Impak jika Mourinho menguruskan Manchester United

Jose Mourinho dilihat semakin hampir untuk menggantikan Louis Van Gaal untuk menjadi pengurus MU walaupun LVG telah membawa pulang Piala FA ke Old Trafford, piala pertama dalam era pasca-Ferguson. Corak permainan LVG yang membosankan dan kegagalan mereka menyaingi pendahulu liga dari pertengahan musim dikatakan punca pembesar Old Trafford sudah berpatah arang dengan LVG.

Lebih teruk lagi, Mourinho dikatakan telah menadatangi perjanjian pra-kontrak dengan MU pada bulan Januari 2016!

Jika Mourinho benar-benar menjadi pengurus MU, berikut adalah antara beberapa kemungkinan yang akan berlaku :

1. Media akan fokus bercerita tentang kisah permusuhan Mourinho-Guardiola sepanjang pra-musim dan orang ramai akan lupakan pengurus yang kelakar dari Leicester, Claudio Ranieri.

2. Ryan Giggs akan meninggalkan MU, kerana hasratnya adalah untuk menjadi pengurus, bukan pembantu.

3. Zlatan Ibrahimovic mungkin akan menyertai pasukan Mourinho dengan menjadi pemain dan jurulatih. Egonya yang tinggi menjadikannya setaraf dengan lagenda MU, Eric Cantona.

4. Corak permainan MU akan berubah dari possession dan possession football di bawah LVG kepada quick counter gaya Mourinho.

5. Pemain pertahanan tengah, Daley Blind mungkin tidak akan mendapat tempat kerana counter attack bukanlah sesuai dengan gaya permainannya.

6. Juan Mata akan gugur dari senarai pemain MU. Ingat kisahnya di Chelsea?

7. Pemain muda tidak akan mendapat tempat, memandangkan rekod Mourinho yang suka berbelanja membeli established players. Jadi Rashford, Lingard dan Cameron-Borthwick mungkin akan dipinjamkan ke pasukan lain dan seterusnya akan meninggalkan Old Trafford.

8. Engkorang senaraikan sendiri la yang lain-lain lagi tu.

Baca Juga

Baca Juga