Imbas Kembali Aksi Lakonan Terburuk Yang Dilakukan Oleh Dida

Dida pernah melakukan kesilapan yang mengerikan dan menyebabkan Milan dibolosi pada minit akhir perlawanan lalu memberikan kemenangan kepada pasukan Celtic.

Dida mungkin berasa kecewa dengan kesilapan yang dilakukan pada malam itu namun tiba-tiba ianya menjadi makin parah.

Salah seorang peminat pasukan tuan rumah meraikan kejayaan Celtic hingga masuk kepadang lalu berlari dihadapan Dida hingga secara tiba-tiba beliau menyentuh sedikit muka penjaga gol Milan itu.

Ketika peminat itu menyentuh mukanya, Dida sebenarnya mempunyai dua pilihan untuk dilakukan, pertama redho saja dirinya diusik begitu atau kedua tangkap peminat itu lalu tendang dia keluar(yang pilihan kedua ni tidak disarankan).

Entah bagaimana Dida lebih memilih pilihan rahsia yang paling teruk sekali difikirkan olehnya. Pilihan rahsia itu memperlihatkan beliau cuba untuk mengejar pengacau itu tetapi selepas dua tiga langkah beliau terus mengubah fikirannya lalu merebahkan dirinya seperti baru lepas ditembak.

Dida terbaring seperti seorang yang sedang kritikal, beliau meminta bantuan paramedik untuk mengusungnya keluar sambil mengusap mukanya dengan ais yang kononnya terlalu sakit tetapi jelas kelihatan semuanya baik-baik saja.

Entah apa yang merasuk Dida sampai boleh terfikir nak buat macam tu. Sedangkan kalau WWE yang dikatakan lakonan pon perlukan sentuhan lebih jelas untuk rebah.

Ini kena cuit sikit saja tapi Dida punya rebah seolah dia teruk kena lunyai dengan penyokong yang masuk ke padang itu.

Kesudahan yang aneh dari perlawanan dalam saingan liga Juara-juara tahun 2007 itu, penjaga gol berketinggian 6 kaki 5 inci itu terus menjadi bahan ketawa dan dikritik teruk oleh semua peminat bola sepak seluruh dunia.

Bahkan UEFA sendiri menganggap perkara itu sesuatu yang lucu. Celtic telah didenda £25,000 kerana gagal mengawal peminat hingga ada yang terlepas masuk ke padang.

Manakala Dida sendiri pula turut dihukum penggantungan dua perlawanan kerana aksi lakonannya yang melanggar etika kesetiaan, integriti dan semangat kesukanan.

Peguam pasukan Milan, Leandro Cantamessa menganggap penggantungan itu salah satu hukuman yang tidak masuk akal tetapi apabila melihat kepada tindakan Dida pada malam itu memang dia boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Cantamessa, jika Dida terus rebah selepas diusik oleh peminat itu, ia mungkin boleh diterima kerana tiada siapa perasan beliau cedera atau tidak apabila disentuh oleh peminat itu.

Tapi apabila Dida cuba untuk mengejar peminat itu kemudian baru merebahkan badannya, itu yang menjadikannya lucu dan tidak masuk akal.

Tindakan Dida jelas menunjukkan dia terlebih berlakon dan tidak dinafikan memang sukar untuk pertahankan Dida dalam situasi itu.

Menurutnya juga untuk mempertahankan Dida, tekanannya lebih teruk berbanding dengan tekanan sebelum Scott McDonald’s menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90 dalam perlawanan itu.

Memenangi dua kali gelaran liga Juara-juara dan menjadi pemenang Piala Dunia 2002 menjadikan Dida antara penjaga gol terbaik dunia ketika itu.

Namun disebalik setiap kejayaannya itu, Dida sebenarnya terkenal dengan aksinya yang selalu melakukan kesilapan mudah dan kesilapan yang dilakukan pada malam itu memberikan kemenangan kepada Celtic.

Celtic meraikan kemenangan itu dengan penuh gembira. Berjaya untuk menewaskan Juara Eropah pastinya kejayaan yang sukar untuk mereka lupakan.

Mungkin Dida terlalu malu dengan kesilapannya ketika itu yang menyebabkan Milan tewas jadi bila ada peluang untuk keluar beliau memilih untuk keluar.

Siapa saja jika diberi peluang untuk diusung keluar dari tempat kerja selepas melakukan kesilapan sudah pasti mereka akan terima.

UEFA akhirnya bersimpati dengan Dida lalu mengurangkan hukumannya kepada digantung satu perlawanan liga Juara-juara sahaja dan dalam perlawanan itu Milan berjaya menewaskan Shakhtar Donetsk 4-1.

Dida meninggalkan AC Milan pada tahun 2010 kemudian beliau berehat selama dua tahun lalu menyertai pasukan Portuguesa di Liga Brazil pada tahun 2012.

Beliau kemudian menyertai beberapa pasukan lagi dalam liga Brazil lalu mengumumkan persaraannya dalam dunia bola sepak pada tahun 2016.

Baca Juga

Baca Juga