IFAB Mahu Ubah Perlawanan Bola Sepak Kepada 60 Minit!

Badan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) telah mengusulkan supaya perlawanan bola sepak dikurangkan kepada 60 minit satu perlawanan, berbanding 90 minit sekarang ini. Dalam konsep 60 minit ini, masa permainan akan dihentikan setiap kali bola keluar atau setiap kali pengadil meniup wisel.

Selain daripada itu, ada beberapa lagi perubahan terbaru yang dicadangkan oleh IFAB, antaranya ialah :

1. Tendangan percuma boleh diambil ketika bola bergerak.

2. Pemain yang mengambil tendangan percuma bola terus membawa bola tanpa perlu sentuhan kedua pemain lain.

3. Penalti akan diberikan sekiranya penjaga gol menangkap/memegang bola backpass.

4. Gol penalti akan dianugerahkan jika ada pemain yang menyentuh bola di atas garisan gol tanpa perlu tendangan penalti.

5. Pemotongan mata bagi pasukan yang suka mengerumuni pengadil, apatah lagi kalau pemain tu tolak pengadil.

6. Pemain pertahanan boleh menerima bola daripada tendangan gol di dalam kotak penalti.

7. Tendangan penalti yang tak akan disusuli tendangan gol.

Kalau sekali imbas, cadangan IFAB ini seolah-olah akan menukar bola sepak kepada ragbi. Entah-entah ejen Illuminati ragbi sedang mengawal individu tertentu dalam IFAB tak?

Menurut IFAB, segala cadangan diusulkan untuk mencapai tiga sasaran utama – mengelokkan lagi perangai pemain, meningkatkan waktu permainan serta menambahbaik keadilan dan daya tarikan terhadap sukan nombor satu dunia ini.

“Ramai orang tak puas hati dalam 90 minit perlawanan, kurang daripada 60 minit bola sepak dimainkan secara efektif, dengan kata lain, ketika bola dimainkan,” kata IFAB dalam satu kenyataan.

“Jadi strategi ini adalah untuk mengurangkan perangai suka buang masa, sekaligus akan menaikkan tempo permainan.”

IFAB juga mengatakan bahawa ada sebahagian daripada cadangan ini boleh terus diimplementasikan tanpa perubahan undang-undang, manakala sesetengah daripadanya memerlukan perbincangan yang lebih lanjut.

Dokumen ini turut mengatakan bahawa pegawai perlawanan perlu lebih tegas dalam isu penjaga gol memegang bola melebihi enam saat, selain perlu lebih bertanggungjawab dalam penjagaan masa seperti menghentikan masa daripada detik penalti dianugerah sehingga tendangan diambil, daripada detik gol dijaringkan sehingga sepak mula semula dan juga ketika penggantian pemain.

David Elleray acah-acah jadi Charlie Chaplin | Gambar : DreamTeam

Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris yang juga pengarah teknikal di IFAB, David Elleray, berkata cadangan ini adalah satu cadangan yang radikal.

“Kau boleh anggap ni satu revolusi secara diam untuk menjadikan bola sepak sebagai sukan yang lebih menarik,” ujarnya.

“Mula-mula sekali kita kena baca semula peraturan dan tanya kepada diri sendiri ‘untuk apakah semua ini?’ dan kalau kita rasa segala peraturan itu tidak berguna maka perubahan perlu dilakukan demi kebaikan.

Buat pengetahuan keyboard warrior sekalian, membenarkan penjaga gol menghantar bola kepada pemain sendiri dalam kotak penalti sedang dikaji dalam kejohanan belia di Eropah dengan hipotesis bahawa akan ada lebih banyak passing berbanding tendangan gelembung buaya.

Tambahan lagi, penggunaan VAR dalam kejohanan Piala Dunia B-20 tempoh hari telah memberikan keputusan yang positif, menurut Elleray.

“Secara keseluruhannya, ujian telah berjaya dengan begitu cemerlang.

“Daripada 52 perlawanan di Piala Dunia B-20, hanya ada 12 keputusan yang dipengaruhi oleh VAR, maka penggunaan kaedah ini jelas tidak mengganggu perlawanan.

“Pengadil akan memberitahu kepada pemain yang ini mengambil tendangan sudut atau percuma ‘ingat, kamera tengah perhati hangpa’ dan secara automatik pemain maklum bahawa mereka tidak boleh melakukan sebarang kekasaran atau tackle yang terlampau.”

Buat merek yang masih tidak tahu apa itu IFAB dan apa bidang kuasa mereka, sila klik link ini. Kalau taknak klik pun takpe, abang tamarapun.

Segala cadangan daripada IFAB akan dibincang menerusi beberapa siri mesyuarat sebelum sebarang tindakan atau keputusan dimplementasikan, bukan mengikut hati pedal tuan presiden semata-mata.

Sumber berita : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga