Imbas Kembali Final AFF 2018 Malaysia vs Vietnam, Perjalanan Yang Penuh Liku

Malaysia bertemu Vietnam disaingan peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 dan jurulatih Vietnam, Park Hang Seo menganggap pertemuan ini seperti sebuah perlawanan akhir.

Nyata Vietnam tidak memandang remeh kepada Harimau Malaya dan menganggap pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe sebagai saingan paling kuat mereka di peringkat kumpulan.

Malaysia menghadapi kesulitan kekurang pemain ekoran daripada beberapa sebab dan Menurut Park Hang Seo, Malaysia sendiri yang cari penyakit yang mengundang padah apabila mendaftarkan 24 orang pemain sahaja daripada 30 yang dibenarkan.

“Saya rasa semua pasukan mengetahui peraturan pertandingan dan kita semua tertakluk untuk mengikuti peraturan tersebut.”

“Dalam peraturan membenarkan kita membawa 30 orang pemain, tetapi Malaysia satu satunya pasukan yang mendaftarkan hanya 24 pemain.”

Malaysia berdepan dengan kekurangan pemain selepas 4 daripada pemain mereka disahkan positif Covid-19. Membuatkan Malaysia kini tinggal 18 orang pemain sahaja di dalam pasukan mereka kerna Dion Cools masih belum tiba dan Junior Edlstal mengalami kecederaan.

Empat pemain Harimau Malaya yang disahkan disahkan positif Covid-19:

1. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
2. Mohamad Faisal Abdul Halim
3. Quentin Cheng Jiun-ho
4. Muhammad Akhyar Abdul Rashid

Sebenarnya ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Park Hang Seo ini kerana tindakan membawa 24 pemain kini mula memakan diri.

Ketika Tan Cheng Hoe mengumumkan hanya 24 pemain sahaja dibawa ramai yang mempertikaikan kenapa bukan 30 orang selepas menyenaraikan 28 pemain untuk latihan pusat berserta tiga pemain di senarai sedia menunggu.

Namun perlawanan Malaysia menentang Vietnam yang mengimbau kembali Final Piala AFF Suzuki 2018 akan tetap diteruskan. Marilah kita imbas kembali perjalanan Malaysia ke final.

Piala AFF Suzuki 2018 : Selusuri Perjalanan Malaysia Ke Final

Malaysia mencipta kejutan apabila berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 selepas tidak diletakkan harapan dan hanya menyasarkan untuk mara ke separuh akhir.

Malaysia tidak diletakkan harapan tinggi selepas senarai 23 pemain akhir diumumkan dan ramai mempersoal kenapa pemain ini dibawa dan pemain itu ditinggalkan.

Tiga permainan awal Malaysia sangat teruk dan seperti tiada masa depan. Tetapi Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe mampu menutup mulut mereka yang mempersoalkan

Namun perubahan cara permain dalam tiga perlawanan terakhir nyata merubah nyata Harimau Malaya yang bermula di peringkat kumpulan ketika menentang Myanmar.

Malaysia garang menekan Myanmar untuk mara ke separuh akhir. Dalam perlawanan menentang Thailand anak buah Tan Chen Hoe mempamerkan aksi yang meyakinkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun sayang nasib tidak menyebelahi apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan deretan peluang yang terhidang namun tiada penyudah.

Tampak sukar buat Malaysia pada aksi di Stadium Rajamangala tetapi aksi kemas, yakin dan penuh berdisiplin masih utuh walaupun bermain dihadapan penyokong lawan.

Dua kali ketinggalan dua kali Harimau Malaya bangkit dengan jaringan padu bak hang untuk mara ke final dengan kelebihan jaringan tempat lawan.

Perlawanan akhir yang berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018 sekali lagi menemukan Harimau Malaya dan Vietnam selepas Malaysia kecundang 2-0 di peringkat kumpulan.

Peringkat Kumpulan

Malaysia mara ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan A dengan 9 mata selepas mencatatkan 3 kemenangan dan satu kalah. 7 gol dihasilkan dan 3 bolos.

1. Kemboja 0-1 Malaysia
2. Malaysia 3-1 Laos
3. Vietnam 2-0 Malaysia
4. Malaysia 3-0 Myanmar

Separuh Akhir

Kelebihan gol tempat lawan membawa Malaysia ke final.

1. Malaysia 0-0 Thailand
2. Thailand 2-2 Malaysia

1. Peringkat Kumpulan : Kemboja 0-1 Malaysia

Piala AFF 2018 disingkatkan kepada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2018 telah memasuki edisi yang kedua belas merupakan sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada awal penganjurannya dikenali sebagai Piala Tiger dan kini dikenali sebagai Piala Suzuki kerana pertukaran penaja. Piala AFF kini memasuki edisi ke-12.

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos bagi Piala Suzuki AFF 2018 yang dijadualkan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Malaysia dan Kemboja turun untuk perlawanan pertama Kumpulan A dan juga perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2018. Kemboja menguasai 20 minit awal perlawan dengan bertubi-tubi mengasak benteng Malaysia namun tiada kesudahan.

Pada minit ke-15 Malaysia memperoleh peluang terbaik melalui Zaquan Adha selepas berjaya menyambar namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kemboja yang bernama Um Vicet boleh juga dibaca Wicet.

Selepas 20 minit barulah Malaysia mula bertenang dan mendapat rentak bola sepak terkini lalu mula melancarkan serangan ke kubu Kemboja.

Pada minit ke-25 percubaan Safawi Rasid cantik namun terkena tiang, Harimau Malaya tidak berputus asa dan terus mengasak.

Akhirnya Norsharul Idlan Talaha atau Matyo berjaya menjaringkan gol pertama gol pembukaan perlawanan melalui satu sundulan tajam. Gol yang ke-9 Mat Yo untuk Malaysia dalam penampilan ke-61. Pemain veteran kata pengulas.

Cantik gerakan gol itu.

Empat minit berselang Zaquan Adha berjaya menjaringkan gol namun gol tersebut dibatalkan kerana offside(Bahagian padam).

Kemudian Kemboja kembali mengasak untuk mencari gol penyamaan tetapi kedudukan kekal 1-0 hingga tamat permainan.

Permainan bersambung, selepas 15 minit separuh masa kedua tiada jaringan penyamaan atau jaringan penyamaan. Perlawanan berlangsung agak hambar.

Pada minit ke-60 penjaring gol pertama, Norsharul Idlan Talaha dikeluarkan dan Muhammad Shahrel Fikri dimasukkan untuk menyegarkan jentera serangan.

Penampilan ke-7 Sharel Fikri bersama Harimau Malaya yang kini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima.

Pada minit ke-70 Zaquan Adha dikeluarkan dan digantikan dengan Hazwan Bakri. Gandingan penyerang Veteran digantikan dengan gandingan penyerang muda.

Kadang kala dalam perlawanan ini boleh dilihat bola melantun-lantun dan melambung-lambung ditengah padang seperti melihat Dolphin bermain bola.

Perlawanan memasuki masa kecederaan, Sumareh gagal menyempurnakan peluang terbaik dengan rakan pasukan ada dibelakang dan penjaga gol Vietnam lebih bersedia.

Dalam masa kecederaan ini dengan tiba-tia Malaysia bersungguh-sungguh mengasak dengan deretan percubaan,

Kemudian Sumareh cuba menebus kekecewaan awal dengan percubaan yang meleleh tapi sayang bola melantun keluar selepas terkena bahagian dalam tiang gol.

Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki oleh Harimau Malaya dan yang penting misi utama 3 mata berjaya diraih.

CAMBODIA: 22. Um Vichet (GK), 4. Sareth Krya, 5. Soeuy Visal (C), 9. Keo Sokpheng, 10. Kouch Sokumpheak, 11. Chan Vathanaka, 12. Sos Suhana, 14 . Reung Bunheing, 19. Cheng Meng, 20. Brak Thiva, 25. Hong Pheng.

Subs: 1. Chea Vansak (GK), 2. Sath Rosib, 3. Nen Sothearoth, 7. Prak Mony Udom, 8. Orn Chanpolin, 15 . Tith Dina, 16 . Sin Kakada, 17 . Chhin Chhoeun, 18. Sor Piseth, 21. Keo Soksela (GK), 23. Thierry Chantha Bin, 24. Kouch Dani.

MALAYSIA: 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 23. Hafizul Hakim

2. Peringkat Kumpulan : Malaysia 3-1 Laos

Malaysia turun untuk perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2018 dan bermain di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil selepas meraih tiga mata dengan kemenangan tipis ke atas Kemboja.

Misi Harimau Malaya menentang Laos sudah pasti bagi mencari kemenangan selesa dengan jumlah gol sebanyak mungkin.

Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil agak meriah dengan kehadiran penyokong Harimau Malaya. Ultras Malaya pula ramai dan meriah seperti biasa.

Harimau Malaya bermula garang dan mengasak dari awal wisel dibunyikan dalam keghairahan menyerang Laos melakukan serangan balas.

Kekasaran dilakukan ke atas pemain Laos lalu dihadiahkan sepakn percuma dan pada minit ke-7 Laos dihadapan hasil sepakan percuma padu Phithack Kongmathilath dan itu percubaan pertama Laos dalam perlawanan ini.

Agak ganjil kedudukan Apek untuk jaringam ini.

Pada minit ke-15 Zaquan Adha menyamakan kedudukan. Berpunca dari gerakan dimulakan Mat Yo dan bola dilorongkan kepada Safawi Rasid dan ditolak kepada Syahmi Safari. Lalu dilintangkan bola ketengah untuk gol penyamaan Malaysia.

Malaysia terus menguasai permainan namun tiada tambahan gol selepas 30 minit berlalu. Percubaan terbaik hadir melalui Safawi Rasid namun percubaan sedikit tersasar.

10 minit sebelum separuh masa tamat sepakan percuma Safawi terkena kepala benteng Laos.

Malaysia terlalu selesa menguasai perlawanan dan tidak berada dalam mood untuk mencari gol sebanyak mungkin. Bahagian tengah banyak berpoco-poco asalkan Laos tidak menyerang.

Akram Mahinan pula sangat selesa berjalan anak ditengah padang.

Syafiq Ahmad tampak bingung saat memegang bola tak tahu menda nak buat. Tapi sempat melepaskan satu rembatan jarak jauh.

Separuh masa kedua bermula, Syazwan Zainon dikeluarkan dan Akhyar Rashid dimasukkan. Serta merta Akhyar dikasari kerana terlalu lincah.

Kemasukan Akhyar kembali menghidupkan kematian yang ditinggalkan oleh Syazwan Zainon.

Pengadil agak babi kerana tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Soukaphone Vongchiengkham kerana teran-terangan menyepak kaki Syazwan Andik.

Akhyar dan Matyo bertujar hantaran dalam kotak penalti dan rembatan Akhyar sedikit tersasar. Kemudian Safawi pula merembat.

Agak anjing perangai penjaga gol Laos yang sering kali melengah-lengahkan masa permainan dengan berpura-pura cedera.

Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad dikeluarkan lalu digantikan dengan Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri.

Malaysia garang semula dan mengasak. Tandukan Aidil Zaquan dinafikan palang dan tolakan Shahrel Fikri meleleh keluar di depan gol.

Dua percubaan Akhyar Rashid secara berturut-turut berjaya ditepis penjaga gol Laos.

Akhirnya Matyo memecahkan kebuntuan dengan gol pendahuluan pada minit ke-86. Laos cuba menyerang namun Mat Yo membunuh perlawanan dengan gol ketiga dan kedua peribadi selepas menerima umpanan cantik Akhyar lalu membuat sundulan aras rendah.

Penjaga gol Laos kembali sihat dan mampu menendang.

Satu kepuasan menyaksikan di stadium hampir 90 minit memaki hamun, Matyo muncul memberi kegembiraan nyata dan berbaloi.

Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

FT Malaysia 3-1 Laos

Phithack Kongmathilath 7′
Zaquan Adha 15′
Norshahrul Idlan Talaha 86’90+2′

Starting XI MALAYSIA: 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 9. Norshahrul Idlan Talaha, 12. Akram Mahinan, 18. Syafiq Ahmad; 11. Safawi Rasid, 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C), 16. Syazwan Zainon.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 13. Mohamadou Sumareh, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Kenny Pallraj, 17. Irfan Zakaria, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

Starting XI LAOS: 12. Outthilath Nammakhoth (GK), 2. Vanna Bounlovongsa, 3. Kaharn Phetsivilay, 4. Lathasay Lounlasy, 6. Thothilath Sibounhuang (C), 7. Soukaphone Vongchiengkham, 10. Chanthaphone Waenvongsoth, 13. Aphixay Thanakhanty, 17. Bounphachan Bounkong, 22. Phithack Kongmathilath, 23. Phouthone Innalay.

Subs: 1. Saymanolinh Paseuth (GK), 5. Thinnakone Vongsa, 9. Soukchinda Natphasouk, 11. Chansamone Phommalivong, 15. Sonevilay Sihavong, 18. Keo Souvannasangsgo (GK), 19. Kittisak Phomvongsa, 20. Somxay Keohanam.

3. Peringkat Kumpulan : Vietnam 2-0 Malaysia

Perlawanan ketiga merupakan perlawanan penentuan samada Malaysia terus mara ke separuh akhir atau terpaksa menunggu perlawanan terakhir bertemu Myanmar.

Vietnam adalah lawan sebenar Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018. Harimau Malaya menang dua perlawanan awal kumpulan A dengan aksi yang agak goyah.

Vietnam beraksi di laman sendiri bermula garang bagi mencari gol awal. Pada minit ke-11 akhirnya Vietnam dihadapan dan mula bermain tenang serta bertahan hingga tamat separuh masa pertama.

Kebosanan berterusan di separuh masa kedua. Vietnam mula sedikit terbuka dan mahu mencari gol kedua dan akhirnya berhasil. Nguyen Anh Duc menggandakan kedudukan.

Tiada kegersangan dan nafsu dari Malaysia untuk menjaringkan gol. Sesekali dapat dilihat pengadil berlari lebih laju dari Akram Mahinan.

Vietnam dijangka mudah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir dan bakal bertemu Myanmar dan Laos untuk baki perlawanan.

FT Vietnam 2-0 Malaysia

NguyenChong Phuong 11′
Nguyen Anh Duc 60′

Starting XI VIETNAM: 23. Dang Van Lam (GK), 3. Que Ngoc Hai (C), 5. Doan Van Hau, 6. Luong Xuan Truong, 8. Nguyen Trong Hoang, 11. Nguyen Anh Duc, 14. Nguyen Cong Phuong, 19. Nguyen Quang Hai, 20. Phan Van Duc, 21. Tran Dinh Trong, 28. Do Duy Manh.

Subs: 1. Bui Tien Dung (GK), 4. Bui Tien Dung, 9. Nguyen Van Toan, 10. Nguyen Van Quyet, 12. Nguyen Phong Hong Duy, 13. Ha Duc Chinh, 15. Pham Duc Huy, 16. Do Hung Dung, 17. Luc Xuan Hung, 22. Nguyen Tien Linh, 26. Nguyen Tuan Manh (GK), 29. Nguyen Huy Hung.

Starting XI MALAYSIA: 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (C); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 19. Akhyar Rashid; 10. Shahrel Fikri Md Fauzi.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 8. Zaquan Adha Abd Radzak, 11. Safawi Rasid, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

4. Peringkat Kumpulan: Malaysia 3-0 Myanmar

Perlawanan penentuan dan getir buat Malaysia untuk mara ke separuh akhir. Hanya kemenangan pilihan Harimau Malaya ada.

Malaysia mempunyai sedikit kelebihan apabila beraksi di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil. Sehari sebelum perlawanan 62 ribu tiket sudah terjual.

Malaysia bermula garang dan mengasak untuk 3 minit pertama selepas sepak mula namun tiada jaringan terhasil dan permainan mula seimbang.

Pada minit ke-13 Zaquan Adha berjaya lolos cubaan melepas pemain Myanmar menyaksikan bola terkena tangan namun tiada sepakan penalti buat Malaysia.

Asakan demi asakan dan tekanan diberikan kepada Myanmar, jelas Malaysia menguasai perlawanan ini ditambah dengan sokongan padu ekor-ekor Harimau.

Pada minit ke-26 akhirnya Malaysia dihadapan hasil tolakan Norshahrul Idlan Talaha hasil bola muntah aksi akrobatik Mohammadou Sumareh.

Dipenghujung separuh masa pertama Safawi Rasid dijatuhkan dalam kotak penalti dan Zaquan Adha tenang menyempurnakan untuk gol kedua Malaysia.

Bermula separuh masa kedua Malaysia terus mengasak dan mecari gol bagi membunuh perlawanan.

Pada minit ke-60 Matyo dikeluarka dan digantikan dengan Shahrel Fikri yang nyata memberi tenaga tambahan dan menambah kegarangan Harimau Malaya.

Berbaki 12 minit permainan Akhyar Rasid masuk menggantikan Mo Sumareh yang nyata cemerlang dalam perlawanan ini .

Myanmar cuba bangkit dan menyerang namun tiada apa yang mampu dilakukan untuk mengotorkan baju Farizal Marlias.

Akhyar nyata tidak mengecewakan apabila masuk dari bangku simpanan apabila terus mnegucarkacirkan kubu Myanmar.

Berbaki 2 minit permainan Malaysia menamatkan perjuangan Myanmar dengan gol ketika hasil jaringan dari Zaquan Adha lagi selepas clearence pemain Myanmar tertampan Zaquan.

Malaysia ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan A dibelakang Vietnam yang berjaya menewaskan Kemboja 3-0 diperlawanan terakhir.

FT Malaysia vs Myanmar
Norshahrul Idlan Talaha 26′
Zaquan Adha (pen) 45′ 88′

Starting XI Malaysia vs Myanmar

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

MYANMAR: 1. Kyaw Zin Htet (GK) (C), 5. Nanda Kyaw, 6. Hlaing Bo Bo, 8. Maung Maung Soe, 10. Aung Thu, 11. Maung Maung Lwin, 15. Soe Moe Kyaw, 16. Sithu Aung, 24. Win Moe Kyaw, 26. Lwin Moe Aung, 32. Zaw Min Tun.

Subs: 3. Thein Than Win, 4. David Htan, 7. Ye Ko Oo, 9. Zin Min Tun, 13. Ye Yint Aung, 14. Yan Naing Oo, 18. Phone Thit Sar Min (GK), 19. Htet Phyo Wai, 20. Than Htet Aung, 21. Aee Soe, 25. Sann Satt Naing (GK), 27. Pyae Phyo Zaw.

Piala AFF Suzuki 2018 Separuh Akhir 1 : Malaysia 0-0 Thailand

Laluan pasukan Malaysia ke separuh kejohanan paling agung di Asia Tenggara, Piala AFF 2018 agak goyah dan tidak meyakinkan namun akhirnya mara jua untuk bertemu Thailand, selangkah lagi ke final.

Malaysia mara selaku naib juara kumpulan A mengiringi Vietnam selaku juara dan bertemu Thailand di separuh akhir yang merupakan juara kumpulan B.

Pasukan naib juara akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan separuh akhir pertama.

Malaysia bermula garang dan menguasai perlawanan buat 5 minit pertama dengan percubaan yang tak sudah.

Pada minit ke-5 perlawanan dihentikan seketika selepas Farizal Marlias berlaga dengan pemain Thailand.

Deretan percubaan demi percubaan dari barisan pemain Malaysia hingga tamat separuh masa namun tiada jaringan. Hanya 3 percubaan Thailand tetapi sangat mencemaskan.

Bersambung separuh masa kedua Malaysia terus menguasai perlawanan dan Thailand hanya bertahan dan sesekali menyerang.

Tiada jaringan hingga tamat perlawanan dan tugas sukar menanti di separuh alhir kedua bermain di Thailand.

Starting XI Malaysia vs Thailand

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

THAILAND: 1. Chatchai Budprom (GK), 4. Chalermpong Kerdkaew (C), 5. Mika Chunuonsee, 6. Pansa Hemviboon, 8. Thitipan Puangchan, 9. Adisak Kraisorn, 14. Nurul Sriyankem, 17. Tanaboon Kesarat, 22. Supachai Jaided, 24. Korrakot Wiriyaudomsiri, 29. Sanrawat Dechmitr.

Subs: 2. Chananan Pombuppha, 7. Sumanya Purisai, 11. Mongkol Tossakrai, 13. Philip Roller, 15. Suphan Thongsong, 16. Sasalak Haiprakhon, 19. Kevin Deeromram, 21. Pokklaw Anan, 23. Siwarak Tedsungnoen (GK), 25. Pakorn Prempak, 31. Saranon Anuin (GK).

Piala AFF Suzuki 2018 Separuh Akhir 2 : Thailand 2-2 Malaysia*

Perlawanan separuh akhir kedua menemukan Thailand dan Malaysia berlangsung dengan penuh dramatik selepas seri pada pertemuan pertama.

Dua kali ketinggalan dua kali Harimau Malaya bangkit dengan dua gol yang cukup cantik padu dan sedap.

Thailand seperti dijangka akan bermain secara menyerang bagi mencari gol awal dan menekan Malaysia apabila bermain di tempat sendiri di Stadium Rajamangala, Bangkok

Pasukan Gajah Putih itu terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-21 hasil jaringan Thitipan Puangchan.

Harimau Malaya tidak perlu menunggu lama apabila 7 minit kemudian pemain pertahanan Syahmi Safari menyamakan kedudukan.

Syahmi Safari merembat kencang menewaskan penjaga gol Thailand dan bola masuk penjuru gawang lalu terkulai layu.

Selepas gol penyamaan Thailand terus mengasak namun tiada tambahan jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Malaysia juga mengasak mencari gol pendahuluan namun seperti biasa tiada sentuhan penyudah seperti separuh akhir pertama.

Berpunca dari sepakan percuma Thailand mendapat gol kedua pada minit ke-63 dalam situasi kelam kabut di depan gol Malaysia Pansa Hemviboon menyundul masuk untuk Thailand kembali mendahului.

Pada minit ke-71 Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo hadir untuk menyamakan kedudukan sekali lagi dengan jaringan cukup padu.

Matyo mendapat bola mengawal dengan baik lalu berpusing melepaskan rembatan menuju ke arah penjuru gol Syahmi Safari.

Thailand terus menekan mencari gol kemenangan namun tiada jaringan tambahan hingga tamat 90 minit masa sebenar.

Memasuki 5 minit masa tambahan Malaysia bertahan dengan baik. Hinggalah perlawanaan berbaki 2 minit dalam perebutan bola tinggi Syahmi Safari menggunakan tangan.

Penalti buat Thailand, Syahmi mendapat kad kuning kedua lalu dilayangkan kad merah.

Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan apabila sepakannya melambung melepasi palang.

Pengadil meniup wisel penamat tanda kemenangan buat Malaysia dengan kelebihan gol tempat lawan.

Malaysia ke final! Tahniah Harimau Malaya!

Starting XI Thailand vs Malaysia

THAILAND: 1. Chatchai Budprom (GK), 4. Chalermpong Kerdkaew (C), 6. Pansa Hemviboon, 8. Thitipan Puangchan, 9. Adisak Kraisorn, 11. Mongkol Tossakrai, 13. Philip Roller, 17. Tanaboon Kesarat, 22. Supachai Jaided, 24. Korrakot Wiriyaudomsiri, 29. Sanrawat Dechmitr.

Subs: 2. Chananan Pombuppha, 5. Mika Chunuonsee, 7. Sumanya Purisai, 14. Nurul Sriyankem, 15. Suphan Thongsong, 16. Sasalak Haiprakhon, 19. Kevin Deeromram, 21. Pokklaw Anan, 23. Siwarak Tedsungnoen (GK), 25. Pakorn Prempak, 31. Saranon Anuin (GK).

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 21. Nazirul Naim Che Hashim; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 6. Syazwan Andik Ishak, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

Piala AFF Suzuki 2018 Final 1 : Malaysia 2-2 Vietnam

Hari dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu telah tiba, isu tiket yang senantiasa wujud tatkala perlawanan akhir menjelma akhirnya sejuk bersama hujan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan bersatu paru kembali demi Malaysia.

Label melabel kencang antara penyokong yang tidak dapat tiket dan mereka yang berjaya. Bagi mereka merekalah penyokong yang paling ‘true’. Yang tersenyum puas adalah ulat yang mengaut keuntungan kerana mereka menggunakan sepenuhnya konsep penawaran dan permintaan.

Memasuki Stadium pada jam 5 petang kelihatan teres satu dan dua sudah hampir penuh dan demi mencari tempat yang sedap dan penuh privasi maka teres ketiga dan paling hujung menjadi pilihan.

Jam 6 lompong-lompong kerusi kosong sudah agak sukar kelihatan dan masih ramai yang baru sampai. Jam 6.41 gendang Ultras Malaya mula dipalu dan lagu sehati sejiwa dialunkan.

Selepas 10 minit Ultras Malaya menghentikan nyanyian mereka dan mereka yang hadir mula memenuhi ruang tangga dan bertanya kerusi yang kosong sudah berpunya atau tidak lantaran ditinggalkan bagi menunaikan kewajiban dengan Tuhan.

Tepat 7.41 petang Ultras Malaya kembali berkonsert dengan lagu Sehati Sejiwa dan lagu baru nukilan Capo Lekir yang berbunyi Lalalala. Aku lupa tajuk

Kemudian jam 8 pasukan Harimau Malaya mula memasuki padang untuk sesi pemanas badan dan sempat menendang 30 biji bola sebagai hadiah kepada hadirin.

Usai menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing, pengadil meniup wisel menandakan bermulanya perlawanan akhir pertama.

Pada awal permainan Vietnam berjaya mendapat sepakan penjuru namun tidak berhasil. Malaysia dan Vietnam bermain dengan berhati-hati.

Harimau Malaya lebih garang menyerang dan menekan dan Vietnam bermain secara bertahan dan menunggu untuk melancarkan serangan balas.

Berpunca kehilangan bola di tengah padang dari Safawi Rasid, Vietnam melancarkan serangan balas pantas dan berhasil mendapat jaringan pertama yang sungguh mudah akibat kebaraian pertahanan.

Tidak lama berselang Vietnam berjaya menggandakan kedudukan selepas rembatan jarak jauh Pham Duc Huy hanya mampu dilihat oleh pemain Malaysia. Tiada apa mampu dilakukan Farizal Marlias. Sekali lagi pertahanan barai.

Penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil terus memberi sokongan dan Ultras Malaya meniup semangat dan sokongan dengan lagu Barisan Kita.

Akhirnya Shahrul Saat berjaya merapatkan kedudukan hasil sundulan berpunca dari sepakan percuma.

Kedudukan memihak kepada Vietnam dengan 2 gol berbalas satu pada separuh masa pertama.

Bersambung 15 minit separuh masa Safawi Rasid menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma selepas beliau dijatuhkan. Cantik sepakan percuma Safawi menerjah jaring menewaskan penjaga gol Vietnam.

Disaksikan 88,482 penyikong yang hadir Malaysia bangkit mengikat selepas ketinggalan dua gol satu semangat perjuangan harmoni.

Tiada tambahan gol dari kedua-dua pasukab hingga tamat perlawanan. Vietnam berkelebihan dua gol tempat lawan untuk perlawanan akhir kedua.

Malas nak tulis panjang-panjang nanti kekuar caci maki pulak.

Starting XI MALAYSIA vs VIETNAM

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 2. Amirul Azhan Aznan, 17. Irfan Zakaria, 3. Shahrul Saad, 21. Nazirul Naim Che Hashim; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 5. Adam Nor Azlin, 6. Syazwan Andik Ishak, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK). N/A: 4. Syahmi Safari.

VIETNAM: 23. Dang Van Lam (GK), 3. Que Ngoc Hai (C), 5. Doan Van Hau, 8. Nguyen Trong Hoang, 13. Ha Duc Chinh, 15. Pham Duc Huy, 19. Nguyen Quang Hai, 20. Phan Van Duc, 21. Tran Dinh Trong, 28. Do Duy Manh, 29. Nguyen Huy Hung.

Subs: 1. Bui Tien Dung (GK), 4. Bui Tien Dung, 6. Luong Xuan Truong, 9. Nguyen Van Toan, 10. Nguyen Van Quyet, 11. Nguyen Anh Duc, 12. Nguyen Phong Hong Duy, 14. Nguyen Cong Phuong, 16. Do Hung Dung, 17. Luc Xuan Hung, 22. Nguyen Tien Linh, 26. Nguyen Tuan Manh (GK).

Piala AFF Suzuki 2018 Final 2 : Vietnam 1-0 Malaysia

Perlawanan akhir kedua akhirnya bermula untuk mencari siapa Juara Piala AFF Suzuki 2018 dan pemegang takhta juara Asia Tenggara.

Vietnam bermula baik apabila mendahului seawal minit ke-6 melalui ayam tambatan mereka Ngunyen Anh Duc selepas menerima hantaran dari Ngunyen Quang Hai.

Ulang siar jelas menampakkan Nguyen Quang Hai berada dalam posisi offside ketika menerima bola dan menghantar kepada Ngunyen Anh Duc.

Persetankan ini semua kerana pengadil telah mengesahkan jaringan tersebut.

Ketinggalan satu gol dan dengan kelebih dua jaringan tempat lawan, tiada pilihan buat Harimau Malaya selain mencatatkan kemenangan.

Mohamadou Sumareh kemudian membuat percubaan cantik melalui satu backheel selepas rembatan Safawi Rasid tidak mengena namun sayang bola tidak menemui gawang.

Syahmi Safari hampir menjaringkan satu lagi ‘wonder goal’ apabila rembatannya mencari sudut sukar berjaya di tepis penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam.

Malaysia terus mengasak hingga tamat separuh masa pertama namun tiada jaringan dengan Vietnam kental bertahan di kubu sendiri.

Pada minit ke-50 Dang Van Lam sekali lagi perlu bekerja keras menyelamatkan percubaan Mo Sumareh.

Tiada apa yang mampu dilakukan Malaysia hingga minit terakhir apabila Vietnam kental dan berdisiplin bertahan hingga wisel penamat.

Vietnam membuktikan kenapa mereka layak bergelar juara namun Harimau Malaya tetap juara di hati kami rakyat Malaysia.

Terima kasih kepada Tan Cheng Hoe dan pasukan Harimau Malaya di atas segala keterujaan dan keghairahan yang diberikan selama hampir sebulan.

Tiada siapa menjangkan Malaysia akan mara ke final dan bertambah baik selepas perlawanan demi perlawanan.

Tahniah Harimau Malaya! Tahniah Vietnam. Lawa-lawa awek Vietnam.

Starting XI Vietnam VS Malaysia

VIETNAM: 23. Dang Van Lam (GK), 3. Que Ngoc Hai (C), 5. Doan Van Hau, 8. Nguyen Trong Hoang, 11. Nguyen Anh Duc, 16. Do Hung Dung, 19. Nguyen Quang Hai, 20. Phan Van Duc, 21. Tran Dinh Trong, 28. Do Duy Manh, 29. Nguyen Huy Hung.

Subs: 1. Bui Tien Dung (GK), 4. Bui Tien Dung, 6. Luong Xuan Truong, 9. Nguyen Van Toan, 10. Nguyen Van Quyet, 12. Nguyen Phong Hong Duy, 13. Ha Duc Chinh, 14. Nguyen Cong Phuong, 15. Pham Duc Huy, 17. Luc Xuan Hung, 22. Nguyen Tien Linh, 26. Nguyen Tuan Manh (GK).

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Subs: 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan
Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

BACA:  Gol Lencong Luar Biasa Kogi Letakkan Malaysia Di Hadapan Namun Indonesia Comeback