Ini Jawapan Klopp Selepas Ditanya Siapa Menang Perlawanan Tinju Keane vs Klopp

Jurgen Klopp telah memerikan satu jawapan yang sangat mengejutkan dan sangat merendah diri apabila ditanya siapa akan menang jika satu perlawanan tinju diadakan antara beliau dan Roy Keane.

Pengurus Liverpool dari Jerman itu tanpa berfikir panjang terus dan penuh pasti menjawab sudah pasti Roy Keane yang terkenal dengan kegarangan dan aksi kental sepanjang kariernya.

Sungguh jujur jawapan daripada seorang Jurgen Klopp dan menceritakan bahawa semumur hidup beliau tidak pernah menumbuk seseorang dan jika bergaduh mulut peluang untuk beliau menang ada.

Dalam rancangan Sky Sports Q&A #AskKlopp, Jurgen Klopp telah ditanya satu soalan yang santai, Siapa akan menang jika diadakan perlawanan tinju, Jurgen Klopp atau Roy Keane?

“Saya 100 peratus pasti Roy Keane. Saya tidak pernah, tidak pernah menumbuk seseorang dalam hidup saya, setakat nak sembang kencang saya akan katakan mungkin saya mempunyai peluang.”

“Tetapi tidak, fikirkan terjahan yang dilakukan Roy dalam kerjayanya, saya tidak akan boleh jadi begitu kejam.”

Kalau mengakui setakat nak sembang atau trash talk sebelum perlawanan sebenar dalam gelanggang dia boleh lakukan dan membuatkan lawan goyah tapi setakat itu jela, masuk gelanggang memang berkicap.

“Agak bergaya bila kau berhadapan dengan lawan muka ke muka dan kepalanya pula hanya berada di paras dada dan itu detik terakhir saya akan membuatkan lawan goyang.”

“Tapi lepas tu dialah pemenang.”

Jelas disini Jurgen Klopp boleh dikatakan seorang yang tidak sukakan kekerasan apatah lagi keganasan lantaran itu tidak peliklah kenapa Klopp tidak sukakan drama bersiri Squid Game.

Jurgen Klopp telah menyatakan beliau tidak sukakan drama bersiri Squid Game di Netflix disebabkan kerana siri tersebut terlalu brutal atau kejam serta tidak masuk akal.

“Ya, aku menonton episod pertama dan aku tidak menyukainya. Ia terlalu kejam dan ia tidak masuk akal untuk.”

“Ada banyak siri kat luar dan orang mati. Tapi bila anak patung itu mula tembak semua orang yang bergerak, aku kemudian fikir. OK, bukan itu yang aku mahu lihat.”

Roy Keane dan Jurgen Klopp pernah bertengkar semasa siaran langsung pada musim lepas, Klopp nyata tidak gembira dan koyak dengan komen Roy Keane selepas perlawanan yang menyifatkan persembahan Liverpool sebagai ‘Sloppy’ atau selekeh atau bolok wok.

Jurgen Klopp pada ketika itu sedang keudara dalam satu temuramah secara langsung selepas perlawanan untuk rancangan Sky Sports’ Monday Night Football bersama Jamie Carragher, David Jones dan Roy Keane.

Tanpa berselindung Jurgen Klopp tidak gentar untuk memetik nama Roy Keane dan bertanya benarkah apa yang beliau dengar?

“Betulkah apa yang aku dengan Encik Keane cakap kami mempamerkan prestasi yang bolok wok(sloppy) malam ni? Sebab aku boleh dengar kau. Adakah Encik Keane berkata begitu?”

Jamie Carragher segera bertanya kepada Roy Keane adakah beliau mahu menjawab. Pantas Encik Keane menjawab:

“Aku fikir mereka telah membazirkan satu atau dua peluang yang membuatkan mereka kecewa denganya.”

Jurgen Klopp masih tidak berpuas hati dan koyak lalu bertanya soalan yang sama sebelum meneruskan tazkirah kepada Encik Keane.

“Adakah beliau berkata begitu? Ini merupakan satu prestasi yang bolok wok? Aku tak pasti apa aku dengar. Mungkin Encik Keane bercakap mengenai perlawanan yang lain.”

“Bukan perlawanan ini, maaf. Itu satu gambaran luar biasa mengenai perlawanan ini. Ini merupakan sesuatu yang sangat luar biasa, tiada apa yang bolok. Langsung tiada.”

“Dari awal sampai habis kami dominan menentang pasukan yang dalam prestasi terbaik. Mengenai perlawanan malam ni, tiada benda buruk yang boleh dikatakan.”

Mung royat Liverpool bolok wok ko?

Encik Keane yang lantang bersuara dan keras peribadinya kembali membalas dengan nada yang sedikit mengalah. Faham-faham jela kalau melibatkan Liverpool ni.

“Aku cakap detik-detik bolok tapi aku rasa kau sangat cemerlang. Tiada apa berikan kepada Liverpool kecuali pujian. Jadi aku tak pasti jika kau dapat dengar apa aku cakap dengan jelas di sana.”

Klopp pun membalas:

“Aku dengar kat speaker ni perkataan ‘sloppy'(bolok wok). Aku ingat perkataan tu untuk perlawanan malam ini dan itu salah.”

Selepas itu Klopp terus kembali kepada jawapan mengenai perlawanan memuji para pemainnya yang mampu untuk mengekang Arsenal yang berada pada tahap 100 peratus terbaik mereka pada.

Jurgen Klopp nyata terkoyak agak dalam dengan perkataan ‘sloppy’ daripada Roy Keane itu dan akan melihat kembali temuramah itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang dicakapkan oleh Keane.

Selepas sesi temuramah itu tamat Roy Keane dan David Jones membawang dan menyifatkan Klopp seorang yang sensitif.

Seminggu kemudian Liverpool dibelasah Aston Villa 7-2. Selepas kekalahan yang memalukan dan mengaibkan lagi menjatuhkan maruah, Klopp mengakui apa yang diperkatakan oleh Encik Keane yang membuatkan Encik Keane yang keras kepala mengalah.

Klopp mengatakan aksi menentang Aston Villa bukan tahap sloppy tetapi teruk.

“Minggu lalu Encik Keane telah berkata bahawa ia sloppy atau selekeh. Malam ni tidak sloppy tetapi teruk.”

“Aku harus mengakuinya tapi aku tidak dapat mengubahnya sekarang.”

Keperibadian yang teguh buat Klopp yang nyata tidak malu untuk mengaku kesilapan, jika dia tidak beremosi dan mengambil kira pandangan Keane mungkin tidak kena belasah seteruk itu dengan Villa musim lalu.

Musim ini juga dapat dilihat bagaimana nasihat Paul Scholes dikecam hebat dan akhir Manchester United diaibkan oleh Liverpool.

BACA:  Mourinho Kecam Klopp Dan Pep Dalam Temu Bual Pertamanya Selepas Dipecat