Iker Casillas Anggap Anugerah Bola Sepak Sebenarnya Suka Susahkan Benda Yang Mudah

Iker Casillas telah menghentam penganjur anugerah Ballon D’or selepas Lionel Messi disahkan sebagai pemenang untuk edisi pada tahun 2021 ini.

Legenda terhebat sepanjang zaman itu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon Ballon D’or 2021, seterusnya menjadikan beliau sebagai satu-satunya manusia yang pernah memenangi anugerah tersebut sebanyak tujuh kali.

Messi berjaya menyingkirkan pesaing terdekatnya, Robert Lewandowski dan Jorginho untuk membawa pulang bola emas ketujuh peribadinya itu.

Pemain kebangsaan Argentina itu menang dengan jurang yang tipis mengatasi Lewandowski, dengan beliau dinobatkan sebagai pemenang selepas mempunyai kelebihan 33 mata berbanding bintang Poland itu.

Walau bagaimanapun, keputusan Messi dihadiahkan gelaran Ballon D’or ketujuh peribadinya itu jelas sekali tidak disenangi oleh legenda Real Madrid, Iker Casillas.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu telah mengkritik teruk konsep anugerah dalam dunia bola sepak dengan meluahkan kemarahannya di media sosial.

“Ia menambah lagi kesukaran untuk saya percaya kepada anugerah bola sepak.”

Tulis Casillas di laman twitter miliknya.

“Bagi saya Messi, dia merupakan antara salah seorang dari lima pemain terhebat dalam sejarah, tapi kamu perlu sedar siapa pemain yang pamer aksi menakjubkan setiap musim.”

“Ia bukanlah susah! Tapi orang lain yang buat dia nampak susah.”

Para penyokong turut mengkritik keputusan penuh untuk anugerah Ballon D’or pada tahun ini, dengan ramai yang percaya Lewandowski lebih berhak untuk menang.

Bahkan Messi sendiri turut sedar yang kemenangan Lewandowski telah dirompak dengan beliau meminta agar France Football memberikan anugerah tersebut kepada bintang Bayern tersebut, kerana beliau berhak menang pada tahun lalu.

Anugerah Ballon D’or pada tahun 2020 telah dibatalkan kerana dunia dilanda pandemik, dengan Lewandowski merupakan individu paling layak untuk memenangi anugerah itu pada tahun lalu.

Kerana itu jugalah Messi meminta agar France Football tetap menyerahkan anugerah tersebut kepada Lewandowski walau ia sudah dibatalkan pada tahun lalu.

“Robert, kamu berhak untuk terima anugerah Ballon D’or kamu.”

Jelas Messi.

“Tahun lalu, semua orang bersetuju yang kamu merupakan calon paling layak untuk memenangi anugerah paling berprestij ini.”

Bintang Paris Saint Germain itu kemudiannya menambah lagi.

“Hari ini saya di sini di Paris. Saya sangat gembira, sangat-sangat gembira, saya benar-benar mahu terus berjuang dan mencapai objektif yang lebih besar.”

“Saya tak tahu berapa tahun lagi, tapi saya benar-benar sedang menikmati hidup saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya di Barcelona, PSG dan Argentina.”

Senarai pemenang anugerah Ballon D’or 2021

Tempat pertama sehingga 10

1. Leo Messi (PSG)
2. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
3. Jorginho (Chelsea)
4. Karim Benzema (Real Madrid)
5. N’ Golo Kanté (Chelsea
6. Cristiano Ronaldo (Manchester United
7. Mohamed Salah
8. Kevin de Bruyne (Manchester City)
9. Kylian Mbappé (PSG)
10. Gianluiggi Donnarumma (PSG)

Tempat ke-11 sehingga 15

11. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)
12. Romelu Lukaku (Chelsea)
13. Giorgio Chiellini (Juventus)
14. Leonardo Bonucci (Juventus)
15. Raheem Sterling (Manchester City)

Tempat ke-16 sehingga 20

16. Neymar (PSG)
17. Luis Suarez (Atletico Madrid)
18. Simon Kjaer (AC Milan
19. Mason Mount (Chelsea)
20. Riyad Mahrez (Manchester City)

Tempat ke-21 sehingga 25

21. Bruno Fernandes (Manchester United)
21. Lautaro Martinez (Inter Milan)
23. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
24. Pedri (Barcelona)
25. Phil Foden (Manchester City)

Tempat ke-26 sehingga 29

26. Nicolo Barella (Inter Milan)
26. Ruben Dias (Manchester City)
26. Gerard Moreno (Villarreal)
29. Luka Modric (Real Madrid)
29. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

Striker of the Year

Striker of the Year merupakan anugerah baru yang diperkenalkan oleh France Football dalam anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2021 bagi memberi pengiktirafan kepada penyerang terbaik dunia.

Dan pemain penyerang berbisa lagi prolifik Bayern Munich dan Poland, Robert Lewandowski menjadi pemenang buat julung kalinya lantaran kecemerlanganya dalam tempoh dua tahun ini.

Robert Lewandowski telah bermain 54 perlawanan untuk Bayern Munich dan Bayern pada tahun 2021 dan hanya gagal menjaringkan gol dalam 12 perlawanan dengan jumlah 64 gol.

Kopa Trophy

Pedri pemain muda Barcelona dan Sepanyol yang diperah kaw-kwa sepanjang tahun 2021 telah dipilih menjadi pemenang Kopa Trophy 2021 menewaskan 9 calon yang lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang 12 bulan yang lalu adalah fasa yang menarik buat pemain tengah muda Barcelona dan Sepanyol yang berasal dari Canary Island, Pedri.

Pada 20 Ogos 2020 Pedri tiba di Nou Camp dari kelab divisyen dua Las Palmas dan berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama pada usia 17 tahun, dia mendapat pujian daripada ramai rakan pemain termasuk Lionel Messi dan Sergio Busquets.

Lebih manis, musim debut bersama kelab Catalan tersebut disudahi dengan kejayaan menjulang Copa del Rey.

Pada bulan September tahun lalu, dia mendapat panggilan pertama untuk menyarung jersi Sepanyol dengan memperkuatkan pasukan bawah-21 negara tersebut, kemudian dia mendapat kepercayaan daripada Luis Enrique untuk menjadi pemain tonggak skuad senior dalam kempen Euro 2020 di mana dia bermain hampir setiap minit buat pasukan La Furias Rojas, sehingga dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Sebaik tamat Euro, Pedri dibawa pula ke Tokyo untuk mewakili pasukan bawah-23 negaranya untuk bertanding dalam sukan Olimpik, dan dia bersama rakan sepasukan berjaya pulang dengan pingat perak.

Cerita perjalanan karier pemain ini sangatlah padu sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu dan melayakkanya menjulang trofi ini:

1. Pedri
2. Jude Bellingham
3. Jamal Musiala
4. Nuno Mendes
5. Mason Greenwood
6. Bukayo Saka
7. Florian Wirtz
8. Ryan Gravenberch
9. Jérémy Doku
9. Giovanni Reyna

Anugerah Kopa Trophy adalah satu pengiktirafan dari France Football kepada pemain muda bpla sepak dari seluruh dunia yang bakal menjadi tonggak bola sepak dunia suatu hari nanti.

Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.

Anugerah ini buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018 dan Kylian Mbappe yang merupakan juara dunia pada ketika itu menjadi pemenang pertama.

2021 – Pedri
2020 – Batal
2019 – Matthijs de Ligt
2018 – Kylian Mbappe

Yashin Trophy

Gianluigi Donarumma menjadi pemenang Yashin Trophy tahun 2021 sekaligus menobatkan penjaga gol Paris Saint Germain ini sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini dan merupakan pemenang kedua sejakdiperkenalkan pada 2019.

Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or 2019 yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Edouard Mendy Terus Jadi Mangsa, Kali Ini Dirompak Donnarumma?