Indonesia Menang Emas Pertama Di Paris 2024 Menerusi Veddriq Leonardo

Atlet panjat tembok batu Indonesia, Veddriq Leonardo, meraih pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara lelaki bagi kategori speed atau kelajuan selepas menumpaskan pendaki nombor dua dunia dari China, Wu Peng.

Veddriq Leonardo akhirnya memenangi pingat emas selepas bertarung dalam pusingan akhir acara kelajuan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.

Rekod masa pemanjat berusia 27 tahun itu sentiasa meningkat daripada suku akhir hingga ke final. Sehingga akhirnya Veddriq mampu mencatat kemenangan dramatik dengan catatan masa 4.75 saat, hanya 0.02 saat mengatasi Wu Peng, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat 4.77 saat.

Lagu kebangsaan Indonesia Raya berkumandang di bumi Paris buat pertama kali dalam Olimpik kali ini. Ia adalah emas pertama Indonesia di Sukan Olimpik 2024.

Veddriq mencapai kemenangan super dramatik ini dengan bangga, dia menjerit dengan sekuat kuat hatinya selepas memperoleh pingat emas pertama untuk Indonesia pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini juga menjadikan Veddriq pendaki pertama dalam kategori laju / speed yang mampu memenangi emas Olimpik, kerana acara speedn ini baru diperkenalkan pada edisi Sukan Olimpik ini.

Bercakap kepada wartawan selepas kejayaan itu, Veddriq Leonardo berkata: “Saya berasa benar benar hebat sekali. Ini sentiasa menjadi impian saya dari dulu, dan hari ini saya telah menjadikan impian itu sebagai satu kenyataan.

“Saya harap semua rakyat Indonesia akan berbangga dengan pingat emas ini.”

Indonesia yang sebelum ini menjadikan badminton sebagai lubuk emas mereka, tidak menyangka bahawa acara panjat tembok batu akhirnya berjaya memberikan mereka pingat emas pertama di Paris 2024.

Peserta pilihan utama dari Amerika Syarikat, Sam Watson kali ini hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga untuk pingat gangsa. Ianya dianggap satu kejutan, kerana Sam Watson dianggap pemanjat speed yang terbaik pada ketika ini. Dan dia juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara ini.

Akhirnya pemanjat dari Indonesia itu mengejutkan Sam Watson dan seluruh dunia untuk memenangi acara tersebut.

Saksikan detik kejayaan atlet dari negara jiran kita, Indonesia, Veddriq Leonardo di sini:

https://x.com/i/status/1821505171568078979

Baca Juga

Baca Juga