Ibu Dan Rakan Baik Sonny Bill William Dari Pasukan All Blacks Memeluk Islam

Sonny Bill Williams merupakan satu nama yang cukup besar dalam dunia ragbi – sama ada kategori 15 atau 7 sebelah.

Selepas memenangi Piala Dunia bersama New Zealand pada tahun 2015, Sonny telah beralih arah kepada ragbi 7-sebelah dan bermain untuk pasukan All Black Sevens.

Pemain New Zeland All Black itu juga terkenal sebagai seorang muslim yang baik dan tetap berpuasa walaupun terbabit dalam perlawanan penting dan kisah Sonny Bill William menutup logo bank kerana unsur riba juga menjadi bualan dan contoh yang baik.

Ketika Olimpik Rio 2016, Sonny mengalami kecederaan lutut yang memaksanya berehat panjang, Sonny kembali bersaing dalam ragbi 15 sebelah dan mewakili pasukan Auckland Blues yang bermain dalam kejohanan Super Rugby.

Sonny kembali beraksi setelah sekian lama berehat. Walaupun sekadar berada di atas padang selama 30 minit, Sonny menarik perhatian ramai, bukan kerana aksinya, tetapi apa yang dilakukan di bajunya.

BNZ ialah singkatan bagi Bank of New Zealand, dan merupakan salah satu daripada penaja Blues. Logo BNZ terletak di bahagian kolar baju.

Sonny menutup logo BNZ.

Apa yang menariknya, Sonny telah melekatkan pita untuk menutup logo bank tersebut di jersinya.

Sonny dikatakan berbuat demikian sebagai tanda tidak menyokong sistem perbankan yang mengamalkan riba dan bertentangan dengan Islam.

Untuk menjelaskan hal ini, Sonny telah memuat naik satu status di Twitter mengatakan bahawa dia bakal menerangkan asbab kenapa dia berbuat demikian pada minggu ini.

Seorang jurucakap BNZ walaubagaimanapun tidak tersinggung dengan apa yang dilakukan Sonny.

Wakin BNZ mengatakan bahawa Sonny mempunyai hak untuk mengamalkan kepercayaan agamanya, dan berkenaan menutup logo bank di jersi, itu adalah urusan antara Sonny dan Blues, dan BNZ tidak mempunyai sebarang isu mengenai hal tersebut.

Ibu Dan Rakan Baik Sonny Bill William Memeluk Islam.

Berita terbaru yang menggembirakan buat umat Islam seluruh dunia apabila ibu kepada Sonny Bill Williams. Lee Williams dan juga rakan karibnya Ofa Tu’ungafasi memeluk Islam.

Selepas 2 minggu peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Christchurch oleh pengganas dari Australia Lee Williams dan Ofa Tu’ungafasi memilih Islam sebagai pegangan mereka dengan mengucap dua kali kalimah Syahadah dengan mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Berita ini telah diraikan oleh Imam Sajid Umar dari Zimbabwe yang nyata gembira dan memberikan sokong kepada saudara baru.

John Fontain telah memuat naik gambar Ofa Tu’ungafasi yang memakai pakain putih dan berkopiah selepas mengucap dua kalimah Syahadah bersama Williams.

Sony merupakan permata dan cukup disayangi di New Zealand, dan kalau di Malaysia, dia diibaratkan sebagai Lee Chong Wei ataupun Najib Razak.

Williams memeluk Islam pada tahun 2008, ketika bermain untuk kelab ragbi di Perancis, Toulon dan telah berhenti meminum minuman keras.

Ofa, berketinggian 195sm (6 kaki 5’) beraksi sebagai Prop dalam pasukan ragbi New Zealand memeluk Islam selepas melawat mangsa serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand bersama rakan sepasukan Sonny Bill Williams.

Williams bertemu dan melawat mangsa yang terselamat di Hospital New Zealand South Island pada Sabtu yang turut di sertai Tu’ungafasi dan pemain Richmond Tigers, Bachar Houli.

Williams juga menyertai beratus Muslim yang lain dan juga beribu-ribu penduduk New Zealand untuk bersolat di Hagley Park di Christchurch pada Jumaat lalu untuk memperingati mangsa keganasan.

SubhanAllah!

Baca Juga

Baca Juga