Kedua-dua pasukan India dan Thailand yakin mampu meraih tiga mata apabila mereka bertemu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A AFC Piala Asia 2019 di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi, Ahad ini.
Kedua-dua pasukan kembali membuat penampilan di pusingan akhir Piala Asia selepas kali terakhir dilakukan India pada 2011 dan Thailand pada 2007.
Diundi dalam kumpulan yang turut melibatkan pasukan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain. Pasukan yang mencatat kemenangkan dalam perlawanan ini akan menigkatkan moral pasukan untuk mara ke pusingan ke-2.
“Kami sedar bakal menghadapi perlawanan yang sukar, Thailand adalah pasukan yang sangat baik,” kata pengendali India Stephen Constantine.
“Bagaimanapun kami sudah bersedia dengan baik untuk menghadapi Thailand dan pada hari Ahad, saya tidak fikir kami berada dalam tekanan. Apa yang kami ada ialah tekanan untuk menang, yang mana setiap kali kami mahu menang untuk India. ”
Constantine telah menjadi ketua jurulatih India selama empat tahun, dan akan membawa skuad ke-2 termuda diantara 23 pasukan lain pada kejohanan kali ini.
Sejak kembali sebagai ketua jurulatih buat kali kedua, India telah bertambah baik dan menikmati perjalanan yang agak lancar untuk layak ke Piala Asia AFC 2019.
Walaupun menduduki tangga tercorot ketika pusingan pertama Piala Dunia/Asia, India berjaya menewaskan Laos 2 kali 1-0 dan 6-1 untuk layak ke pusingan kelayakan akhir.
Dalam pusingan kelayakan akhir, India menjuarai kumpulan A mengatasi Kygyztan, Myanmar dam Macau untuk layak ke UAE.
“Apa yang telah berubah dalam empat tahun adalah mentaliti kita, jika sebelum ini kita hanya tidak mahu tewas dengan jaringan yang besar. Sekarang ia adalah untuk menang. Kerja keras dan semangat berpasukan menjadi sebab kenapa kita berada disini.”
“Kami sangat bermotivasi. Bermain untuk negara sentiasa istimewa, kami telah bekerja keras untuk berada di sini dan kami adalah pasukan yang sukar untuk pasukan lawan,” kata penjaga gol Gurpreet Singh Sandhu.
“Apa yang kami lakukan selama empat tahun adalah kerja keras, seperti yang dikatakan oleh jurulatih, dan kami memberikan segala-galanya apabila kami melangkah ke padang.”
Sumber: AFC