Indonesia Sah Ganti Bangladesh Lawan Argentina Kalendar FIFA Jun Ini

Indonesia sah akan menentang juara Piala Dunia Argentina dalam perlawanan persahabatan kalendar FIFA pada Jun ini.

Perlawanan tersebut sebenaranya adalah sebahagian daripada program jelajah juara dunia itu di Asia. Nait asal Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) adalah untuk membawa Messi dan rakan sepasukannya yang lain ke Bangladesh.

Ini adalah untuk penghargaan kepada peminat bola sepak di negara itu yang dikenali begitu ‘gilakan’ pasukan bola sepak Argentina, selain sokongan padu yang diberikan sepanjang Piala Dunia 2022 yang lalu.

Namun demikian, disebabkan pelbagai isu berkaitan hal keselamatan dan kewangan perkara itu tidak dapat direalisasikan dan AFA bersetuju untuk membawa Messi dan skuad kebangsaan Argentina ke Jakarta untuk melengkapkan kalendar FIFA pada Jun akan datang.

Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Persatuan Bola Sepak Australia (FFA) dan Persatuan Bolasepak China (CFA) adalah tiga badan bola sepak yang melakukan bidaan untuk menentang Argentina.

AFA akhirnya bersetuju untuk memilih Australia sebagai lawan pertama pada 15 Jun sebelum terbang ke Jakarta untuk menentang skuad Garuda pada 19 Jun.

Skuad Bawah-22 tahun Indonesia yang segar dengan kejuaraan pingat emas di temasya Sukan SEA baru-baru ini turut dijangka akan digabungkan dengan skuad utama Garuda untuk perlawanan tersebut.

Satu-satunya pemain yang sah tidak akan menyertai Argentina di Jakarta nanti adalah pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez akibat kecederaan.

BACA:  Heung-Min Son Mendahului Ronaldo Dalam Undian Untuk Berada Di Muka Depan FIFA 20