Seluruh Malaysia melihat sinar baru dalam masa depan bola sepak negara. Pasukan yg baru ditubuhkan setahun jagung telah berjaya membawa pulang satu piala yang boleh dikatakan berprestij bagi peringkat umur mereka.
Satu sejarah.
Akan tetapi, ke mana hala tuju mereka selepas ini? Jawapan ini pasti sudah dirungkai dan disediakan oleh pihak NFDP.
Di samping NFDP, diharapkan persatuan-persatuan bola sepak di Malaysia akam mengambil inisiatif baru untuk membina dan memperkuatkan sistem pembangunan dan akademi bola sepak di peringkat negeri masing-masing. Banyak bakat yang terpendam dan tersembunyi di ceruk-ceruk jalanan di setiap pelusuk bumi Malaysia, cuma mereka masih belum ditemui dan ‘tidak dilihat’.
Ramai pemain bola kelas dunia berasal dari bola sepak jalanan. Antaranya Rafael Van De Vaart, Robinho dan bintang terbaru Liverpool, Roberto Firminho.
Memandangkan kebanyakan persatuan bola sepak negeri-negeri di Malaysia mendapat suntikan kewangan dari kerajaan negeri saban tahun, ada baiknya jika struktur pentadbiran persatuan disusun semula dan dimasukkan portfolio pembangunan bola sepak di peringkat umur 7-16 tahun.
Tak guna dapat peruntukan dari kerajaan negeri tapi dihabiskan untuk membayar gaji yg tinggi kepada pemain-pemain berstatus jaguh kampung, di samping persatuan negeti tidak mempunyai perancangan jangka panjang untuk mempertingkatkan kualiti pemain.
Pemain NFDP tidak lah beratus orang ramainya. Sekiranya persatuan negeri boleh meminjam blue-print NFDP, lebih ramai pemain yang boleh memenangi Iber Cup akan dilahirkan.