Imbas Kembali Perjalanan Malaysian Tigers Layak ke Perlawanan Akhir Piala Asia

Pasukan hoki negara, Malaysian Tigers, terus menerus memberikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia umumnya dan peminat sukan hoki khasnya. Terbaru, pasukan Malaysia telah menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Asia selepas membelasah Jepun yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, lima gol tanpa balas di Jakarta.

Pasukan kendalian Arul Selvaraj tersebut membuka tirai jaringan pada minit ke-15 hasil gol padang daripada Shello Silverius, yang melibas kencang bola muntah yang terhasil daripada kesilapan pemain Jepun.

Kecemerlangan Malaysia diteruskan pada minit ke-30 apabila Aiman Rozemi yang begitu tenang melakukan tampanan mengelirukan pemain lawan, selepas bola dipukul laju dari luar kotak D Jepun oleh Marhan Jalil.

Lima minit kemudian, giliran Muhammad Razie Abd Rahim pula menambah keyakinan buat pasukan Malaysia selepas melakukan kuisan kencang ke sebelah kiri penjaga gol Jepun apabila menerima bola daripada pukulan sudut penalti.

Tidak lama kemudian, giliran Syafiq Hassan pula menjaringkan gol buat pasukan Malaysia apabila melakukan nutmeg versi hoki tatkala penjaga gol Jepun meluru ke arahnya.

Pada minit ke-42, Ashran Hamsani melengkapkan hari gemilang buat hoki Malaysia apabila menjaringkan gol kelima, sekaligus membawa Malaysia ke perlawanan akhir Piala Asia, sambil menantikan keputusan perlawanan antara India atau Korea Selatan selaku lawan mereka nanti.

Kapten Malaysia, Marhan Jalil memuji persembahan rakan sepasukannya dan mengatakan bahawa semua pemain telah memberikan persembahan terbaik, serta memberikan fokus yang tinggi untuk mengelakkan Jepun menjaringkan gol.

“Persediaan untuk perlawanan akhir telah bermula dengan perlawanan hari ini. Esok kita akan beri yang terbaik untuk menang,” katanya.
Arul Selvaraj pula memuji semua pemain ke atas kejayaan untuk menundukkan Jepun, yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018.

“Persiapan untuk setiap perlawanan dilakukan setiap pemain, saya hanya berikan panduan. Saya percaya kalau kita memperkasakan mereka, mereka akan menjadi lebih kuat,” katanya.

Ketua jurulatih, Arul Selvaraj, dengan begitu rendah diri menyatakan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil usaha keras pemainnya sendiri.

“Persiapan untuk setiap perlawanan dilakukan setiap pemain, saya hanya berikan panduan. Saya percaya kalau kita memperkasakan mereka, mereka akan menjadi lebih kuat,” katanya.

Imbas Kembali Perlawanan Super 4

Malaysia mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan Super 4 sebelum ini di mana mereka terikat 3-3 ketika menentang pasukan India, serta 2-2 ketika menentang Korea.

Malaysia vs Korea Selatan

Dalam perlawanan pertama Super 4, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan. Seawal minit keempat, Malaysia dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pertama dan peluang ini disempurnakan oleh pakar fliker Malaysia, Razie Rahim.

Korea Selatan bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-12 selepas Lee Nam Yong menyudahkan pukulan sudut penalti. Pada minit ke-21, Korea Selatan

Memasuki suku kedua, kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan ke kubu lawan masing-masing namun serangan yang dilakukan oleh Korea Selatan menghasilkan gol pada minti ke-21 untuk Korea Selatan mendahului 2-1.

Jaringan tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat anak-anak buah A. Arulselvaraj untuk kembali bangkit menyamakan kedudukan termasuk menerusi percubaan Marhan Jalil, namun percubaan daripada kapten Malaysia ini diselamatkan oleh penjaga gol Korea Selatan.

Gol yang dinantikan pasukan negara tiba pada minit ke-40 apabila situasi kelam kabut di dalam kawasan gol Korea Selatan berjaya dimanfaatkan oleh Ashran Hamsani yang bijak untuk menyudahkan bola hantaran Faizal Saari walaupun berada di dalam keadaan sudut yang sempit.

Malaysia vs India

Menentang India, Malaysia terlebih dahulu mendahului pasukan lawan dua gol tanpa balas pada awal permainan.

Razie Rahim membuka jaringan buat Malaysia selepas memukul kencang bola pukulan sudut penalti. Razie sekali lagi menjaringkan gol buat Malaysia sekaligus membuktikan bahawa dia adalah fliker terbaik, apabila kuisannya menggegar gol India buat kali kedua.

Mungkin sedikit selesa dengan kedudukan semasa, India berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-32 dan Vishnukant Singh berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia.

India menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi gerakan padang Sowmarpet Vitalacharya Sunil yang berada di sebelah kiri pintu gol negara sebelum mereka berada di hadapan pada minit ke-55 apabila kelebihan pukulan sudut penalti disudahkan oleh Nilam Sanjeep Xess.

Ketinggalan 2-3 langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buah A. Arulselvaraj yang bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-56 selepas dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti. Razie Rahim sekali lagi muncul selaku watak penting yang menyelamatkan negara apabila menyempurnakan kelebihan tersebut sekaligus mencipta nama sebagai penjaring hatrik.

Baca Juga

Baca Juga