Impian Usain Bolt Akhirnya Terlaksana, Bakal Beraksi Di Old Trafford

Pemegang rekod dunia 100 meter, Usain Bolt akhirnya mendedahkan pasukan bolasepak yang bakal disertainya selepas mengumumkan beliau akan bermain dalam perlawanan amal anjuran Soccer Aid 2018 di Old Trafford.

Pelari pecut ini merupakan penyokong fanatik Manchester United dan bakal memenuhi impiannya untuk beraksi di Theatre of Dreams.

Usain Bolt dengan pingat olimpiknya dihadapan ribuan peminat Manchester United

Beliau akan mengetuai pasukan yang dikenali sebagai ‘Rest of the World’ untuk bertemu pasukan England yang bakal diterajui oleh penyanyi tersohor, Robbie Williams.

Bolt akan beraksi di hadapan puluhan ribu peminat bolasepak pada 10 Jun, ketika pemain ternama dunia sedang melakukan persiapan untuk menghadapi Piala Dunia 2018 di Russia.

Soccer Aid merupakan acara amal anjuran UNICEF United Kingdom dan telah berjaya mengutip lebih £20 juta dari perlawanan amal bolasepak untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Kapten Pasukan Dunia menentang penjajah British. Besar sungguh tanggungjawab beliau

Perlawanan amal anjuran Soccer Aid juga pernah menarik penyertaan pemain ternama dunia seperti Diego Maradona, Zinedine Zidane, dan Peter Shemeichel. Selain nama besar bolasepak, selebriti terkenal juga turut terlibat dalam menjayakan acara ini seperti Will Ferrell, Woody Harrelson dan James McAvoy.

Bolt ketika bercakap kepada laman web rasmi Manchester United berkata impian beliau adalah untuk bergelar pemain bolasepak profesional dan tidak sabar untuk beraksi di gelanggang keramat Old Trafford.

“Adalah menjadi impian saya untuk bermain bolasepak secara profesional. Ia bakal menjadi pengalaman yang sangat menakjubkan diberi peluang bermain di Old Trafford untuk berhadapan dengan legenda-legenda bolasepak.”

“Saya teruja untuk bersaing dihadapan penyokong yang ramai. Jadi Robbie dan pasukan England beliau perlu bersedia kerana saya tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada mereka !”

“Saya turut mempunyai gaya istimewa untuk meraikan gol andainya saya berjaya menjaringkan gol.”

“Pasukan saya tidak akan kalah – Dan Soccer Aid Unicef mengharapkan sokongan anda semua untuk menghulurkan pertolongan kepada ribuan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia. Datang dan sertai keseronokan ini !”

Perlawanan amal bolasepak anjuran Unicef telah bermula sejak tahun 2006. Pasukan England berjaya memenangi edisi 2016 dengan jaringan 3-2, dengan selebriti Mark Wright menjaringkan satu gol dan dua gol lagi dijaringkan oleh penyerang Bournemouth, Jermain Defoe.

Kecederaan Hamstring Ranapkan Impian Bolt Beraksi Bersama Manchester United

Sebelum ini kecederaan hamstring Usain Bolt yang menyaksikan beliau terjatuh semasa acara 4x100m bukan sahaja menjadi igauan ngeri kepada penutup kerjayanya yang gemilang tetapi meranapkan impian Bolt untuk beraksi bersama Manchester United.

Harapan Bolt untuk bermain bersama Manchester United dalam perlawanan amal menentang Barcelona pada 2 September 2017 hancur kerana kecederaan yang dialami mengambil masa 3 bulan untuk pulih.

Sakitnya Tuh di Sini! | Foto : AP

Bolt telah dijadualkan untuk bermain bersama lagenda Manchester United seperti Andy Cole, Edwin van der Sar, Paul Scholes, Jesper Blomqvist, Denis Irwin, Ronny Johnsen, Dwight Yorke, Wes Brown dan Phil Neville di Old Trafford.

Bukan rahsia lagi bahawa Bolt sangat meminati Manchester United malah menyayangi kelab Setan Merah. Bolt selalu dilihar berkeliaran di Old Trafford sejak lawatan pertamanya pada tahun 2009.

Pada bulan Disember tahun lalu Bolt telah membuat panggilan telefon ke rancangan MUFC semata-mata untuk memuji kehebatan Mourinho dan pemain kerana United melakukan kebangkitan untuk menewaskan Middlesbrough 2-1.

Tetapi Bolt hanya terus mampu menjadi penonton ketika United menentang Barca untuk mengumpul wang kebajikan.

Untuk rekod, Manchester United Foundation telah berjaya mengutip dana sebanyak £1.8 juta dari dua perlawanan Lagenda ketika menentang Bayern Munich dan Real Madrid.

Bolt Kecewa Dituduh Berpura-Pura Cedera

Usain Bolt kecewa dengan tuduhan peminat yang mengatakan bahawa beliau berpura-pura cedera di Kejohanan Olahraga Dunia yang menyaksikan Bolt tewas kepada Gatlin dan tersungkur di acara 4×100 meter.

Foto : AP

Berang dengan tuduhan itu, Bolt telah memuat naik gambar imbasan kecederaannya di Twitter tetapi kemudian memadam gambar itu bersama kata-kata berikut :

“Sadly I have Tear of the proximal myotendineous junction of biceps femoris in my left hamstring with partial retraction. 3 months rehab.”

Imbasan Perubatan Kecederaan Bolt.

Bolt kemudian menambah :

“Biasanya aku tidak akan berkongsi laporan perubatan aku secara terbuka, tetapi amat menyedihkan apabila aku dituduh berpura-pura mengalami kecederaan.”

Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri | Foto AFP/Getty

“Aku tidak pernah menipu peminat dalam apa situasi dan keinginan aku di kejohanan itu adalah untuk melakukan larian terbaik untuk kali terakhir buat peminat aku”

Tuduhan itu timbul selepas Bolt dilihat berfoya-foya dan berparti selama tiga malam di Ibu Kota British.

BACA:  Manchester United Terciduk Lagi Dan Laluan Ke Champions League Makin Sukar