang kamu dan sangat pedulikan kamu, jadi disini saya mahu luahkan sesuatu.”

“Sangat sukar untuk saya lalui semua ini,tetapi saya tetap harus menceritakan kebenaran kepada kamu”.

“Saya tidak pernah membayangkan ini akan terjadi, tetapi kami juga tidak mampu untuk mengawal hati dan perasaan kami, tiada siapa mampu melawan takdir ini, kami sama-sama bahagia.”

“Saya meminta maaf atas segalanya, jika saya boleh membuat pilihan kita tidak akan lalui hal ini, tetapi dunia tidak sentiasa berputar untuk kita saja.”

“Dia menunjukkan kepada saya bahawa dia adalah lelaki terbaik untuk saya dan tolong benarkan kami berdua hidup bahagia.”

Lepas dia sailang laki mak cik sendiri dia buat ayat sedih pula ya.

Seperti yang dilaporkan, sehingga kini Hulk masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi tentang perhubungan itu.

BACA:  Hulk Akhirnya Buka Mulut Selepas Merembat Hati Anak Buah Janda Sendiri