Ilkay Gundogan Jaring Gol Terpantas Final Piala FA

Ilkay Gundogan telah mencipta sejarah peribadi tersendiri apabila telah menjaringkan gol terpantas dalam sejarah perlawanan akhir Piala FA.

Gundogan membuka tirai jaringan pada minit pertama atau lebih tepatnya hanya 13 saat selepas sepak mula dengan meledak bola voli penuh sensasi.

Dia bertindak balas paling pantas kepada tandukan Victor Lindelof apabila dia melakukan rembatan yang menggembirakan ke bahagian belakang gawang, menyebabkan David De Gea terpaku.

Gol terpantas sebelum ini dalam perlawanan akhir Piala FA ialah melalui gol Louis Saha untuk Everton menentang Chelsea pada 2009 selepas hanya 25 saat.

Ia merupakan satu lagi momen penting untuk Gundogan, yang membintangi Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, dengan pentingnya menjaringkan dua gol menentang Everton.

Dia meneruskan prestasi baiknya menentang Man United, menjaringkan gol dalam masa 13 saat di Stadium Wembley.

Bruno Fernandes kemudiannya menyamakan kedudukkan melalui sepakan penalti pada minit ke-33 yang mudah menewaskan Ortega.

Baucer penalti diaktifkan selepas bola terkena tangan Jack Grealish yang cub mencabar Aaron Wan Bissaka diudara. Video Assistant Referee (VAR) membuat penelitian dan dengan adilnya menghadiahkan sepakan penalti.

Perlawanan akhir Piala FA musim 2022/23 menemukan dua asukan berjiran dari bandar Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.

Man City : Ortega; Walker, Dias, Akanji; Stones, Rodri; De Bruyne, Gundogan; Bernardo, Haaland, Grealish.

Pemain Simpanan : Ederson, Phillips, Ake, Laporte, Alvarez, Mahrez, Foden, Palmer, Lewis.

Man Utd : De Gea; Wan-Bissaka, Varane, Lindelof, Shaw; Casemiro, Fred; Fernandes, Eriksen, Sancho; Rashford.

Pemain Simpanan : Butland, Dalot, Maguire, Malacia, McTominay, Pellistri, Elanga, Garnacho, Weghorst.

Pengadil : Paul Tierney.

Baca Juga

Baca Juga