Indonesia Tunduk Lagi Di Kaki Malaysia Di Separuh Akhir AFSC U18 2019

Indonesia sekali lagi menjadi mangsa dan makanan Malaysia apabila tewas sekali lagi di kaki Malaysia kali ini diseparuh akhir 47th Asian Schools Football Championship(ASFC).

47th Asian Schools Football Championship(ASFC) ini merupakan kejohanan untuk pelajar riang ria sekolah seluruh Asia.

Pasukan pelajar Malaysia bawah 18 tahun mencipta kebangkitan selepas ketinggalan satu gol kepada pasukan pelajar Indonesia bawah 18 tahun.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti walaupun bermain 10 orang.

Perlawanan antara sekumpulan pelajar sekolah dua negara ini menarik perhatian penduduk Balikpapan Indonesia.

Keganasan mereka tidak dapat dibendung walaupun membabitkan pelajar sekolah apabila dengan gembiranya membaling botol sehingga beberapa kali permainan dihentikan.

Malaysia berjaya menyempurnakan semua sepakan penalti dan seorang pelajar Indonesia gagal menyempurnakan sepakan.

Kegagalan ini memberi kemenangan kepada Malaysia dan mara ke final bertemu Thailand.

Baca Juga

Baca Juga