India Tewaskan Indonesia Untuk Julang Piala Thomas Sulung

Juara bertahan Piala Thomas Indonesia dikejutkan India dalam aksi final edisi 2022.

Ianya dianggap kisah dongeng menjadi nyata oleh media di India. Tiada siapa yang menyangka negara yang dianggap bukan kuasa besar dalam badminton itu meningkat mendadak dalam beberapa tahun ini dan kemudian menjadi juara Piala Thomas.

India memang ada ramai pemain berbakat, dalam sejarah mereka, namun untuk membentuk satu pasukanย  yang berupaya memenangi Piala Thomas ianya tak pernah kita semua fikirkan.

Hari ini Indian mencipta sejarah memenangi Piala Thomas sulung โ€“ yang pertama dalam sejarah negara mereka.

Perlawanan pada mulanya kelihatan seperti medan mudah untuk Indonesia apabila Anthony Ginting mendominasi perlawanan set pertama.

Anthony hampir tidak memberi peluang kepada Lakhsya Sen untuk bernafas apabila dia memenangi 12 mata berturut-turut untuk mengutip mata permainan daripada 8-7.

Bagaimanapun, Sen bangkit pada perlawanan untuk set kedua. Dia kelihatan seperti pemain yang berbeza apabila dia dapat menjawab pukulan daripada Anthony.

Sen malah mendahului 9-5.

Dalam rali 46 pukulan, Seen membuatkan Anthony jadi keliru apa sebenarnya berlaku. Dia ternyata menentang โ€˜pemain yang berbezaโ€™.

Sen menewaskan Anthony dengan skor 21-17 pada set kedua.

Pada set penentuan Lakhsya Sen berjaya mengejutkan Anthony Ginting dengan kemenangan bergaya.

Indonesia kemudian tampil dengan beregu Mohammad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo untuk bertemu Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty.

Kali pertama dia muncul dalam final kejuaraan pasukan, Kevin ternyata garang.

Bersama Ahsan, Kevin cukup dominan. Namun mereka mulai kelihatan goyah pada akhir set pertama. Itu menjadi penaik semangat buat pasangan beregu India yang merasakan bahawa beregu Indonesia itu bukanlah tidak terkalahkan.

Pada set kedua, pasangan Indonesia itu melakukan banyak kesilapan individu. Dan akhirnya pasangan India memastikan satu lagi aksi ke rubber game.

Dalam pusingan penentuan, Shetty/Rakireddy mendapat momentum luar biasa. Sehingga satu ketika Ahsan/Kevin terpaksa melengahkan permainan untuk mengganggu tempo lawan mereka dan menerima kad amaran.

Dan akhirnya Chirag Shetty dan Satwiksairaj Rankireddy, meraikan kemenangan mereka ke atas Mohammad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo untuk menjadikan kedudukan keseluruhan 2-0 memihak India.

Indonesia harus bangkit dalam perlawanan seterusnya melibatkan Jonathan Christie yang trurun menentang bintang India, Kidambi Srikanth.

Jonathan Christie tidak menyangka dia akan beraksi dalam tekanan yang luar biasa. Kerana rakan rakannya tumpas dalam pusingan pertama dan kedua.

Jelas sekali dia tidak mampu menyerap tekanan ratusan juta rakyat Indonesia di bahunya. Dia beberapa kali menunjukkan aksi gugup. Buktinya Christie beberapa kaliย ketinggalan dengan mata yang jauh.

Dia sempat mengikat Kidambi 15-15 daripada kedudukan ketinggalan 9-13.

Bagaimanapun, Kidambi yang tidak tewas sepanjang acara Piala Thomas 2022 berjaya mengatasi Jonathan.

Begitupun dalam permainan set kedua, di mana Jonathan kelihatan tercari cari sentuhannya dan berjaya di hadapan pada kedudukan 20-19.

Kidambi, yang lebih kepada gemuruh kerana mengetahui dia sedang berada di kedudukan untuk mencipta sejarah buat negaranya. Dia kembali ditenangkan jurulatihnya.

Selepas dia kembali tenang, Kidambi membuatkan Jonathan kehilangan arah sekali lagi.

Kidambi yang dikenali dengan gaya agresif benar benar bermain mengikut rentaknya. Pukulan pukulan deras Kidambi membuatkan Indonesia tewas 3-0.

India berjaya menewaskan juara paling banyak Piala Thomas iaitu Indonesia.

Tiada lagi yang lebih baik daripada itu bukan? Untuk meraikan kejuaraan sulung?

India kini anggota baru yang menyertai big six dalam badminton sebagai negara yang pernah memenangi Piala Thomas.

Keputusan:

1. MS1: Anthony Sinisuka Ginting lwn Lakshya Sen 21-8, 17-21, 16-21 (INA 0 IND 1)

2. MD1: Mohammad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo lwn Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty 21-18, 21-23, 19-21(INA 0 IND 2)

3. MS2: Jonathan Christie lwn Kidambi Srikanth 15-21, 21-23 (INA 0 IND 3)

4. MD2: Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto lwn M. R. Arjun/Dhruv Kapila -tak bermain

5. MS3: Shesar Hiren Rhustavito lwn Prannoy H.S. โ€“ tak bermain

Artikel asal: Axello.net dikelepet tanpa pengetahuan

BACA:ย  RTM Rakam Detik David Beckham Jatuh Terciduk Di Trek Lumba Sukan Asia Ketika Cuba Timang Basikal