Ibrahimovic Dan Beckham Letakkan Pertaruhan Menjelang Pertembungan Sweden-England

Pemain LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic dan David Beckham bersetuju untuk bertaruh mengenai keputusan perlawanan suku akhir di antara Sweden dan England malam ini.

England dan Sweden akan bertembung di Samara Arena bagi merebut tempat di separuh akhir dengan Croatia atau Russia menanti pemenang perlawanan ini.

Beckham dan Ibrahimovic pernah bermain bersama di Paris Saint-Germain pada tahun 2013

Bagi menghangatkan perlawanan yang sedia ada panas, Ibrahimovic menawarkan untuk bertaruh dengan rakan baiknya, David Beckham mengenai keputusan perlawanan malam ini.

Ibrahimovic melalui perjalanan yang hampir sama dengan Beckham sepajang karier bola sepaknya. Mereka berdua pernah bermain untuk Manchester United, Paris Saint-Germain, AC Milan dan memilih LA Galaxy sebagai destinasi terakhir sebelum bersara.

Menerusi akaun Instagram, Ibrahimovic menawarkan untuk belanja Beckham makan malam di mana sahaja yang beliau mahu sekiranya England berjaya menewaskan Sweden malam ini. Sebagai pertukaran, jikalau Sweden menang, Beckham perlu belanja Ibrahimovic apa sahaja perabot dari pusat beli-belah terkenal, IKEA.

“Weh Beckham, kalu England menang, aku belanja mg makan malam dimana-mana sahaja di dunia. Tapi kalu Sweden, mg mesti beli apa sahaja perabot yang aku mahu dari IKEA ? Bereh ko dok?”

Beckham bersetuju dengan tawaran Ibrahimovic untuk bertaruh tetapi mengubah sedikit terma pertaruhan sekiranya England menang. Jikalau Sweden tumpas, Beckham mahu Ibrahimovic datang menonton perlawanan England di Wembley dengan memakai jersi England, dan pada rehat separuh masa pertama mereka berdua akan menjamu hidangan fish & chips.

“Bereh boh. Kalu Sweden menang, aku sendiri yang akan bawok mg gi beli kat IKEA Damansara  dan beli apa sahaja perabot yang mg nok untuk rumah baru di Los Angeles.”

“Tapi kalu England menang, mg kena mari tengok game England dekat Wembley dengan memakai baju England. Rehat half time kita makey fish & chips. Apa macam ? Ada bran ?”

Ibra umumkan ketibaan beliau di Los Angeles dengan menyewa satu muka surat penuh surat akhbar dengan berkata, ‘Dear Los Angeles, You are welcome.’

Kelab Ibrahimovic, LA Galaxy menjadi ‘saksi’ pertaruhan ini dan memuat naik conversation di antara Beckham dan Ibrahimovic di laman rasmi Twitter mereka sebagai rujukan pada masa depan.

Ibrahimovic tiba di LA Galaxy awal tahun ini dan beliau cepat untuk menambat hati peminat tempatan dengan persembahan cemerlangnya di atas padang.

BACA:  Beckham Sedia Berbincang Sertai Perikatan dan Pakatan Mengambil Alih Man Utd