Ian Wright Menamakan Bintang Chelsea Yang Mengingatkan Beliau Pada Van Dijk

Ian Wright telah mendedahkan yang beliau merasakan pemain pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah mengingatkan beliau kepada bintang Liverpool, Virgil Van Dijk.

Chalobah telah melakukan debutnya dalam saingan Premier League bersama skuad Chelsea dan turut membantu The Blues menewaskan Crystal Palace 3-0 di Stamford Bridge minggu lalu.

Marcos Alonso berjaya membuka tirai jaringan untuk Chelsea pada aksi babak pertama permainan, sebelum Christian Pulisic menggandakan kedudukan menjadi 2-0 sebelum rehat separuh masa.

Chalobah kemudiannya berjaya menewaskan Vicente Guaita dari luar kotak penalti dengan melepaskan rembatan padu yang menerjah jaring gawang gol Crystal Palace.

Pemain muda Chelsea itu dilihat sangat beremosi ketika meraikan gol jaringannya dan beliau turut menangis kegembiraan atas kejayaannya itu.

Pemain centre-back yang kini berusia 22 tahun itu telah diberikan kesempatan untuk melakukan debutnya bersama skuad senior Chelsea ketika aksi kemenangan The Blues menewaskan Villarreal dalam aksi perlawanan akhir Super Cup.

Wright dilihat sangat teruja dengan persembahan Chalobah ketika aksi perlawanan akhir Super Cup itu dan mendakwa yang pemain pertahanan Chelsea itu mengingatkan beliau kepada Van Dijk.

Virgil Van Dijk sebelum ini telah diberikan pujian yang menggunung oleh para peminat atas impak yang beliau berikan pada skuad Liverpool.

Bercakap di Ringer FC’s Wrighty’s House Podcast, legenda Arsenal itu menyatakan bahawa:

“Melihat dia beraksi bertemu Arsenal ketika pra musim, membuatkan saya berfikir, ‘wow, mungkin ini hanya aksi ketika perlawanan pra musim, sebab tu dia nampak bagus.”

“Saya menonton aksi dia ketika beraksi bertemu Villarreal (Super Cup), dan saya berfikir, ‘Oh Tuhan, dia memang betul-betul bagus.’

“Kamu tahu dia mengingatkan saya tentang apa? Bukan pemain yang sama, bukan struktur yang sama, tapi gaya bagaimana Van Dijk beraksi bersama Celtic, orang kata dia ada kelebihan hanya kerana dia bagus dan pemain lain tak berada di tahap yang sama.”

“Saya lihat dia beraksi bersama Ipswich beberapa kali yang mana dia bermain bagitu bagus dan saya rasa mahu melihat dia beraksi bertemu pemain yang lebih berkualiti.”

“Apa saja yang Jean-Philippe Mateta atau Wilfried Zaha cuba lakukan, dia (Chalobah) akan berjaya hadapi itu. Dan penguasaan bola dia juga sangat bagus, dia ikut bola naik ke atas, tackle dia, gol jaringan dia, emosi dia.”

“Emosi ketika kamu menjaringkan gol dan kamu tahu ia significant, saya sendiri pernah alami, ketika saya menjaringkan gol dalam aksi perlawanan akhir bertemu Manchester United, selepas saya jaringkan gol, saya terus menangis kerana sedar apa yang berlaku beri kesan pada saya.”

Chalobah tidak dinafikan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mantap di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Bermula dari aksi perlawanan persahabatan bertemu Bournemouth, beliau terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengujakan.

Chalobah juga mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Villarreal dan Crystal Palace.

Para peminat tentunya mahu melihat beliau mengekalkan tahap persembahan yang sama dan terus diberi peluang untuk beraksi bersama Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Sumber: SB

BACA:  Van Dijk Tidak Jamin Akan Kekal Bersama Liverpool