Juventus telah melaburkan wang yang besar berjumlah £99.3 juta untuk pemain yang sudah berusia 33 tahun, satu unur yang sudah memasuki waktu senja bagi seorang pemain dan sudah melepasi waktu puncak serta berada diperungkat penurunan prestasi.
Namun itulah harga bagi pemain yang dinamakan Cristiano Ronaldo oleh ibu bapanya, kehebatan di padang masih melayakkan beliau diletakkan harga sedemikian rupa.
Impak Ronaldo diluar padang sangat besar dan menakjubkan yang berbentuk universal dan global. Penampilan dan mempunyai nilai pemasaran yang tinggi pada diri Ronaldo menjadikan dirinya begitu berharga.
Dalam tempoh sebulan selepas Ronaldo menyertai The Old Lady pasukan perempuan tua ini mula mempunyai penambahan pengikut yang menggila dan tidak masuk angkanya di media sosial pasukan Juventus.
Results FC telah mengumpul data yang komprehensif berkaitan impak yang dibawa Cristiano Ronaldo di saluran media sosial The Bianconeri seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube berdasarkan impressions(kesan) dan engagements(pertunangan la kot).
Sebuoan selepas Ronaldo meletakkan pena sebagai tanda ikatan pertumbuhan ke atas media sosial media Juventus sangat gila. Pertambahan sebanyak 344,281 pengikut di Twitter, 1,710,939 tambahan like di muka surat Facebook dan kenaikan sehingga 3,530,405 pengikut di Instagram.
Peningkatan jumlah tontonan video hampir 37 juta di YouTube juga sangat gila. Jumlah 279, 682,100 impressions serta gabungan reach serta engagement di Facebook sangat memecahkan kepala dan berdarah hidung.
Gila bukan? Aku buat satu hantaran dapat 10 like pun dah suka kalau dapat pengikut walaupun sorang dah kembang kempis hidung apatah lagi juta-juta.
Inilah yang Juventus perolehi dari Ronaldo dalam tempoh yang singkat tanpa perlu membeli like dan Followeracam kau selalu buat. Ini semua kerana jenama dan imej yang ada pada CR7 seperti para admin The Sukan.
Sejak mengumumkan ketibaan Ronaldo di Turin, hantaran(post) Ronaldo yang berbunyi(jika dibaca kuat-kuat)’Forza Juve’ di laman Instagramnya menjadi hantaran yang kelima paling banyak menerima like dalam sejarah aplikasi Instagram.
Dalam tempoh dua hari, hantaran itu telah mengumpul 11.4 juta like dan kini trlah mencecah lebih 12 juta. Ronaldo juga berada di tangga ke-4 apabila hantaran mengenai kelahiran anak perempuannya, Alana Martina menerima 11.5 juta like.
Kini Juventus menjadi tumpuan dunia internet dan perlawanan Serie A pasti menjadi tumpuan dan ikutan peminat. Rahun lepas letak highlight Juventus walaupun menang 7-0 tiada siapa peduli. Tahun ini tidak lagi.
@cristiano https://t.co/88xFtX3Xw4 #CR7Juve pic.twitter.com/nnG0N4074U
— JuventusFC (@juventusfc) July 10, 2018
Secara kasarnya inilah impak dan penambahan pengikut Juventus di media sosial mengikut medium yang wujud.
Twitter: + 350,000
YouTube: + 500,000
Facebook: + 1,700,000
Instagram: + 3,500,000