‘I’ll Be Muslim Too’: Penyokong Liverpool Cipta Lagu Khas Untuk Mo Salah

Kehebatan pemain antarabangsa Egypt, Mohamed Salah musim ini menyebabkan penyokong Liverpool mencipta lagu khas untuk beliau dan lagu tersebut berkait rapat dengan kepercayaan agama yang diamalkan Salah.

“Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, if he’s good enough for you, he’s good enough for me, if he scores another few, then I’ll be Muslim too,”

Dakwah halus Mo Salah kepada rakyat England

Lagu ini berakhir dengan rangkap penyokong Liverpool akan menukar agama kepada Islam andainya Salah terus menerus menjaringkan gol buat kelabnya. Beberapa rakaman detik penyokong menyanyikan lagu tersebut telah dimuatnaik ke laman sosial, dari dalam stadium sehingga ke pub.

Lagu tersebut bersambung lagi dengan rankap berbunyi:

“”He’s sitting in the mosque, that’s where I want to be.”

Aksi cemerlang Salah bersama The Kops telah menawan hati para peminat Liverpool, sama seperti fenomena Luis Suarez beberapa tahun yang lepas.

Tahun 2017 adalah tahun yang cukup cemerlang buat Salah. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Afrika, menewaskan rakan sepasukannya Sadio Mane dan Pierre -Emerick Aubameyang.

Rabu lalu ketika Liverpool membelasah Porto 5-0 adalah perlawanan dimana beliau menjadi pemain ke-13 dalam sejarah 125 tahun penubuhan Liverpool menjaringkan 30 gol dalam satu musim. Statistik hebat Salah musim ini menyebabkan pihak media mula membandingkan  beliau dengan legenda Barcelona, Lionel Messi.

Pemain terakhir yang berjaya menjaringkan 30 gol dalam satu musim buat Liverpool adalah Luis Suarez pada April 2014.

Lagu Salah tersebut diberi judul sebagai ‘The Egyptian King’ oleh peminat Liverpool dan dianggap sebagai pemangkin dalam menangani masalah perkauman dalam bolasepak Inggeris.

BACA:  Selepas 9 Tahun, Jay Spearing Akhirnya Bakal Kembali Ke Anfield