Ibu Neymar Memberi Kekasihnya Rumah Kerana Mahu Rujuk Semula

Nadine Goncalves merupakan ibu kepada pemain bola sepak terkenal, Neymar, beliau sebelum ini tular dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Baru-baru ini turut tersebar berita bahawa beliau telah sah putus cinta dengan kekasih mudanya itu dan berita itu telah tular di media sosial.

Tetapi sepertinya sekarang, hubungan mereka berdua sudah berjaya diselamatkan dan mereka berdua sudah mula bahagia bersama.

Ibu Neymar merupakan seorang ibu tunggal dan beliau sebelum ini menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang baru berusia 22 tahun.

Nadine juga sebelum ini sudah sempat mempertemukan kekasihnya itu kepada anaknya Neymar. Bintang PSG itu sepertinya sangat akrab dan mesra dengan bakal ayah tirinya.

Jelas terlihat Neymar juga sangat menyokong hubungan ibu dan bakal bapa tirinya dan beliau juga sering meluangkan masa bersama kekasih ibunya.

Nadine kini sudah berusia 52 tahun dan teman lelakinya pula baru berusia 22 tahun, ini bermakna bakal ayah tiri Neymar berusia enam tahun lebih muda dari dirinya sendiri.

Ketika ibunya baru menjalin hubungan cinta, Neymar sedang berehat kerana kesemua saingan bola sepak di Eropah sedang digantung ekoran dari wabak yang sedang melanda dunia sekarang.

Ayah kepada Neymar pula merupakan ejen kepada dirinnya sendiri dan kini sudah berusia 55 tahun, tetapi tidak pasti sama ada beliau sudah mempunyai pengganti Nadine atau belum.

Ayah Neymar pula ketika ini sedang berada di Eropah kerana beliau mempunyai banyak tugasan yang berkaitan dengan Neymar dan perlu diselesaikan olehnya.

Ayahnya juga menjalankan tugas sebagai ejen yang baik kepada Neymar sehingga berjaya membawa anaknya beraksi bersama PSG dengan nilai perpindahan yang sangat besar.

Sehingga kini juga beliau masih sibuk menguruskan perancangan masa depan terbaik untuk karier bola sepak anaknya, Neymar Junior.

Sikap profesional Neymar Senior boleh dilihat apabila beliau turut meninggalkan komen pada gambar bekas isterinya bersama kekasih barunya dan menyokong perhubungan jandanya itu.

Calon bapa tiri kepada Neymar itu merupakan seorang peminat tegar pasukan Real Madrid dan Neymar pula sangat signifikan dengan Barcelona sehingga mempunyai rumah sendiri di sana.

Tetapi, Neymar juga beberapa kali sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan mungkin bakal ayah tirinya adalah dalang sebalik semua itu?

Neymar sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau memang pernah menerima tawaran daripada Real Madrid namun dirinya masih menanti tawaran dari Barcelona.

Awal musim lalu Neymar sepertinya mempunyai masalah dalaman dengan pemilik PSG dan ketika itu beliau kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Berbalik kepada cerita ibu dan bakal ayah tiri Neymar, Nadine Goncalves dilaporkan telah mengakhiri hubungan beliau dengan kekasihnya Tiago Ramos selepas mengatahui kekasihnya itu mempunya hubungan dengan beberapa lelaki lain.

Iya, beliau mencurangi ibu Neymar bersama lelaki lain dan bukan bersama perempuan lain. Mujur bukan Neymar lelaki yang dimaksudkan.

Tetapi, Tiago Ramos juga dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan tukang masak peribadi Neymar sendiri.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, bekas teman lelaki Tiago turut tampil dengan bukti mendawak bahawa pemuda tersebut sering melakukan keganasan rumah tangga keatasnya.

Selain itu, Tiago turut dilaporkan mempunyai hubungan sulit dan sering berasmara bersama pelakon dan pelawak terkenal di Brazil, Carlinhos Maia.

Menurut sumber laporan dari Brazil, Tiago sebenarnya adalah seorang model yang turut terlibat dengan pasukan eSport, 4K Easy.

Pemuda berusia 22 tahun itu turut pernah menceburi dunia bola sepak namun kerana ketiadaan bakat, beliau telah disingkirkan dari pasukan.

Terdapat laporan baru yang menyatakan Nadine telah merayu semula kepada pemuda yang telah mencuranginya itu dan menyewakannya sebuah rumah mewah yang terletak di Sao Paulo.

Hal ini kerana beliau mahu mendekatkan lagi pemuda itu dengannya dan memudahkan mereka untuk lebih kerap berjumpa.

Mereka berdua nampaknya sudah kembali menjalinkan hubungan kasih dan sudah mula berhubung antara satu sama lain.

Neymar turut menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk mengikuti berita kontroversi yang melibatkan ibunya dan beliau cuma mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjayanya.

BACA:  Neymar Gembira Dapat Ayah Tiri Muda Enam Tahun Darinya